Total Pageviews

20 October 2017

Kertas Kerja Program Selepas PT3 Slot Unit Kaunseling

KERJA KERJA
PROGRAM SELEPAS PT3 2017
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0          PENGENALAN

            Program selepas PT3 bagi slot Unit Bimbingan Kaunseling akan dijalankan selama 6 hari dengan pengisian bertemakan kerjaya dan aktiviti luar bilik darjah seperti perkhemahan dan lawatan.  Maka pengisian yang penting perlu dirancang dengan lebih kreatif dan menyeronokkan agar lebih berkesan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk masih ke sekolah. Oleh kerana itu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling merancang menjalankan satu program khusus untuk memberikan input berguna bukan sahaja dalam bidang akademik malah mencakupi bidang psikososial, kerjaya dan lain – lain. Semoga aktiviti memberikan impak yang tinggi terhadap kehadiran murid ke sekolah.

2.0          OBJEKTIF
1)    Agar pelajar berminat untuk masih meneruskan persekolahan sehingga tamat sesi persekolahan
2)    Agar pelajar mempunyai pengisian aktiviti berteraskan sahsiah diri, kerjaya dan psikososial untuk program selepas peperiksaan.


3.0    TARIKH
          2 November 2017 – 10 November 2017



4.0    AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi          : Puan Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
          Setiausaha         : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK                        : Puan Rozinani Bt Awang
                                         : Puan Salina Bt Mohd Isa

5.0    AKTIVITI
          1 November 2017 : Pemulangan buku teks

          2  November 2017 (Khamis)
Masa
7.30 – 10.00 pagi
10.30 – 1.00 tgh hari

   1
 Halatuju Kerjaya Dan Minat Kerjaya
Berdasarkan Psikonumerologi

Taklimat Mata Pelajaran Elektif
Teknik Dan Vokasional


          3  NOVEMBER 2017 (Jumaat)
Masa
7.30 pagi – 10.00 pagi
10.30 pagi – 12.30 t/h

Aktiviti
Aktiviti Sukan Dan Permainan
Taklimat Dan Demo Memasak
Kolej Kemahiran Kulinari SugarCraft

 
            6  NOVEMBER 2017 (ISNIN)   
Masa
7.30 pagi – 10.00 pagi
10.30 – 1.00 t/hari
Aktiviti
Taklimat Kemasukan Ke SM Teknik Dan Kolej Vokasional
Latihan Keusahawanan dari
Al- Ikhsan Sport

           

           8  NOVEMBER 2017 : (RABU)
Masa
7.30 – 9.00 pagi

9.30 -1.00 t/hari
Aktiviti
Kemahiran Penyelesaian Masalah
-        Aktiviti Memasang Khemah
-        Aktiviti Berkawad
-        Aktiviti Pertolongan Cemas
-        Aktiviti Membuat Sandwich

         
         

6.0     ANGGARAN KEWANGAN
          Sumber Kewangan
          Kokurikulum                                                            =        RM 350
          PCG Kaunseling                                                      =        RM 120
          Jumlah                                                                     =        RM 470

          Perbelanjaan
          Ceramah Minat Kerjaya  Psikonumerologi               =        RM 350
          Ceramah Kemasukan Ke SM Teknik                           =        RM 120
          Jumlah                                                                      =        RM 470

7.0     PENUTUP
          Diharapkan agar program yang disediakan dapat meningkatkan kehadiran murid
          selepas PT3 dengan aktiviti yang menarik perhatian.


          Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



          (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                          ( Kamariah Bt Abu)


 Sate Bukit Merah
 Thanks abah for the treat


No comments: