31 December 2018

Warna Warni Kehidupan 2018

Warna Warni Kehidupan 2018





31 Disember 2018...penamat untuk tahun 2018 dan saya bercadang ingin berkongsi pencapaian dan kejayaan kami Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang mewarnai perkhidmatan saya pada tahun ini.

Perkara paling menceriakan hari saya :)
Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2018

Kebangsaan:
- Tahun ini saya tidak mendapat pencapaian dan kejayaan di peringkat kebangsaan kerana hanya menyertai pertandingan Video Kreatif Untuk Pertandingan peringkat Kebangsaana dengan penyertaan untuk guru, dan mendapat sijil penyertaan sahaja. Pertandingan lain saya tidak menyertainya kerana diminta direhatkan. Tetapi...hikmahnya saya dilantik pula menjadi fasilitator Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling DG44 dan DG48 Peringkat Kebangsaan yang memerlukan pergerakan saya merentas pelbagai negeri dan tahun ini adalah tahun yang paling banyak saya menaiki kapal terbang. Yang menceriakan hari saya adalah bahan -bahan dari blog saya menjadi sumber rujukan kepada ramai guru bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Hasil bimbingan dari kompetensi saya dikenali oleh guru kaunseling negeri -negeri lain melalui blog saya dan syukur dapat memanfaatkan hasil tulisan kita kepada orang lain.

Negeri:
- Ketiga Video Kreatif Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL (Guru Pembimbing)
- Ketiga Eksplorace Kerjaya (Guru Pembimbing)



Daerah
- Naib Johan Eksplorace Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya Pudu (Guru Pembimbing)
- Naib Johan Video Kreatif  ( Guru Pembimbing)
- Saguhati kelima Young Motivator Menengah Rendah (Guru Pembimbing)
-Saguhati kelima Penjelajahan Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya (Guru Pembimbing)
- Sekolah Terbaik Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Pudu (Guru Penasihat)




Peringkat sekolah:
- Anugerah Inovatif E-PRS(Peringkat Sekolah)
- Anugerah Kelab Aktif (Kelab Kerjaya) Anugerah Kokurikulum Sekolah
- Anugerah Guru Penasihat Kelab Persatuan Pencapaian Negeri (Kelab Kerjaya)
- Anugerah Pengurusan HEM Cemerlang
- Anugerah Khas Kajian Tindakan Dan Inovasi
- Anugerah Kehadiran Penuh
- Anugerah Guru Pembimbing Pembina Site Sub HEM VLE Terbaik (Ketiga)
- Anugerah Guru Key In SSDM Kelima Tertinggi











Sedikit penurunan kejayaan dan pencapaian untuk tahun 2018 namun banyak penglibatan sebagai fasilitator dan Jurulatih Utama




Perkara yg membuatkan saya teruja kerana impian menjadi kenyataan







Pertama kali saya memberanikan diri menyertai Bengkel Pengkarya Guru kategori novel remaja anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan mendapat pendedahan cara menulis yang baik. Terima kasih kepada Kak Noraslina yang memaklumkan kepada saya ada dua kekosongan tempat lagi. Bermulalah pendedahan kepada Majlis Buku Kebangsaan.
Lalu saya memulakan langkah pertama mengambil bahagian dalam penulisan buku anekdot bersama 20 orang penulis untuk buku Langit Kehidupan , buku kedua dalam anekdot Arkitek Kehidupan, buku ketiga dalam anekdot Kompas Kehidupan. Ketiga-tiganya telah diterbitkan oleh penerbit Wacana MBM dan dibimbing oleh Munsyi Mohamad Musip.Setiap buku tersebut memuatkan 10 muka surat anekdot saya. Terima kasih kepada kakak saya Nurhema Che Mat yang membuka mata saya mengenai peluang ini yang tag iklan yang dikeluarkan oleh Munshi Mohamad Musip di facebooknya. Munsyi merupakan guru BM kakak saya di sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang tahun 1991/1992.

Saya berjinak dalam penulisan puisi untuk Tulis & Terbit Pengkarya Guru dan sebuah puisi saya Anak-Anak di Bandaraya Metropolitan akan dimuatkan untuk penerbitan tahun hadapan dan in sha Allah dilancarkan dallam Pesta Buku tahun hadapan. Terima kasih kepada Afiqah Sidek guru BM sekolah saya yang mempelawa saya menyertainya. Saja -saja mengarang puisi dan tidak sangka terpilh pula untuk dibukukan.

Alhamdulillah

Perkara yg membuatkan saya gundah gulana

 Manuskrip novel remaja untuk bengkel Pengkarya Guru yang sepatutnya disiapkan pada November 2018 tak siap -siap juga hingga hari ini. bab ke 11 kemudian lama.....tak menyambung bab seterusnya.

Saya tidak pasti bagaimana kesudahan manuskrip ini dengan dateline yang telah tamat


Perkara yg buat saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)
KPI kehadiran penuh ke sekolah untuk 5 tahun berturut 2014 hingga 2018. Yeah dapat sijil lagi :) Sepanjang 18 thn servis, saya menerima 11 kali sijil kehadiran penuh bekerja. Alhamdulillah sekali lagi atas kesihatan dan kemudahan untuk berkhidmat.



Perkara yg membuatkan saya sedih




Persaraan pengetua saya Puan Kamariah Bt Abu yang merupakan pengetua yang sangat menyokong kerjaya saya. Sejak menjadi boss saya dari tahun 2015 hingga 2018, banyak kejayaan yang dicipta oleh pasukan UBK. Mempunyai pentadbir yang sangat menyokong dan memberikan autonomi dalam menjalankan aktiviti adalah satu bonus untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan kepuasan bekerja saya. Hampir semua perkara yang dijalankan oleh UBK mendapat sokongan penuh dan pengetua bersama-sama membantu memikirkan dana yang perlu dicari untuk menampung kos program.

Saya sangat terharu dengan komitmen pengetua untuk memastikan bilik kaunseling yang dinaik taraf berjaya disiapkan sebelum persaraannya. Walaupun beliau dilanda kemalangan dengan patah kaki dan sepatutnya bercuti, tapi masih sempat memandu ke sekolah dengan kaki yang tempang untuk singgah ke sekolah dan berjumpa saya sendiri sambil menyampaikan amanat -amanat yang perlu saya akur kesungguhannya dalam memastikan bilik kaunseling saya dapat disiapkan dengan imej baru sebelum persaraannya. Impiannya untuk memastikan impian kami guru-guru kaunseling direalisasikan.



Saya sangat terharu dengan kesungguhannya dan peristiwa ini memberikan kesan yang mendalam terhadap saya dan membuatkan saya, Rozinani dan Raudzah bergenang air mata dengan niatnya yang mahu impian kami terlaksana. 

Alhamdulillah kami berjaya menagguhkan perasmian bilik kaunseling oleh JPWPKL sehingga pengetua benar-benar pulih dan boleh berjalan dan menaiki tangga ke tingkat 1 blok B untuk bersama-sama dalam sejarah UBK 2018.

Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:
Yeah.....tahun ini tiada.


Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.

Oops ada kesalahan besar dan walaupun kesilapan itu bukan dari saya tetapi sebagai ketua guru kaunseling saya kena bertanggungjawab dan memikirkan strategi untuk membetulkannya. Tapi tak terkata juga bila dapat tahu..huhu betul-betul minggu pertama semasa buka sekolah sesi 2018 yang mengeluarkan peluh saya menangani stress .


Bye 2018.

Selamat malam
Kajang, Selangor.

28 December 2018

Kertas Kerja Orientasi Ting 1 SMK Cheras 2019

Kertas Kerja Orientasi Ting 1 SMK Cheras 2019


Selamat datang murid ting 1 dan peralihan ke SMK Cheras. 








1.0       PENGENALAN

Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Murid-murid ini akan merasakan perbezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut, program hari danminggu orientasi telah dirangka untuk membantu murid lebih mengenali persekitaran sekolah, menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan dipelajari, mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui dengan pendekatan pelbagai aktiviti pelajar yang telah dirancang untuk mereka. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong murid-murid berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan disiplin.

2.0       OBJEKTIF

1.  Memberi pendedahan kepada murid-murid baru tentang alam persekolahan sekolah menengah.

2. Mempastikan murid-murid baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah.

3.    Melatih murid-murid untuk bermotivasi ke sekolah.

3.0       TARIKH

12-15 November 2018          - Pendaftaran Tingkatan 1/2019

28 Disember 2018 (Jumaat) - Hari Orientasi Pelajar tingkatan 1/ Peralihan
                                                bersama ibu  bapa / penjaga

 2, 3 dan 4 Januari 2019    - Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan sahaja

4.0       TEMPAT
           
Dewan Kris Mas, SMK.Cheras.
5.0       SASARAN

Semua pelajar tingkatan 1 dan peralihan 2019

6.0       KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)



Output


100% murid dapat input mengenai persekitaran dan budaya sekolah menengah.


Outcome
100% murid peralihan dan tingkatan 1 tahun 2019 tiada masalah untuk mencari kelas atau bilik khas sewaktu Pdpc dan mengenali guru-guru yang penting untuk menjalani aktiviti kurikulum dan kokurikulum.


7.0       IMPLIKASI KEWANGAN
           
            SUMBER KEWANGAN       

BIL
PERKARA
SUMBER
JUMLAH
1.
Makanan VIP dan Murid serta Banner
PIBG
RM  430.00
JUMLAH
RM    430.00


            ANGGARAN PERBELANJAAN
           

BIL
PERKARA
BUTIRAN
JUMLAH
1.

2.

3.



Makanan VIP

Makanan murid     

Banner Orientasi      

                                               
RM 6.00 x 15 orang VIP

RM 3.00 x 80 orang murid

RM 100 x 1 banner
RM    90.00

RM  240.00

RM  100.00
JUMLAH
RM   430.00


8.0      JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi                                 : (Pengetua)
TimbalanPengerusi                  : Pn. Nor Azlinda bt Hasmunih(PK HEM)
NaibPengerusi 1                      : Cik Lee Siew Ching (PK Tadbir dan Kurikulum)
Setiausaha                              : Pn. Raudzah bt. A.Rahman (Kaunselor)
Naib Setiausaha                      : Pn. Rozinani bt. Awang (Kaunselor)
8.1       JAWATAN KUASA KERJA HARI ORIENTASI ( DEWAN )


AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Pengacara Majlis
Pn. Amirah bt. Muhamed Kamil (K)
Pn. Athirah bt. Mohd. Riduan
    Mengacara majlis semasa hari orientasi bersama ibubapa di dewan mengikut aturcara yang telah ditetapkan di dewan.
Sambutan Ibu Bapa
Semua Pen. Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP),
Pn. Rozinani bt Awang
(SU Sarana) danIbubapa ( PIBG)
     Menyambut ibu bapa dengan mempersilakan mereka masuk ke dalam dewan
Pendaftaran/
Pn. Kanagambigai  a/p Ramoo (K)
Pn. Kavitha A/P Chelliah
Pn. Ang Choon Ai
Cik Wong Mun Yee
Pn. Nor Haizad bt Mohd. Taharim
Pn. Siti Amrah bt Mohd. Idris
     Menyediakan borang pendaftaran ibu bapa dan menjaga kaunter pendaftaran di hadapan dewan.
     Mengedarkan pamplet dan bahan edaran mengenai majlis orientasi.
          
Persiapan Dewan, Peralatan dan hiasan dewan
En. Masrizal b. Abu Bakar (K)
En.Mohd.Nidzam b. Mohd. Yusoff
En. Yahya b. Mat Yasin
Pn. Amirah bt Mamat
Cik Aida Azlina bt. Ramli
Cik Hufaidah bt. Zakaria
     Membuka, mengemas dan menutup dewan.
     Menyediakan rostrum, dan kerusi untuk tetamu dan ibu bapa.
     Menyediakan ‘skirting’ dan bunga.
     Menghias dewan.
Teks Ucapan
Pn. Soraya bt. Abdul Rafar
    Menyediakan teks ucapaan YDP PIBG dan pengetua
Flyers
Pn. Raudzah bt. A.Rahman
     Menyediakan flyers utk Ibu Bapa
sebanyak 350 cetakan
Jamuan
Pn. Tg. Laila Sari bt. Tg. Jusoh (K)
Pn. Tipah bt Ngah
     Menyediakan makanan kepada pentadbir, Penceramah, AJK PIBG,  AJK guru,dan murid-murid yang bertugas.
Back Drop
En. Abdul Azis b. Arbi
     Menyediakan back drop yang sesuai untuk majlis orientasi.
Bacaan Doa
En. Mohd. Nasrun b. Ahmad
     Menyediakan teks doa yang sesuai untuk majlis dan memimpin bacaan doa.
Siaraya
En. Balasegar a/l Muniandy(K)
En. Nik Rahmat b. Nik Mood
     Menyediakan system siararaya yang lengkap di dewan.
Persembahan Multimedia
Pn. Norhaniza bt. Abd.Jamil (K)
Pn. Farah Aisyah bt. Shamsudin
     Menyediakan multimedia untuk ditayangkan kepada ibubapa.
AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
AJK Jemputan PIBG
Pn. Murni bt Mat Jali
     -Menyediakan surat jemputan AJK PIBG untuk menghadiri Hari Orientasi.
     -Menyerahkan surat jemputan kepada para jemputan.
Taklimat Unit  Kaunseling
Pn. Nurhaiza bt. Che Mat
     Menyampaikan taklimat mengenai unit bimbingan & kaunseling sekolah dan Pentaksiran Ujian Psikometrik
Taklimat Kelas KAA
En. Mohd. Nasrun b. Ahmad
     Menyampaikan taklimat mengenai kelas KAA
          
Taklimat Kelas Muzik
Pn. Umi Salbiah bt. Abd. Rahman
     Menyampaikan taklimat mengenai kelas Muzik
Dokumentasi & Jurugambar
Pn. Raudzah bt. Abd. Rahman (K)
Cik Nor Afiqah bt Mohd. Sidek
En. Hazmeer b. Mamat
    Menyediakan dokumentasi sepanjang majlis dan minggu orientasi berlangsung.
     Mengambil gambar sepanjang program berlangsung.
Kebersihan dan Keceriaan
En. Amiruddin b. Mohd. Yusoff(K)
En. Mohd. Rizal b. Mat Salim
Pn. Normilah bt Mohd Noh
     Memastikan kawasan sekitar sekolah dan dewan bersih sebelum dan selepas program.
     Bekerjasama dengan pekerja pembersihan sekolah.


8.2       JAWATANKUASA KERJA HARI ORIENTASI (DATARAN INFORMASI)

AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Pengacara Majlis
Pn. Faizah bt Rahim
**Pn. Rita Indriani bt. Surip
     Mengacara majlis semasa hari orientasi bersama murid di Dataran Informasi mengikut aturcara yang telah ditetapkan.
Disiplin pelajar dan Penyusunan Pelajar di Dataran Informasi
En. Mohd Noor b. Mat Deris (K)
En. Amiruddin b. Mohd Yusoff
En. Chan Yoong Keong
En. Masrizal b. Abu Bakar
Pn. Kamziyah bt Mohd. Yaman

Guru Tingkatan

     Mempastikan disiplin pelajar terkawal dan menyusun pelajar di Dataran Informasi (tapak perhimpunan)
     Mempastikan pelajar berada di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat.
Taklimat Kelas KAA
Pn. Nafsah bt. Mohd. Shah
    Menyampaikan taklimat mengenai KAA
Taklimat Kelas Muzik
Pn. Umi Salbiah bt. Abd. Rahman
     Menyampaikan taklimat mengenai kelas Muzik
Data Murid
Pn. Norazah bt. Aris (K)
Cik Hamizah bt. Md. Aris
Pn. Haliza bt Halid
En. Ahmad Firdaus b. Mohd Ya
Pn. Rita Indriani bt Surip
En. Ikhwan b. Che Muda
         Membuat saringan kelas bagi tingkatan 1 & Peralihan
Agihan Buku Teks
Pn. Murni Yati bt. Masari (K)
Pn. Maizatul Akma bt. Mamat
Pn. Solehah bt Ahmad
Pn. Faiza bt. Mamat
     Agihan buku teks tingkatan 1

8.3       JAWATAN KUASA KERJA MINGGU ORIENTASI




AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Taklimat Unit Disiplin
Pn. Noraida bt. Mohamad@ Abdullah
    Menyampaikan taklimat disiplin sekolah kepada murid semasa minggu orientasi.
Taklimat Surau
Pn. Haslina bt. Hashim
     Menyampaikan taklimat mengenai pergerakan dan masa untuk murid-murid menunaikan solat dan rehat.
Taklimat Kantin
Pn. Nurul Hamiza bt Nodzari
     Menyampaikan taklimat mengenai disiplin semasa murid berada di kantin



AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Taklimat Nilam


Pn. Suhaibah bt Mat
      Menyampaikan taklimat mengenai pengisian slot Nilai


Taklimat Unit Kokurikulum
Pn. Kamziyah bt. Mohd Yaman
     Menyampaikan taklimat mengenai ko-kurikulum, iaitu persatuan/kelab badan beruniform, sukan dan permainan.
Taklimat SPBT
Pn. Solehah bt Ahmad
Pn. Murni Yati bt. Masari
     Menyampaikan taklimat SPBT  kepada murid.
Taklimat Koperasi
Pn. Aziyanti bt. Abu Hanipah
     Memberikan taklimat mengenai koperasi sekolah.
Taklimat Biasiswa
Pn. Nor Haiza Jaine
     Menyampaikan taklimat biasiswa Baitulmal dan BKP kepada murid.
Taklimat Pusat Sumber Sekolah
Pn. Rodiyah bt. Mohamad
     Menyampaikan taklimat pusat sumber sekolah kepada murid.
Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Cik Hamizah bt Md Aris
     Menyampaikan taklimat kepada murid tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS) agar-agar murid memahami dan bersedia untuk menghadapi PBS
Taklimat Ujian Psikometrik
Pn. Raudzah bt. A.Rahman
     Menyampaikan taklimat kepada murid tentang Ujian Psikometrik
Taklimat Virtual Learning Enviroment (VLE-FROG)
Pn. Norliza bt. Borhan
     Menyampaikan taklimat kepada murid agar memahami VLE dan kepentingannya.
Latihan Nyanyian
Pn. Umi Salbiah bt. Abd. Rahman
Pn. Norlaili Bt. Ani
     Menyediakan lirik lagu dan melatih murid menyanyi lagu sekolah dan lagu Wilayah dengan betul.
Taklimat Pengurusan Diri(Murid perempuan)
Pn. Noraida bt. Mohamad@ Abdullah
     Menyampaikan taklimat kepada murid agar memahami penggunaan tandas dengan berdisiplin.




8.4       SENARAI GURU KELAS  TINGKATAN 1 & PERALIHAN TAHUN 2019

TINGKATAN
NAMA GURU YANG BERTUGAS
GURU TINGKATAN
PERALIHAN 1
Cik Tuong Loy Mui
PERALIHAN 2
En. Ahmad Azran b. Abdul Rahman
1 AMANAH
En. Abdul Rashid b. Zakaria
1 BESTARI
Pn. Zahirah bt Abdul Halim
1 IMTIYAZ
En. Mohd Nasrun b. Ahmad
1 SAPELELE
En. Ahmad Firdaus b. Mohammad Ya
1 GAMELAN
Pn.Amira bt Mamat
1 GIGIH
Pn. Nurul Hamiza bt. Nodzari
1 JUJUR
Pn. Suhaibah bt. Mat
1 LUHUR
Pn. Naimah bt.Ibrahim
1 MAKMUR
Cik Hamizah bt.Md. Aris


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH
          
            AJK Hari dan Minggu Orientasi 2018/2019


9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

TENTATIF MAJLIS ORIENTASI (IBU /BAPA)
Tarikh               :  28 Disember 2018 (Jumaat)
Tempat              :  Dewan Kris Mas


Masa
       
        Aturcara

7.30 – 8.00 pagi                 :           Ketibaan ibu bapa
8.00  - 8.30 pagi                 :           Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                                             Bacaan Doa
                                             Ucapan Pengetua
                                                         Ucapan Aluan YDP PIBG ( En. Romzee b. Abd.Rahman)

         Taklimat Kelas Muzik (Pn. Umi Salbiah bt. Abd.Rahman)
                                             Taklimat KAA (En. Mohd. Nasrun b.Ahmad)
                                             Taklimat Guru Kaunseling (Pn. Nurhaiza bt. Che Mat)
09.30 – 10.00 pagi            :          REHAT
   10.00 -  12.00 tghr             :        Pendaftaran pelajar tingkatan 1

12.00 tghr                           :        Bersurai


TENTATIF MAJLIS ORIENTASI (MURID-MURID)
Tarikh            :  28 Disember 2018 (Jumaat)
Tempat          :  Dataran Informasi (tempat pelajar berkumpul)


Masa
       
        Aturcara

07.30 – 08.00 pagi            :          Ketibaan pelajar/ semakan kelas
08.00 – 08.15 pagi             :         Ucapan Aluan daripada guru Bimbingan dan
Kaunseling (Pn.Raudzah A.Rahman)                           
08.15 – 08.30 pagi            :          Taklimat KAA (Pn. Nafsah bt.Mohd. Shah)
08.30 – 08.45 pagi            :          Taklimat Muzik  (Pn. Umi Salbiah bt Abdul Rahman)
& Persembahan pelajar muzik
08.45 – 09.30 pag             :          Pendaftaran pelajar di kelas
09.30 – 10.00 pagi            :          REHAT
10.00 – 10.30 pagi            :          Lawatan ke sekitar sekolah bersama PRS
10.30 – 12.00 pagi            :          Agihan buku teks
12.00 tghr                           :         Bersurai

10.0     PENUTUP
Program ini diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada murid-murid baru di SMK Cheras, khasnya semua murid tingkatan 1 dan kelas peralihan.  Dalam setiap usaha murni  ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tertentu dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya.  Strategidan perancangan yang kemas, membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.  Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material.  Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini kumpulan sasaran ini akan dapat menambah baik dan menaik taraf maklumat di sudut laluan PPDa.


Disediakan oleh,        



(PN.RAUDZAH BT. A. RAHMAN)         
Guru Kaunseling
SMK Cheras

Diluluskan oleh






JADUAL MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN 2019
2 -4 JANUARI 2019

TARIKH           : 2 JANUARI 2019 (RABU)
TEMPAT          : DEWAN KRIS MAS SMK. CHERAS


MASA
AKTIVITI
TINDAKAN/CATATAN

12.00-  12.30 ptg
- Penyusunan murid di dewan mengikut kelas
Guru Perhimpunan
Guru Kaunseling
Penyelaras tingkatan

12.30 – 1.00 ptg
PERHIMPUNAN

01.30 – 03.00 ptg
Audition kelas muzik bagi kelas A/B
Pn. Umi Salbiah bt Abd. Rahman

Pelajar berada di dalam kelas untuk pengajaran dan pembelajaran


Guru mata pelajaran kelas masing-masing

03.00 – 03.30 ptg
REHAT


3.30-4.30ptg
-Taklimat Program oleh guru kaunseling
-Taklimat Penolong Kanan HEM
-Taklimat Penolong Kanan Petang
-Taklimat Disiplin
-Taklimat kantin
-Taklimat Solat
-Latihan Nyanyian lagu SMK Cheras
-Taklimat Nilam
-Taklimat Kokurikulum


Guru tingkatan

Pn. Nor Azlinda bt Hasmunih
En. Raheman b. Ahmad
Pn. Kamziyah bt. Mohd. Yaman
Pn. Haliza bt Halid
Pn. Haslina bt Hashim
PRS

Pn. Suhaibah bt Mat
Pn. Murni Yati bt Masari

4.30-6.30ptg
Pelajar berada di dalam kelas untuk pengajaran dan pembelajaran


Guru mata pelajaran kelas masing-masing

Nota  : 1) Semua guru tingkatan 1 dan peralihan mesti berada bersama murid
disepanjang masa   aktiviti orientasi
2) Semua murid mesti berada di Dewan dan tidak dibenarkan terlibat dengan
aktiviti yang lain.





TARIKH           : 3 JANUARI 2019 (KHAMIS)
TEMPAT          : DEWAN KRIS MAS DAN KELAS

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN/CATATAN
12.00 – 12.30 ptg
Audition kelas muzik (temujanji)
Pn. Umi Salbiah bt Abd. Rahman
12.30 – 01.00 ptg
Penyusunan pelajar di dewan
Guru perhimpunan
01.00 – 03.00 ptg
-Taklimat Biasiswa Baitulmal
-Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
-Taklimat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
-Taklimat Koperasi
-Latihan Nyanyian lagu SMK Cheras
-Taklimat Pusat Sumber Sekolah
-Taklimat VLE-Frog
-Taklimat Kaunseling (UjianPsikometrik)
Pn. Haslina bt. Hashim
Pn. Aisyatul bt Abd.Rani

Pn. Solehah bt Ahmad

Pn. Aziyanti bt Abu Khanipah
PRS
Pn. Rodiyah bt Mohamad
Pn. Norliza bt. Borhan
Pn. Raudzah bt. A. Rahman
03.00 – 03.30 ptg
REHAT
03.30 – 06.30 ptg
Audition kelas muzik bagi kelas G/J/L
Pn. Umi Salbiah bt Abd. Rahman
Pelajar berada di dalam kelas untuk pengajaran dan pembelajaran
Guru mata pelajaran kelas masing-masing
Nota  : 1) Semua guru tingkatan 1 dan peralihan mesti berada bersama murid
disepanjang masa aktiviti orientasi
2) Semua murid mesti berada di Dewan dan tidak dibenarkan terlibat dengan
aktiviti yang lain.

TARIKH           : 4 JANUARI 2019 (JUMAAT)
TEMPAT          : DEWAN KRIS MAS DAN KELAS

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN/CATATAN
02.00 – 02.20 ptg
Program Sahsiah
1)     Bacaan Yasin
2)     Kelas Moral

Semua guru & murid Islam
Semua guru & murid non muslim
02.20 – 02.50 ptg
Taklimat penggunaan tandas
(murid perempuan sahaja)
Pn. Noraida bt. Abdullah
Cik Lie Kit Wei


02.50 – 06.30ptg
Mengikut jadual seperti biasa


Welcome Farzana










































 

Telegram Channel