Total Pageviews

13 December 2017

Pratunam Market- Patpong Night Market- Silom Market- Terminal 21





Sambungan entri blog smlm mengenai keunikan seni bina Grand Palace dan Wat Po. Balik dari Wat Po ke jeti kami menaiki tut tut.
Setelah tiba di jeti Sa Thaksin, kami menaiki train untuk ke Stesen Siam. Kami berjalan kaki untuk ke kawasan Masjid Darul Aman di area stesen Ratchadevi.  Berhampiran tempat ini ada deretan kedai makanan halal. Dan terasa seronok bila ada yg boleh berbahasa Malaysia dgn baik. Apalagi kami bertanya tentang pelbagai jenis tempat untuk kami tuju.
Saya order makanan meehon sup daging. Dan Ida memesan makanan kueyteow sup macam ladna rupanya. Sedap betul dahla kelaparan tak jumpa makanan halal. Maka lunch kami itu diibaratkan macam makan tgh hari merangkap malam lah kalo dah makan pkl 4 petang tu.

Dah kenyang kami ke Masjid Darul Aman di Phetchabury Road belakang kedai ni sahaja. Menunaikan jamak Zuhur dan Asar dan berkenalam dgm seorang Muslim Thailand yg fasih berbahasa Melayu kerana dia datang dari Selatan Thai. Menjadi ustazah di sini mengajar sekolah agama.


Kami berjalan kaki ke Pratunam yg terdapat Platinum Fashion Mall yg mengambil masa 15 minit juga berjalan dari Masjid. Platinum Mall ini macam Kenanga Wholesale di KL. Anda boleh menawar harga di kedai shopping complex dan kedai yg menjual secara borong. Kami cari T Shirt dan dapatlah merembat T Shirt yg sesuai.
Yg paling menarik ialah Pratunam  Market. Bila dah malam, keluar dari shopping complex Pratunam ni, dipenuhi dengan penjaja kaki lima. Apalagi sambil excited melayan harga barang barang untuk cenderamata keluarga.

Okey dah jam 9.30 waktu tempatan dan kami kena bergerak balik. Menaiki skytrain dari Stesen Siam ke Nonsi semula. Adeh mmgla tak larat nak jalan sendiri. Sempat lagi singgah di lori kebab untuk order mkn.

Kami menyusuri kompleks Central World yg meriah betul dgn suasana sambutan Krismas dgn muzik konsert dan aktiviti malam di hadapan kompleks ini.

















Kami nak tunjuk Patpong Night Market pula pada malam ke 4 kami di Bangkok. Dari Terminal 21 kami menaiki skytrain dari Siam ke Silom Stesen. Dari sini kami berjalan kaki ke Patpong Night Market yg sudah dibuka pada pukul 6 petang. Kebanyakan barang yg dijual mmg mempunyai gerai khas tak mcm di Pratunam Market yg betul betul street market tepi jalan dgn membuka meja sahaja. Di Patpong ni ada satu kedai Naraya iaitu barang kraftangan kain. Disitulah aim kami. 
Patpong Night Market ni ..terus terang kami tak selesa berbeza dgn Pratunam Market waktu malam. Terlalu banyak kedai ala ala disko yg menawarkan tarian perepuan perempuan Thai yg berbikini 2 piece sahaja. Pintunya mmg dibuka jadi bila anda lalu, mmg anda akan nampak dgn jelas. Bukan 1 atau 2 malahan byk di kiri kanan sepanjang Pat Pong night matket ini. Agaknya inilah tarikan utama hingga di peta tourism Bangkok, Patpong Night Matket ini ditunjukkan huhuhu. So saya tidak rekemen Patpong Night Market ini. Barang yg dijual seperti di Pasar Chatuchack. 








Satu lagi Silom Market. Silom Market meriah di waktu pagi. Tapi tidak disebut dalam peta mungkin popular untuk penghuni Silom sahaja. Banyak jenis makanan dijual dan saya boleh mengira 1 hingga 3 org sahaja penjual Islam berdasarkan perjalanan kaki saya dari Silom Avanue Inn hingga Skytrain berhampiran. 










Satu lagi kompleks membeli belah yg terkenal ialah Terminal 21. Stesen terdekat ialah Stesen Asok. Kami kesana selepas balik dari Maeklong Raliway Market. Bukan sebab nak shopping barang, tapi melihat keunikan senibina dan rekabentuknya. Ia dikenali dgn shopping complex yg mempunyai design mengikut tema negara. Seperti tingkat 3 Istanbul, tingkat tema Perancis, tingkat tema Jepun, tingkat tema London. Setiap tingkat ini mempunyai signifikan landmark yg menggambarkan negara tersebut. Memang menarik. Tetapi tak dapat mencari makanan halal maka kami ke sebelah iaitu....untuk makan di satu satunya restoren halal yg berlabel halal dan menu masakan India. Layan jela nasi briyani kambing dan Ida pula toti nan dan kuah dal.

Di aras bertemakan London

Di aras bertemakan Jepun

Di aras bertema Tokyo

Di aras bertemakan Istanbul

Diaras tema istanbul dgn ikon tarian sufi

Yg bestnya ada tempat duduk sambil charge handphone


Di aras tema Osaka Jepun dgn sumo

Part ni best..di bangunan sebelah Terminal 21. Selepas mkn makanan halal, kami solat di surau. Ada toilet dan satu je yg tetiba dalam tulisan jawi. Sbb...hanya toulet ni sahaja ada paip air dalam toilet. Yg lain takda. Majority public toilet di Thailand mmg tiada paip air dalam toilet. Tapi di Terminal 21, tandas di aras London sgt ceria. Dgn tukang cuci betbaju seperti pembantu rumah Inggeris dgn apronnya dan guard pakai baju mcm guard Inggeris. Toilet sangat bersih dan tandas automatik. Ada air disediakan dalam setiap toilet. 

Sekian sahaja catatan saya di Bangkok, sementara tunggu flight ni. Huhu terpisah dgn Ida..flight saya awal sejam entah camne Ida tak perasan terbook dan terklik flight berbeza waktu balik. Yeah  hari ni kami balik KL bajet pun dah takda hihi. 






Kluang Railway Kopitiam
Nasi ayam Hainan












No comments: