Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

21 October 2017

Officially 41




Menginjak umur setahun lagi dan kali ni pada birthday saya jatuh pada cuti panjang deepavali seminggu. Saya rasa seronok kerana dapat balik ke kampung dan meraikan dgn mak abah  tersayang. Bulan yg memenatkan dgn pelbagai aktiviti dan saya perlu break untuk 'me' time dgn melihat kehijauan, mendengar kokokan ayam, mendengar burung berkicauan dan yg pasti kualiti tidur yg normal kembali.
Bonding time dgn mak abah tersayang dgn membeli belah di pasar basah kegemaran mak dan memasak dgn air tangan sendiri menu yg mak abah teringin ingin nikmati. 

Melayan permintaan abah yg ingin menjamu anak cucu makan di kedai sate favouritenya di tepi jalan di hadapan kawasan Bukit Merah Lake Town Resort dan berbual bual dgn nenek saya yg semakin uzur dan terharunya setiap kali saya bertandang ke rumah sebelah, dia masih ingat nama saya dan berbual dgn segar..dan menutup matanya kembali apabila saya dgn sayunya mengatakan saya perlu pulang. Subhanallah nikmat yg diberikan walaupun pada percutian pendek 4 hari ini. Syukur Alhamdulillah .
Di hari lahir saya sebelum berangkat pulang ke KL, tumpah  air mata ibu saya sambil wish birthday saya dengan didoakan semoga saya berjaya mencapai cita cita saya dan cemerlang.
#kuasaviralwhatsapp
Tq for all the wishes.








No comments: