16 December 2017

Top 6 Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2017

Tahun ini agak lewat untuk saya share mengenai amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan kerana tahun ini dengan format baru tanpa saringan top 5 setiap kategori, maka semua sekolah yang bertanding mengadakan pameran. Bayangkan hampir 58 booth dan saya tidak sempat untuk bergerak kesetiap booth untuk bertanya mengenai amalan perkhidmatan kaunseling mereka. Ini kerana saya juga perlu menjaga booth pameran sendiri dan pada tahun ini saya pula menyertai pertandingan amalan disiplin. 

Pembentangan amalan terbaik kaunseling juga saya tidak dapat mendengarnya, manakala pembentangan amalan terbaik disiplin hanya beberapa wakil sahaja yang dapat saya mendengarnya. Lagi melambatkan saya menaip entri ini sebab tiada buku program yang lengkap dengan sinopsis wakil peserta pembentangan yang disediakan tahun ini.  Maka ini sahajalah hasilnya yang dapat saya kongsikan yang ada dalam galeri phone saya, jika ada sesiapa ingin membantu menambahkan gambar dan info yang lebih tepat...saya alu-alukan. 



Johan 
SMK Khir Johari, Tanjung Malim, Perak
Anugerah Emas : Pameran
Anugerah Perak : Dokumentasi

Amalan Terbaik:
Counselor's Buddy Dalam Kelas Ganti

Guru kaunseling telah mencipta inovasi bahan-bahan pembelajaran untuk digunakan dalam kelas ganti berdasarkan kepada 4 fokus bidang perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Oleh itu, jika guru kaunseling mendapat kelas ganti, bahan - bahan pembelajaran ini boleh dibawa terus ke kelas dan mempunyai manual penggunaannya. Guru akademik juga boleh menggunakan bahan pembelajaran ini. Boleh hubungi guru kaunselingnya Puan Effa Rina dan Puan Siti Suraya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manual inovasi ini.



Naib Johan: 
SMK Simpang Renggam, Kluang, Johor
Anugerah Emas Pameran
Anugerah Emas Dokumentasi

Amalan Terbaik:
Buddyz FM
Program dipelopori dan diterajui oleh PK HEM Datin Hajah Zamhirah Bt Hj Osman dan guru kaunseling. Pada peringkat awal, PRS mengendalikan aktiviti yang beroperasi di makmal sains pada jam 10.30 - 11.00 pagi dengan berbekalkan komputer riba dan sistem siaraya sekolah yang ada. Program ini menarik minat pelbagai pihak yang menaja seperti AWH Logistic, AZ Iman Resorce serta pihak persatuan ibu bapa komuniti  yang menyumbang hingga wujud konti bertaraf 5 bintang. Antara pengisiannya dijalankan sewaktu awal persekolahan dan waktu rehat murid. Antara pengisian nya
6.45 - 7.05 pagi : Bacaan Al - Quran/ Salawat
10.30- 10.35 pagi : Terapi Minda/ Zikir
10.35- 10.38 pagi : Lagu Nasyid
10.38 - 10.43 pagi:  Tazkirah/ Motivasi/ Kuiz
10.43 - 10.48 pagi : Lagu Motivasi/ Lagu Patriotik
10.48 - 10.55 pagi : Informasi/ Bual Bicara
10.55 - 11.00 pagi : Ucapan Penutup


Pasukan PRS yang dilatih untuk mengendalikan siaran radio di sekolah dan cekap serta mahir mengendalikan upacara rasmi di sekolah selaku juruacara. Sepanjang 2 hari simposium saya boleh mendengar cara mereka mengendalikan simposium selaku DJ di bahagian tapak  pameran dengan profesionalnya.




Tempat Ketiga:
SMK Durian Tunggal, Melaka
Anugerah Gangsa : Pameran
Anugerah Perak : Dokumentasi

Amalan Terbaik: Pelangi Kasih Dutass
Mengenai 7 elemen dalam perkhidmatan kaunseling SMK Durian Tunggal iaitu kunjungan kasih, himpunan kasih, panggilan kasih, ziarah kasih, sentuhan kasih, lawatan kasih, pimpinan kasih






Tempat Keempat:
Kolej Tingkatan Enam
Tunku Abdul Rahman Putra
Sabak Bernam, Selangor

Anugerah Emas  Pameran
Anugerah Emas Dokumentasi

Amalan Terbaik:
SMART : Semak Arah Tuju mengenai inovasi sistem yang dibangunkan oleh pasukan guru kaunseling sekolah ini di mana ia merupakan kaedah bimbingan bagaimana guru membantu murid membuat hala tuju kerjaya secara berpandu menggunakan SLIP SMART  dengan gabungan SEMAKSYARAT

Bagaimana menggunakannya?
1) Mengisi slip SMART untuk mengenalpasti kelayakan yang ada pada murid untuk dimasukkan ke dalam SEMAKSYARAT
2) Gunakan keputusan yang ada/ dengan bimbingan guru untuk membuat penetapan keputusan peperiksaan
3) Jana kursus menggunakan portal semaksyarat.info untuk mendapatkan bilangan kelayakan kursus
4) Buat perbincangan bersama guru mengenai keputusan yang diperolehi tadi
5) Sebagai tambahan pengguna digalakkan memasang perisian "website shortcut" di telefon bimbit untuk memudahkan akses pada waktu lain
6) Bahan -bahan berkaitan SMART boleh dimuat turun melalui portal www. kistarp.edu.my


 Yang berminat mengetahui lebih lanjut, dan boleh hubungi guru kaunselingnya antaranya Encik  Jaafar, En Mohd Fazlie Bin Ahmad dan Puan Nooredah Bt Saad di Unit Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya Kolej Ting 6 Tunku Abdul Rahman Putra






Tempat Kelima:
SMK Cochrane, KL

Anugerah Emas Dokumentasi
Anugerah Perak Pameran

Amalan Terbaik:
Laluan 'Unlock Your Future' mengenai bilik kaunseling sekolah ini yang terletak di tingkat 7 bangunan baru sekolah menyebabkan guru kaunselingnya Puan Kang Kooi Li dan Puan Nabira dan Puan Khalilah memulakan inisiatif inovasi lorong kerjaya dengan poster serta info mengenai psikometrik, peluang kerjaya dan pelbagai lagi umpama one stop centre berkaitan dengan hala tuju kerjaya murid.







Tempat Keenam
SMK Tapu, Kuala Berang, Terengganu

Anugerah Perak Pameran
Anugerah Perak Dokumentasi

Amalan Terbaik:
#ladangpahala mengenai amalan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling selaku peransang, pendorong, booster, pemangkin, keyakinan, pencetus dan penggerak kepada murid, guru, PIB7G, komuniti.





Contoh pameran terbaik anugerah emas walaupun tidak mendapat top 6: 

SMK Jalan Damai Pulau Pinang
Anugerah Emas Pameran

The more we share
The more we have








 

Telegram Channel