22 November 2017

Ganjaran Kelas Peratus Terbaik Kehadiran Ke Sekolah

Result bagi program Zoom In Kelas bagi ketiga tiga KPI telah diperolehi. Tahniah 1 Imtiyaz untuk kelas terbaik KPI 95% dan kelas ini berjaya mencapai 98% kehadiran ke sekolah dan telah menerima ganjaran lawatan di dua tempat iaitu Taman Wetland dan Agensi Nuklear Malaysia bersama pakej makan. Hari ini guru kaunseling sesi petang Puan Raudzah dan guru kelas 1 Bestari iaitu Cikgu Fadzil ke trip Pusat Sains. Ganjaran untuk kelas terbaik KPI 90 peratus kehadiran ke sekolah iaitu belanja jalan jalan ke Pusat Sains. Kelas ini berjaya melepasi KPI 90% dan tertinggi peratus kehadiran murid ke sekolah bagi kategori KPI 90 peratus dgn memperolehi 94% .   bagi kelas terbaik dlm group KPI 90 peratus kami membawa mereka ke satu tempat lawatan iaitu Pusat Sains secara percuma tetapi tanpa pakej makanan. Murid murid sesi petang yg hadir penuh dan kehadiran terbaik seperti dua hingga tiga hari tidak hadir sepanjang tahun ini dibawa juga ke lawatan percuma Pusat Sains.

Bagi kelas terbaik KPI 87% jatuh kepada 1 Setia dan kami belanja makan kepada murid murid 1 Setia nasi ayam di kantin sekolah. Wah bagus kelas ini.


Well done Nana and  Farhan
Anugerah Cemerlang MADTAM



























Ganjaran jamuan makan











 

Telegram Channel