Total Pageviews

14 December 2017

Halatuju Pemilihan Aliran Selepas PT3 Berdasarkan Gred PT3, PBD Dan Psikometrik

Tahniah kepada semua murid yang berjaya lulus dalam peperiksaan PT3 hari ini. Saya kumpulkan tajuk tajuk entri saya berkaitan dengan halatuju program PT3 dan psikometrik untuk memberikan panduan kepada murid dan ibu bapa memahami bagaimana skor PT3, PBD  penilaian bilik darjah berasaskan sekolah yang mempunyai band tertentu , psikometrik untuk mengenalpasti kekuatan murid tersebut bagi menentukan halatuju mereka di ting 4 nanti.






KELAS ALIRAN STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik


- Biologi/ Fizik /Kimia/ Matematik Tambahan/ Sains Tambahan/ Rekacipta/ Sains Komputer/ Matematik Tambahan
  Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Rekacipta/ Sains Sukan

Gred PT3 dan Band PBD berdasarkan syarat berikut:
Syarat Masuk ke Aliran Sains Syarat kemasukan mengikut Surat Pekeliling KPM 22/2014 mengenai Kriteria Kemasukan Murid Ting 4 Aliran Sains Tahun 2016 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah:
1) murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik digalakkan mengikuti aliran Sains Ting 4
2) murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, Band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta meminati aliran sains berdasarkan psikometrik 
3) kes khas: murid mendapat gabungan A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta berminat dalam aliran Sains berdasarkan psikometrik
4) gred E dalam mana-mana subjek sains dan Matematik tidak digalakkan memohon

Keputusan Psikometrik
Trait Investigatif adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang diperolehi untuk psikometrik.

Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:
Konstruk visual ruang : (jika berminat dengan Rekacipta, Grafik Komunikasi Teknikal)
Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Individu ini bantu membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Individu yang mempunyai ciri ruang visual ini juga baik dalam menyelesaikan puzzle dan boleh menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkait antara objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea visual dan ruang berkecenderungan dalam imaginatif dan kreatif. 

Kinestetik : (jika berminat dengan sains sukan)
Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.

Konstruk naturalis (jika berminat dengan Biologi, Lestari, Pertanian)
:Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. 

Kekuatan :  
1) Peluang IPT lebih terbuka luas kepada murid aliran sains kerana murid aliran sains boleh meneruskan kursus sains atau berubah haluan ke aliran perakaunan mahupun sosial.
2) Peluang ke matrikulasi terbuka untuk murid yang mengambil pakej bersama mata pelajaran Matematik Tambahan .
3) Terdapat 4 subjek elektif yg merupakan subjek keperluan IPT dimana peringkat diploma memerlukan sekurangnya 2 subjek elektif dan ada yg memerlukan hanya satu subjek elektif kredit.  
4) Nilai pulangan tinggi untuk kombinasi subjek aliran sains berikut Matematik Tambahan/ Kimia/ Fizik dan satu subjek elektif aliran sains seperti Biologi, Grafik Komunikasi Teknikal yang lain kerana boleh mengikuti matrikulasi, asasi sains dan program diploma berkaitan dengan elektif STEM diatas.


Cabaran:  
1) Mesti mempunyai peruntukan masa yang berdisiplin kerana kesukaran subjek itu sendiri dan lebih banyak mata pelajaran elektif berbanding aliran lain di sekolah menengah harian biasa. 
2) Berminat dan bukan dipaksa atau mengikut kawan kerana subjek yang banyak memerlukan motivasi yang tinggi untuk meneruskan kecemerlangan






ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS
 Prinsip Akaun dan  Ekonomi Asas
 Prinsip Akaun dan Perniagaan
Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Perniagaan

Di SMK Cheras ditawarkan kelas Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas manakala satu kelas lagi ialah Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas.

Gred PT3 dan Band PBD berdasarkan gred 
Matematik sekurang-kurangnya gred C dengan band 4 PBD Matematik jika Prinsip Akaun diambil bersama pakej Matematik Tambahan. Bagi mengikuti kursus perakaunan di peringkat matrikulasi dan di universiti awam, mengambil Matematik Tambahan di peringkat SPM adalah satu kelebihan. 

Jika mengambil subjek Perniagaan atau Ekonomi Asas tanpa mengambil pakej Prinsip Akaun, barulah gred PT3 Matematik sama ada D/E malahan ada yang gagal.


Keputusan Psikometrik
Trait Konvensional untuk subjek Perakunan dan trait Enterprising untuk aliran Ekonomi Asas atau Perniagaan adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang diperolehi untuk psikometrik.

Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:


Kekuatan    
1)Kelas yang memerlukan kekuatan data dan pengiraan tetapi kurang penghafalan jika dibandingkan dengan aliran sains.
2) Alternatif aliran kelas bagi murid yang mendapat pencapaian yang agak baik bagi PT3 tetapi tidak   berminat ke aliran sains dan psikometriknya juga mempunyai kod teori Holland E atau C. 

Cabaran
1) Jika kelas tersebut tidak mengambil Matematik Tambahan, automatik dia tidak layak memohon untuk meneruskan pengajian ke matrikulasi
2) Namun demikian peluang ke universiti dan kolej masih terbuka dengan kekuatan 2 mata pelajaran elektif yang kredit untuk ke universiti manakala ke politeknik dan kolej serendah 1 mata pelajaran elektif yang kredit







ALIRAN KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS: 
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik
Geografi
Kesusasteraan Melayu
Kesusateraan Inggeris
Kesusasteraan Cina
Kesusasteraan Tamil

Gred PT3 Dan PBD
Jika berminat dengan mana -mana sastera maka kekuatan minimum B untuk subjek tersebut. Contohnya, Bahasa Ingeris jika ingin mengikuti Kesusasteraan Bahasa Inggeris dengan band yang lebih baik dari 3 ke atas.

Jika berminat dengan aliran muzik, perlu mempunyai asas dalam pendidikan muzik secara teori dalam pendidikan menengah rendah.

Keputusan Psikometrik
Trait Artistik iaitu A untuk subjek seni visual dan muzik dan trait Sosial untuk aliran kesusateraan adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang diperolehi untuk psikometrik.

Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:
Apakah itu verbal linguistik? (untuk aliran kesasteraan)
kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahiran meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan.

Konstruk muzik : (untuk aliran muzik)
kecerdasan muzik berkebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendeskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Individu berupaya menggunakan set asas atau elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada bunyi atau muzik.

Kinestetik (untuk aliran muzik):
Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.


Konstruk naturalis untuk aliran geografi : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. 


Kekuatan : 
1) Murid aliran akademik yang rendah penguasaan akademiknya 
2) Silibus mata pelajaran elektif yang agak rendah tahap kesukarannya 

Cabaran
1) Mesti berminat dengan kerja projek folio bagi sokongan untuk markah SPM
2) Mesti kreatif dan berbakat dalam seni lukis atau seni muzik
3) Subjek elektf yang diambil hanya boleh memasuki kursus tertentu di peringkat IPT






ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Tasawwur Islam
Bahasa Arab

Gred PT3 Dan PBD
Jika berminat dengan mana -mana elektif pendidikan pengajian Islam, maka perlu mempunyai asas di peringkat PT3. Namun untuk tasawwur Islam, boleh mendaftar untuk murid sekolah harian biasa yang mempunyai subjek Pendidikan Islam di peringkat PT3.


Keputusan Psikometrik
Trait  Sosial  adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang diperolehi untuk psikometrik. 

Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:
Verbal linguistik? 
Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Individu ini bantu membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Individu yang mempunyai ciri ruang visual ini juga baik dalam menyelesaikan puzzle dan boleh menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkait antara objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea visual dan ruang berkecenderungan dalam imaginatif dan kreatif. 

Eksistensial
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu ini mampu menelaah milai-nilai yang berkembang di tengah kehidupan masyarakat, sama ada tradisional atau nilai baru yang sedang berkembang





ELEKTIF KELAS ALIRAN MPV (MATA PELAJARAN VOKASIONAL)
Mata pelajaran vokasional seperti Rekaan Jahitan Pakaian , Seni Reka Tanda, Automotif, Katering Dan Penyajian Makanan, Pendawaian Domestik, Akuakultur dan haiwan reakreasi, Tanaman Makanan, Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut, Produksi Multimedia, Membuat Perabot, Hiasan Dalaman Asas, Menservis Automobil, Menservis Motorsikal, Menservis Peralatan Penyejukan Dan Penyamanan Udara

Di SMK Cheras menawarkan Rekaan Jahitan Pakaian dan Seni Reka Tanda

Gred PT3 dan PBD
Menguasai 3M membaca, menulis dan mengira

Keputusan Psikometrik
Trait R realistik adalah terbaik dalam kod 3 Mata Holland Inventori Minat Kerjaya kerana suka bekerja dengan persekitaran mesin atau benda.

Keputusan Inventori Kecekapan Pelbagai perlu mempunyai skor yang tinggi pada
Apakah itu verbal ruang?
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.  Individu gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukisdan menterjemah imej secara visual. 

Konstruk naturalis untuk aliran akuakuktur, tanaman makanan dan katering : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. 


Kekuatan: 
1) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik teras sahaja. 
2) Beban akademik yang paling minimum bagi murid yang lemah penguasaan akademik 
3) Akan menerima sijil SPM apabila memenuhi syarat pensijilan SPM dan Sijil Mata Pelajaran Vokasional 

Cabaran:
1) Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kursus  bentuk kemahiran sahaja dan potensi masa hadapan yang lebih cerah jika menyambung dengan kursus yang sama. 
2) Pengambilan terhad untuk murid ini bertukar laluan akademik dengan menggunakan sijil SPM semata-mata untuk ke kursus berorientasikan akademik pula dan subjek teras seperti Matematik dan Sains perlu minimum B jika bersaing dengan murid aliran pakej elektif yang lain yang lebih diterima untuk ke kursus berorientasikan akademik kerana pakej mata pelajaran elektif yang lebih sesuai.





KELAS ALIRAN PVMA (PROGRAM Vokasional Menengah Atas)
Kelas Penyediaan Makanan, Membuat Pakaian, Seni Kecantikan, Animasi, Pembuatan Perabot, Dekorasi Dalaman, Automotif, Motorsikal, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, pendawaian Elektrik, Akuakultur, Tanaman

Di SMK Cheras disediakan Kelas Penyediaan Makanan
Gred PT3 dan PBD yang penting menguasai membaca, menulis dan mengira.
Syarat Masuk

1) calon warganegara Malaysia
2) murid bersekolah di SMK atau di SMBK
3) murid mestilah telah menduduki PT3, Pentaksiran Sekolah, pentaksiran psikometrik, pentaksiran PaJSK
4) Sihat tubuh badan
5) Bebas masalah mental
6) Bebas dari penagihan dadah dan sakit kronik (jantung, darah tinggi, kencing manis, epilepsy, atau kecacatan yang menghadkan kerja amali
7)Menguasai 3M
8) Tidak rabun warna
9) Berminat dengan kursus dipohon

Keputusan Psikometrik
Trait R realistik adalah terbaik dalam kod 3 Mata Holland Inventori Minat Kerjaya kerana suka bekerja dengan persekitaran mesin atau benda.

Keputusan Inventori Kecekapan Pelbagai perlu mempunyai skor yang tinggi pada
Apakah itu verbal ruang?
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.  Individu gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukisdan menterjemah imej secara visual. 

Konstruk naturalis untuk aliran akuakuktur, tanaman makanan dan katering : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. 


Kekuatan:
1) Murid akan menduduki peperiksaan yang setara SPM pada akhir ting 5. Murid akan menerima pernyataan MPAK iaitu Pernyataan Mata pelajaran Aliran Vokasional bagi mata pelajaran akademik yang tertentu DAN sijil kemahiran malaysia (SKM ) tahap 1 dan 2 atau pensijilan lain-lain dari agensi pentauliahan peringkat tempatan dan antarabangsa. Ini bermakna jika gagal SPM masih lagi layak mendapat sijil SKM tahap 1 dan 2 berdasarkan syarat pemberian sijil SKM.
2) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik teras sahaja. 
3) Mata pelajaran akademik teras tidak mempunyai Sains. Malah subjek Matematik adalah mengikut Kolej Vokasional yang tidak sama dengan Matematik aliran perdana. Ini bermakna subjek teras yang rendah tahap kesukarannya.





TIPS MEMILIH ALIRAN YANG SESUAI
Berdasarkan penerangan di atas, saya berharap murid tingkatan 3 tahun 2017 sudah bersedia dengan pilihan masing-masing dan bersedia mengikuti pembelajaran sewaktu bermula penggal satu persekolahan. Jika anda berada dalam dilemma memilih aliran mata pelajaran elektif yang sesuai di tingkatan empat, maka perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:
1) pencapaian Pt3 dan pencapaian sekolah . Memenuhi syaratkah masuk ke kelas sains. Jika tidak, anda perlu melihat pilihan yang lain memandangkan subjek sains agak berat sesuailah dengan gelarannya mata pelajaran bernilai tinggi.
2) Psikometrik anda? Kemanakah kecenderungan anda. Kombinasi pencapaian akademik dan psikometrik yang serasi menunjukkan anda boleh mencapai keputusan akademik yang lebih baik kerana kelayakan dan minat anda. Jika kelayakan tidak cemerlang seperti D tetapi minat cenderung ke kursus tersebut , maka anda mempunyai turun naik motivasi yang tidak tetap untuk meneruskan aliran anda pada masa tersebut kerana anda perlu lipatgandakan usaha anda.
3) Jika pencapaian akademik anda melayakkan anda ke mana-mana aliran sekali pun, yang memuktamadkan keputusan itu ialah psikometrik anda. Kemanakah minat anda membawa anda?
Ini kerana kursus yang anda minat anda perlu harunginya selama 2 tahun, dan meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi juga dengan subjek aras tinggi mata pelajaran elektif yang anda ambil di tingkatan 4 ini selepas SPM.
4) Jika pencapaian akademik tidak melayakkan anda memilih, ia bermaksud pilihan yang sangat terhad dan anda tidak berminat ke arah mata pelajaran vokasional atau kemahiran, lebih baik anda memilih mata pelajaran dengan subjek elektif yang paling minimum di sekolah tersebut. Ini kerana subjek vokasional perlu disertai dengan minat. Jika psikometrik anda juga menunjukkan stail yang sama iaitu tidak berminat dengan kemahiran, maka jangan memaksa diri mengambil mata pelajaran kemahiran seperti jahitan, seni reka tanda atau masakan. Ini kerana subjek ini diajar dalam waktu persekolahan dalam tempoh masa yang lama dan hasil dari projek merupakan eviden untuk markah yang perlu komited oleh murid mengikutinya setiap kali pembelajaran.
5) Melangkah ke tingkatan 4 sebenarnya adalah pintu masuk ke arah tuju yang betul untuk menceburi kursus yang anda inginkan, anda ingin bekerja dan dikenali di profesion tersebut. Sememangnya ada sahaja senior yang hala tujunya tidak seperti kursus yang diceburinya. Contohnya masuk aliran sains tetapi end up di universiti dengan kursus perakaunan. Yang penting diri anda, jangan membeza-bezakan antara awak dengan orang lain. Ini kerana apabila di peringkat SPM, keputusan tidak melayakkan untuk menyambung ke kursus sains, maka seseorang perlu adjust semula hala tuju hidupnya yang bersesuaian. Yang penting tingkatan 4 ialah tiket masuk untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
6) Jika anda di persimpangan memilih aliran sains tulen Biologi atau aliran sains fizikal Grafik Komunikasi Teknikal kerana sekejap anda ingin menjadi doktor atau farmasi dan adakalanya ada menunjukkan kecenderungan ke jurutera, kod mata Holland pada psikometrik juga tidak menunjukkan perbezaan yang ketara , maka anda lebih baik memilih jurusan Biologi kerana jika anda tidak mengambil Biologi anda tidak dapat masuk ke aliran perubatan atau sains hayat, tetapi jika anda tidak mengambil Lukisan Kejuruteraan anda masih lagi boleh mengambil jurusan kejuruteraan kerana kekuatan fizik dan matematik tambahan.
7) Jika anda dalam persimpangan mengambil aliran Sains dan Perakaunan dengan psikometrik kod 3 mata Holland juga mempunyai selisih beza yang sedikit atau sama kerana anda berminat dengan keduanya , maka lebih baik anda memilih aliran Sains. Kerana murid aliran Sains dapat bertukar kursus ke perakaunan selepas SPM. Manakala murid perakaunan tidak boleh menukar aliran ke kursus berorientasikan Sains selepas SPM.








The power of dream
9390 for real
Alhamdulillah 

4 comments:

Nurul Sue said...

Assalamualaikum cikgu, saya mendapat keputusan pt3 5A2B2C1E. Sains saya c manakala mt saya E. Band bgi mt dan sains saya antara 4 hinnga 5. Kputusan psikometrik bagi IKP yg tertinggi ada tiga iaitu vlm, ite dan eks manakala IMK:tiga mata holland:s:25 k:21 I:18. Mohon pencerahan cikgu, agar kelas aliran sastera yang mana sesuai dgn saya? Saya bercita-cita ingin menjadi seorang guru bahasa. Saya berharap agar cikgu dpat membantu saya dalam memilih klas untuk tingkatan 4.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Nurul Sue

Dari result IMK , PS dan PT3 jelas menunjukkan guru bahasa adalah impian yang lebih realiti untuk kamu dan sepadan dengan cita -cita anda ingin menjadi guru bahasa. Tidak banyak sekolah yang menawarkan aliran sastera semata -mata. Oleh itu, anda boleh memilih aliran yang ditawarkan di sekolah tersebut seperti perniagaan, seni, geografi dan lain-lain asalkan ia BUKAN aliran sains atau aliran kemahiran . Pada peringkat SPM, anda perlu skor minimum 6A ke atas untuk SPM terutama BM dan subjek yang lain adalah kredit untuk meningkatkan peluang ke Institut perguruan lepasan SPM. Atau anda mengikuti subjek ting 6 aliran sastera BM dan seterusnya memasuki universiti di peringkat ijazah dalam pendidikan.

Nurul Sue said...

Terima kasih cikgu atas penerangannya.

Unknown said...

As salam cikgu

saya syuhada. keputusan pt3 saya 8a 1b (sains) 1c (matematik). band 5/6. saya ingin memohon ke sbp. yang manakah pilihan aliran yang sesuai samada sains tulen atau sains teknikal. saya berpendapat sekiranya saya memilih sains tulen saya tidak akan ditawarkan ke sbp kerana maths saya c. sbp tentu mahukan pelajar yang peroleh A untuk sains dan maths. peluang saya terhad. bolehkah saya memilih sains teknikal bagi melayakkan saya ke sbp.