Total Pageviews

9 December 2017

Holiday To Bangkok, Thailand

9 Dis 2017...destinasi jalan jalan cari makan saya kali ini ke Bangkok, Thailand. Plan masa bulan November rasanya, dgn my best friend Ida. Byk betul projek Disember tahun ni, dan saya hanya boleh buat short trip maksimum 5 hari sahaja for my 'me' time. :) dan Bangkok is the best place yg saya dan Ida bersetuju mengenainya. Tak perlu tourist guide dan fly with our own date.
Sampai awal di KLIA2 pukul 2 petang lagi untuk menaiki Air Asia yg berlepas pkl 3.45 petang..tapi dok lepak di Mc Donald dan masuk ke Q9 pukul 3.00 petang. Kemudian kami ke surau untuk solat rasanya baru 3.30 petang tapi terngiang ngiang last call untuk penumpang FD 314 huhu saya dan Ida rupanya yg diseru seru...aduhai sabor jela.






Perjalanan sejam je..tetapi 20 minit pertama cuaca tidak begitu baik dan kapal terbang ini bergegar dgn teruk hingga kanak kanak di row sebelah saya muntah dan hmmm..baunya adeh mmg terasa cepatla...tolongla cepat mendarat.
Setelah sejam setengah dalam flight..kami mendarat di Don Mueang Airport . Jika anda menaiki MAS anda akan mendarat di Suvarnabhumi Airport.
Part ni yg buat nak tergelaknya bila kakak saya yang setia dgn flight MAS nya dgn confidentnya menyuruh menaiki MRT tapi bila tanya orang ..MRT hanya ada di Suvarnabhumi Airport manakala di Don Mueng Airport hanya akan siap 2 tahun lagi dan masih dalam pembinaan huhu haru betul.





Maka kami memilih teksi. Menggunakan teksi bermeter yg menggunakan thailand baht dan perlu add pemandu teksi 50 baht extra. So there we are travel menggunakan highway. Satu lagi kejutan buat kami bila syok berborak dan tgk pemandangan..kami sampai di tol. Ingatkan  pemandu teksi hanya menyatakan nilai tol..rupanya nilai tol itu kami yg perlu membayarnya!! Kelam kabut cari duit kecik. Ambikla 500 baht. Padahal nilai tol 70 baht. Dan jumpa lagi tol..kali ni kami dah pandai , maka terus hulur duit 50 baht pula. Sampai jugala ke Silom dan menyewa di hotel melalui booking.com.


Selepas check in dgn 4, 140 baht untuk 4 malam, kami diberikan bilik yg besar untuk 3 org. Saya book untuk bilik twin sharing with 2 single bed, tapi dah full agaknya kami lewat sampai hampir pukul 7 malam waktu tempatan. Tapi tak kisahla janji harga sama, maklumlah sangat last minit saya tempah penginapan di sekitar Silom ni. Sbb kakak saya kata Silom ni, kurang sikit kelab malamnya berbanding tempat lain.

Ok perut dah berkeroncong, maklumla kalo di Malaysia dah awal lagi. Mungkin pukul 8 malam,  perbezaan masa sejam juga. Kami berjalan sekitar hotel mencari makanan halal. Susah juga sebenarnya. Mujur ada satu kedai restoren yg menulis Halal dan apa lagi choice yg ada? Rembat dulu di restoren Aaliyah







Saya memilih nasi goreng seafood dan Ida memilih kuey teow goreng yg dipanggil pad thai ayam. Orait bil lebih kurang 330 baht.
Seusai makan malam, kami berjalan jalan sekitar. Shopping complex tutup dah dan begitu juga kedai kedai shopping yg kecil. Yg meriah rumah urut dari urutan kaki, badan dan sebagainya yg masih dibuka.
Oh 7 Eleven banyak. Ada 3 yg kami jumpa berdekatan antara satu sama lain. Kami cari makanan dgn label halal, alhamdulillah ada. Antara stok saya jika tak jumpa makanan halal spjg trip esok..maklumla saya mudah gastrik atau angin.


Tempat kami menginap, rupanya merupakan pusat perniagaan batu permata ada 10 dah rasanya kompleks atau kedai menjual batu permata. Tapi dah tutup tak taula batu permata apa yg famous kat Silom ni.
Okey jam dah tunjukkan pukul 10 malam dah di Silom...jom balik.
Huhu sempat lagi merembat 1 tshirt Thailad 100 percent cotton dgn nilai 200 baht untuk dibuat baju tidur malam ni.
Malam ni agenda membaca peta public transport untuk trip esok..sambil melayan cerita Troy dgn bahasa Thailand. :)
VXE
Welcome to our family

No comments: