12 December 2017

Keunikan Pasar Sampan Dan Pasar Landasan Keretapi: Damnoen Sadauk Floating Market dan Maeklong Railway Station Market




Hari ini kami ke Floating Market yg terletak sejam lebih perjalanan kereta dari Silom ke Damnoen Saduak. Kenalah ambil perkhidmatan travel guard dgn kereta untuk ke sana. Agak ok dgn 1000 baht untuk tour dari Silom ke 6 tempat menarik sekitar Bangkok. Tetapi kami hanya inginkan 2 tempat ini sahaja iaitu mengalami sendiri pengalaman menaiki sampan di Floating Market dan Maeklong Railway Market yg terkenal di Bangkok. Terdapat pelbagai floating market di.Thailand dan tempat yg kami tuju ini dinamakan Old Floating Market.

Kami ke Boat Service dan diminta memilih pakej untuk trip menyusuri canal. Orait 2000 baht untuk seorang menyusuri canal dari bot service ke tempat tempat yg diminta untuk trip sejam setengah. Sepanjang laluan dengan bot ini, terdapat pelbagai jenis persinggahan yg boleh kami berhenti. Antaranya cara membuat gula kelapa, birds park, bergambar dgn reptilia dan sebagainya. Mereka jenis tidak memaksa pun anda membeli brg, jika anda mengatakan tidak mereka masih tersenyum.





Tetapi jika anda tidak mengambil servis bot ini anda hanya perlu ke Floating Market ini dan mengambil gambar dari tepi terusan ini sahaja.  Macam kami yg tak puas puas lagi, maka kami meminta travel guide bawa kami ke tempat utama floating market ini dan mengambil gambar dari tepi tebing. 

Habis menikmati keunikan di sini, kami rushing ke Maeklong Station Market. Keunikan pasar di atas landasan keretapi!! Kena rushing utk melihat bagaimana keretapi ini bergerak dan penjual di landasan keretapi akan membuka bumbung khemah gerai mereka untuk memberi laluan kpd keretapi lalu. Dan keretapi itu akan berhenti di stesen Maeklong. Setelah mengambil atau menurunkan penumpang, keretapi akan membunyikan hon untuk memberikan amaran kepada peniaga  supaya membuka bumbung khemah gerai mereka agar keretapi dapat melaluinya. Jika kami terlewat, kami perlu menunggu 2 jam lagi utk train ini lalu di sini. Sangat mengujakan melihat pengalaman unik ini. 

12.12 









































Orait dari Floating Market kami ke Pasar Landasan Keretapi di Maeklong stesen.  

Lihat ye keretapi nak làlu

Orang ramai yg masih membeli belah di atas làndasan keretapi.

Peniaga membuka bumbung khemah gerai mereka yg betul betul berada di landasan keretapi utk memberikan laluan kepada keretapi melaluinya selepas mendengar amaran siren keretapi. Keretapi dibawa dgn perlahan melaui kawasan pasar ini.





Bila keretapi dah lalu , jom kita tgk apa yg mereka jual. 










Quote of the day
The power of my dream
I will stay..thanks friends











 

Telegram Channel