Total Pageviews

19 November 2017

Happy Belated Birthday To Me

Appointment dgn anak anak PRS batch SPM  2003. Ye kami rapat sbb mereka bertiga merupakan AJK Tertinggi dan saya posting di sekolah ini pada tahun 2000 dgn sweet 24 lagi dan zaman anak dara yg berkepit dgn student. Huhuhu. Walaupun mereka sudah meninggalkan alam persekolahan tetapi kami tetap berhubung walaupun jarang jarang. Di era whatsapp kami berhubung kembali dgn kelebihan group whatsapp sejak 3 tahun lalu. Kami berjumpa setahun sekali sejak itu, dan tahun ini hanya menjadi kenyataan pada tarikh ini 19 Nov 2017.
Plan asal untuk makan makan di Seoul Garden tak menjadi dgn barisan org yg beratur di luar Seoul Garden, barisan di Nando juga start memanjang. Dari satu kedai ke satu kedai, terlihat restoren Dubuyo kedai makan Korea. Jom la kita mencuba. Pertama kali saya kesini dgn geng best friend saya Wati Ida dan Liza. So ini pengalaman kedua saya ke kedai ini.
Terharu dgn anak anak PRS ini yg mengingati birthday saya. Dengan sebiji kek tertulis cikgu haiza sayang ..mereka menyanyikan lagu birthday buat saya. Wah terima kasih Afiqah kerana kek yg sedap itu.

Rasa dah kenyang makan, kami ke Magnum sambung makan aiskrim pulak. Untungnya jadi cikgu ni..student belanja aiskrim pulak. Wah happy tummy with worderful day to remember.

Hibiscus petal in icecream
Let' s repeat 















No comments: