Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

1 December 2017

Sistem Pemudahcara Tugas Pengkeranian Kaunselor



Berakhir penggal persekolahan sesi tahun 2017. Nak berkongsi pengalaman menggunakan sistem sistem di bawah memandangkan pembangun inovasi ini iaitu Encik Che Mohamad Padali yg mempunyai kepakaran dalam membangunkan sistem ini memahami bagaimana sistem ini akan memudahkan kerja kaunselor memandangkan beliau sendiri berkhidmat dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 
Beliau membuka tempahan sistem dan bagi yg berminat boleh menghubunginya dgn 
www.wasap.my/60123749081

dekssystem.blogspot.my Klik ye untuk mengetahui lebih lanjut dan terus ke menu untuk baca tutorial menggunakan sistem yg mana satu anda inginkan.

Tawaran UPAH PEMBINAAN SISTEM DEKS bagi Tahun 2018
.
Pengguna Kali Pertama: 
1. Sistem Dashboard e-Kaunselor - RM200
2. ‎Sistem e-Klien - RM200
3. ‎Sistem e-Psikometrik - RM200
.
Bagi pengguna kali kedua atau seterusnya (lanjutan tempoh) : 
1. Sistem Dashboard e-Kaunselor - RM60
2. ‎Sistem e-Klien - RM60
3. ‎Sistem e-Psikometrik - RM200


KELEBIHAN SISTEM
Nak berkongsi pengalaman menggunakan sistem dashboard e-kaunselor. Saya perlu berkongsi kerana saya merupakan sekolah perintis penggunaanya. Sangat mudah! Kerana terima kasih ia boleh diakses dari android. Semua guru ada android berbanding semua guru ada laptop...betul tak? Dan majoriti guru kaunseling ada line internet atau wifi. Bagi saya ia semudah pepatah yg menyebut semua maklumat di hujung jari. Sebelum sesi dijalankan, murid key in maklumat diri dalam sistem dan selepas sesi kita terus menaip dalam sistem. Di hujung minggu, bulan dan tahun tersebut data tersebut sudah berada dalam susunan L4 yg sedia untuk dihantar ke JU. Begitu juga dgn L8, jika ada 2 hingga 4 partner di sekolah..data masing masing tersusun sistematik seperti data paparan yg diminta KPM dalam L4 masing masing dan di L8 rumusan utk UBK dah siap!
Data mengenai program juga dilaporkan dan ditaip dalam laporan ringkas. Yg bestnya sesi kaunseling dan laporan ini boleh terus print dan simpan dlm fail . Dan jika berada kat rumah atau tiada di sekolah, pengurusan atau guru disiplin call sebab nak buat laporan ringkas ttg murid kes polis ke seperti ada sesi tak, bila kena buang dan terlibat juga ke dgn masalah disiplin lain..intai jela android tu terus dapat info untuk bagitau masa tu point penting untuk rujukan polis.
Dan kalau waktu tu, pejabat call tanya tarikh sesi kaunseling untuk catatan laporan pengetua untuk murid rayuan semula, buka je android tengok tarikh sesi atau jika mana mana guru nak tau tarikh bila dan bila kita buat program yg dah lepas, check je laporan kat android tu. Senangkan...
Malahan jika nak check data yg tahun tahun  lepas pun saya check android dalam sistem dashboard e-kaunselor dan klik pada e-pelaporan sahaja..!!  berbanding saya kena rushing ke bilik kaunseling, buka almari berkunci dan mencari data dlm fail. Senangkan..semudah anda klik klik ikon facebook dan baca status orang huhuhu. Sebab ikon dashboard kaunselor sekolah tu install di android anda.




Sistem e-psikometrik. Syukur sangat. Jika makmal sekolah anda mempunyai kapasiti yg cukup untuk satu kelas dan mempunyai line internet..buat jadual bergilir mereka masuk ke makmal dan menggunakan e-psikometrik. Sgt mudah dan cepat dan rumusan akan didapati ke dalam sistem kita dan dalam email murid. Tidak perlu membimbing bagaimana mengira dan menunggu mereka mengira dgn betul atau tidak. Maka jimat masa krn pelaporan setiap murid sudah tersedia.  Oleh kerana saya juga mempunyai sistem dashboard kaunselor sekolah, maka saya klik pelaporan e psikometrik saya boleh baca result semua murid. Jika takda sistem dashboard e-kaunselor, maka sistem e-psikometrik  pun takpe. Boleh juga baca pelaporan murid yg key in psikometrik mereka. Jika ada murid yg tak datang, saya panggil mereka ke bilik kaunseling dan menggunakan komputer di bilik kaunseling atau apabila saya relief kelas, hanya menggunakan android saya untuk memberi respon psikometrik masing masing.
Dan ..jika terdapat keperluan untuk mengenalpasti psikometrik murid sewaktu membuat konsultasi ibu bapa atau sesi kaunseling..buka android untuk semak result psikometrik murid berbanding meninggalkan sesi dan mencari data tersebut di bilik lain. Cepat dan mesra pengguna:)



Akhir sekali sistem e-klien, jika dalam sistem e-psikometrik sudah dikhususkan untuk murid ting brp yg merespon bagi psikometrik tertentu seperti T4 untuk minda sihat, ting 3 untuk IMK, ting 5 untuk IKK, tetapi dalam e-klien pada sasaran murid, minda sihat boleh dijalankan oleh mana mana murid tidak terhad untuk tingkatan itu sahaja..contoh salah satu kebaikannya. Maka anda boleh meminta murid key in di rumah dan di sekolah sesi intervensi terus dijalankan untuk result tersebut. 

Murid yg berminat untuk menjalankan sesi kaunseling boleh memohon temujanji.dan kita boleh set temujanji dgn mereka. 


Salam Maulidur Rasul
Public holiday 

No comments: