Total Pageviews

4 December 2017

Child Online Protection: #SayaSayangSaya






Hari ini berakhir program 2 hari 1 malam program anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi Malaysia, Digi, R. Age, Generasi Gemilang dan UNICEF semasa cuti sekolah untuk remaja berbual dan bersantai berbengkel dengan pakar -pakar keselamatan siber  dan mencari penyelesaian mengenai hubungan remaja yang sihat, dan online dating. Apa yang selamat dan apa yang tidak selamat semasa slot #SayaSayangSaya.

Dengan 4 ahli panel yang pakar dalam bidang masing - masing seperti Inspektor Polis, Doktor , UNICEF dan team pakar keselamatan cyber

1) Jangan dedahkan maklumat peribadi anda seperti nombor telefon, alamat rumah atau nama sekolah dengan seseorang yang anda hanya kenali menerusi online.

2) Perlu bijak untuk block, abaikan atau delete teguran orang yang anda tidak kenali dalam online.

3) Be smart mengenai siapa yang anda accept as your new online friend

4) Jangan sebarkan khabar angin yang sudah pasti tidak diketahui kesahihan. Anda menyumbang kepada lebih banyak masalah dan menekan emosi mangsa khabar angin.

5) Jangan terlibat dengan siber buli. Tegakkan kebenaran dan jangan menjadi pemangsa. Dan jika menjadi mangsa, perjuangkan hak anda agar tidak dibuli dengan tidak menunjukkan emosi terancam, abaikan sahaja kerana pemangsa membuli dan terus membuli kerana seronok dengan respon ketakutan, kerisauan yang anda berikan. Hubungi dan berkongsi masalah dengan orang yang anda percayai atau dapatkan bantuan dari list agensi di bawah. 

6) Privacy sangat penting, Bina password yang kukuh dan sentiasa menukarkannya agar tidak mudah di hack. Jika berlaku terus klik rapport atau membuat laporan 

7)Nilaikan reputasi anda. Apakah yang anda ingin diingati dan dikenali di kemudian hari.
 (Digital footprint) oleh itu jangan mudah post gambar yang terlalu peribadi seperti gambar porno, gambar aksi yang seksual yang mana gambar ini boleh menaikkan rating like anda tetapi pemangsa sedang memerhatikan anda tanpa sedar.

Ada peransang seksual dikalangan kita yang mensasarkan kanak-kanak dan remaja untuk tujuan seks. Jika anda rasa ada yang tidak kena dengan orang yang anda kenali melalui online sahaja, beritahu seseorang yang anda percaya.  


Laporkan pencabulan online ke Cyber 999
Hubungi waktu pejabat: 1-300-88-2999
talian kecemasan: 
SMS kepada 15888 : CYBER999 REPORT 

Perlukan bantuan? Bercakap dengan seseorang kerana risau dengan keselamatan anda?

Befrienders Malaysia
24 jam setiap hari
0379568144/79568145
sam@befrienders.org.my


Protect And Save The Children
Isnin - Jumaat
9am-5 petang
0379574344
protect@pstchildren.org.my

Federation Of Family Planning Associations Malaysia (FRHAM)
Isnin - Jumaat
9 am - 5pm
03 56337514/16/28
frham@frham.org.my


Women 's Centre For Change, Penang
Isnin - Jumaat 
9am - 5 pm
04 2280342
wcc@wccpenang.org



Agensi agensi berikut juga menerima jemputan untuk mengendalikan bengkel kesedaran keselamatan online di tempat anda. 


Thank you MMC
Banyaknya...doorgift












































No comments: