Total Pageviews

10 December 2017

Pasar Chatuchak -Siam Paragon-Siam Discovery





Hari kedua di Bangkok dan kami berjalan ke arah BTS bangkok train station di Chong Nonsi yg hanya 10 minit berjalan kaki speed kami..hihi. Dari situ kami menaiki train ke Sangla Daeng dgn 16 baht untuk berhenti di Silom MRT train. Dari Silom MRT train kami menaiki MRT ke Chatuchack Station. 




Kena pakai syiling untuk dapatkan token. Yg di belakang Ida tu..nak cerita pasal security guard yg ada. Check barang larangan dgn alat pengimbasnya sewaktu kami melalui kaunter masuk. Wah..baru nak naik train dah ada check keselamatan. 

MRT Silom sangat sibuk merupakan MRT interchange. Fasiliti MRT nya macam KL sangat selesa. Berbanding bila saya tgk di jalan, yg sibuk dgn kereta. Orait dah sampai pasar Chatuchack yg panas dan ramai manusia 

 Apa yg menarik di Chatuchack ini ialah pasar minggu yg dikatakan terbesar di Thailand. Pasar ni macam ala ala Petaling Street Malaysia. Masih boleh berlaku tawar menawar. Tapi dgn saiz yg sangat besar dan pilihan persaingan yg banyak..anda masih boleh menawar di tempat lain dgn harga yg rendah. 
Jamu mata jela tgk barang barang tempatan mereka dan luar negeri. Makanan byk dijual untuk memilih makanan halal perlu ke hadapan dan ke hadapan lagi di celah celah gerai lain.

Tapi negeri yg kaya dgn jus buah buahan ni merata gerai jus buahnya iaitu mango dan mkn pulut manggo tu mmg merata rata. Antara nak beli atau tak je. Saya bukanlah penggemar pulut maka mmg tak belila. Sibuk amik gambar je hihi. 

Jalan punya jalan rupanya dah 5 jam dok kat pasar ni. Beli takdalah memborong itu ini haha jomla balik. Sebelum tu makan dulu di gerai halal Madenah Halal Food. Kami teringin rasa tomyam seafood dan bila dihidangkan wow..udang dan sotongnya saiz besar mmg puas makan. 

Dah pukul 3 petang waktu tempatan kami menuju ke BTS Siam Station dari Pasar Chatuchack. Menuju ke Siam Paragon untuk ke surau bersolat dan ke Siam Discovery untuk ke Madame Tussauds yg popular dgn patung lilin. Ok yg tu boleh refer entri khas saya ttg Madame Tussauds ni. 

Siam Paragon dan Siam Discovery merupakan shopping complex besar dan popular di sini. Rasa macam masuk KLCC pun ada dgn design dan susunaturnya serta taman landskap sekitarnya. Nak masuk kompleks ni pun ada scanner keselamatan dari pintu exit sebaik turun train.

Good night Bangkok
Good night Malaysian 














































No comments: