Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

16 October 2017

Lawatan PRS ke Pusat Sains



Selamat bercuti semua dan saya menganjurkan lawatan ke Pusat Sains untuk PRS dari Ting 2. Ganjaran sebab dalam tahun ini murid PRS Ting 2 yg bertugas di pintu pagar untuk sambutan murid mengalu alukan rakan rakan datang ke sekolah.
Sempena karnival Sains yg berakhir hari ini memang pelbagai aktiviti menarik yg dapat kami sertai.
Antaranya pameran mengatasi fobia iaitu survive the bunker. Best yg ni. Sbb ada tempat tempat yg direka khas untuk fobia tertentu. Bak kata fasilitator pusat sains, bila takut maka jantung berdegup dan isyarat dihantar ke otak untuk persiapan lari atau lawan. Jadi di tempat tempat tertentu dlm bunker tersebut direka untuk fobia kegelapan , fobia keseorangan di tempat sempit, fobia tpt tinggi, fobia haiwan tertenti seperti ular dll lagi. Test tempat manakah degupan jantung bertambah kencang. 

Kemudian kami diberi taklimat oleh fasilitator di samping info penting. 

Tempat kedua yg agak best ialah Maya. Bangunan pertama sebaik melangkah ke pintu gerbang Pusat Sains. Simulasi maya seperti suasana gunung berapi, simulasi dalam laut sambil menaiki chairlift. 

Ramai betul org hari ni, nak naik flying fox pun beratur panjang. Mana mana tempat pun beratur so dalam 4 jam tu hanya beberapa tempat sahaja yg dapat kami bermain. 
Tahniah pusat sains pengajuran yg hebat ttg karnival sains :)

#Klaustrofobia































6














No comments: