11 October 2017

KIK Psikologi Kaunseling: Counsellor's Buddy dari Effamasis








Hari kedua di konvensyen KIK. Hari ini giliran Effamasis dari SMK Khir Johari juga seperti kami mewakili Bhgn Psikologi Kaunseling tetapi dgn kategori teknikal.Kami dari kategori pengurusan. Sebelum tu kami di Auditorium KPM untuk menyaksikan persembahan Al Baqari  G Bazz dari SAM Bestari kerana kami berlatih di bawah satu fasilitator iaitu Pn Maznah. Maka hubungan kami memang baik iaitu kumpulan PAKAR kumpulan saya dari SMK Cheras dgn kedua dua kumpulan ini sejak menyertai KIK ini.

Kami rushing ke E12 untuk menyaksikan persembahan dari Effamasis yg mempersembahkan counsellor's buddy. Menarik kan. Kumpulan dari SMK Khir Johari Perak ini dianggotai oleh 3 org sahaja iaitu dua kaunselor Effa Rina dan Siti Suraya. Seorang lagi kami panggil Abang Long hihi sampai ke group kami pun panggil Abang Long. Mereka bertanding dalam kategori teknikal maka pembentangan di kumpulan teknikal ini lebih menyeronokkan dan memberi input sebenar kerana bahan tersebut ditunjukkan. Satu inovasi menarik kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk inovasi counsellor's buddy ini.krn menyediakan aktiviti sepanjang kelas relief agar dapat pengisian yg bermakna dari 4 bidang perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam bentuk menghiburkan dan menarik minat murid. Bahan bahan dimasukkan dlm 4 jenis kotak yg berbeza mengikut 4 bidang kaunseling dan disediakan manual penggunaan. Bukan shj berguna untuk guru kaunseling bahkan juga untuk guru subjek menggunakannya. 

Banyak input menarik kami dapat untuk dua hari ini. Pelbagai inovasi dan cara berfikir KIK yg menarik. Satu pengalaman baru untuk saya. :)

#CoachingSMKCochrane
DatelineAmalanTerbaik





5 dari 7 ahli  Kumpulan PAKAR 




Kumpulan Al  Abqari G Bazz  dari 
SAM Bestari

Kumpulan dari SAM Bestari
Ì
Kumpulan Effamasis




Bahan counsellor's buddy

Kumpulan Effamasis


Dokumentasi Effamasis


Pameran KIK 




Pameran KIK 



Antara pameran KIK






 

Telegram Channel