13 October 2017

Anugerah Kokurikulum :Kelab Kerjaya Kelab Terbaik 2017






Hari ini diadakan hari anugerah Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Tetapi saya ingin bercerita hari ini mengenai Anugerah Kokurikulum terlebih dahulu :)
Kami berjaya mengekalkan kelab kami sebagai kelab terbaik untuk kali yg ke berapa..saya benar benar dah tak ingat. Mungkin kali ke 10. Mengekalkan status kelab terbaik sekolah adalah satu cabaran dari mencipta kejayaan yg baru. Ia menuntut idea dan kreativiti baru untuk memastikan aktiviti aktif, seronok dan memberikan bimbingan kpd murid untuk setiap projek yg diberikan hingga berjaya. Pertandingan demi pertandingan yg diceburi juga menuntut komited dari guru pembimbing untuk memastikan projek murid dibuat dgn betul dan berjaya. Baru kepuasan dan motivasi meningkat. Jika sudah dibuat dgn betul, kreatif dan komited tetapi tidak berjaya mendapat tempat, guru juga yg mendorong agar murid tidak patah semangat. Sebaliknya bersyukur terpilih antara ribuan murid mewakili sekolah, mewakili zon dan dapat mengembang dan berkongsi idea mengenai projek mereka kepada orang lain. Satu sisi penting dalam mengembalikan keyakinan murid apabila tidak berpuas hati dgn keputusan pertandingan. Adat..kalah menang dalam pertandingan. Yg menang bersorak..yg kalah terdiam dan monyok. Semoga murid murid belajar satu nilai yg dipupuk sewaktu pembelajaran dalam mengerjakan projek iaitu kerjasama, menghormati idea dari kawan kawan, membahagikan masa antara projek kokurikulum dgn projek kerja sekolah akademik, mencari idea kreatif dan inovasi melalui penerokaan kendiri dan pembelajaran kendiri. Seronok tengok anak anak kelab kerjaya ini mempunyai bakat dan potensi masing masing. Ada yg berbakat sebagai pelakon, ada sbg penulis skrip, ada sebagai editor..huhu.
Tahniah kpd semua murid penerima anugerah kokurikulum hari ni. Dan kepada ahli kelab kerjaya, terima kasih krn anda yg menyebakan cikgu menerima anugerah guru pembimbing terbaik..berkali kali juga ..ye..hampir 10 kali.
Semoga junior kelab kerjaya selepas ini mengekalkan lagi status kelab terbaik sekolah. Aamin..

Sign of stress
To finish my jurnal
Panda eyes..hihi





Tahniah team Kelab Kerjaya





Tahniah team Eksplorace Kerjaya





Tahniah team video kreatif 







Tahniah team penjelajahan kerjaya



Tahniah team Eksplorace Agro Challange














Anugerah guru pembimbing terbaik



Anugerah kelab terbaik























 

Telegram Channel