9 November 2017

Teraju Minda Anda Dahulu: Al Ikhsan Sport




Ceramah motivasi keusahawanan dgn team dari Al Ikhsan Sport memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan murid. Dengan slogan
Teraju Minda Anda Dahulu, mereka memberi tips menjadi usahawan berjaya kpd murid murid. Antaranya ialah menjaga hubungan dgn Allah.
Ceramah berkisar mengenai kisah benar Pengasas Al Ikhsan Sport iaitu Muhammad Ali Hassan Bin Mahmud yg
tiada latar belakang dalam bisnes. Bercita cita tidak mahu mkn gaji kerana ingin membantu lebih ramai orang menjadi usahawan. Kini memiliki 132 outlet Al Ikhsan. Beliau merupakan Lulusan Kejuruteraan  Eletrikal dari UTM dgn 2 Headquarters  di  TTDI dan Johor. Dari bangku sekolah lagi sentiasa berfikir beliau akan berjaya dan membayangkan kejayaan tersebut.  Ceramah motivasi keusahawanan ini menekankan mengenai ciri ciri usahawan yg perlu disemai dalam diri individu. Bagaimana mengembangkan potensi diri dan berfikir secara kreatif. Kejayaan terbesar pengasas Al Ikhsan ini apabila mendapat tender dari Adidas yg original untuk pemasaran di Malaysia.
Al Ikhsan giat menjalankan CSR mereka dgn aktiviti bersama sekolah, aktiviti bagi yg lebih memerlukan seperti anak yatim dsb.

Ceramah disampaikan dgn lancar dan menarik perhatian murid kerana kuiz yg disediakan sepanjang ceramah bersama baucer belian brg di Al Ikhsan. 

Gene Martino
For our honourable PK HEM



































 

Telegram Channel