Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

31 January 2018

Kertas Kerja Program Kaunseling Berfokus Cemerlang: Juara SPM




Saya share kertas kerja program kaunseling berfokus cemerlang. 20 orang sahaja maka 10 untuk saya dan 10 lagi untuk Rozi. Seperti di dalam buku rekod kaunseling di bahagian belakang yang memerlukan senarai nama murid kaunseling berfokus cemerlang, maka senarai itu diambil dari result akhir tahun tingkatan 4 tahum lepas ranking 20 murid terbaik. Oleh kerana di KL terdapat program Juara yang diltakkan di bawah guru kaunseling juga, maka ini adalah strategi dua dalam satu. Iaitu saya menjalankan program untuk kaunseling berfokus cemerlang saya melalui motivasi dan intervensi murid dan keibubapaan untuk murid - murid Juara dan laporan diletakkan untuk JPWPKL di bawah Juara dan untuk program UBK bawah kaunseling berfokus.



KERTAS KERJA
PROGRAM JUARA
SMK CHERAS 2018

1.0       PENGENALAN
                        Program Juara merupakan program wajib yang dilaksanakan atas inisiatif dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri untuk semua sekolah di Kuala Lumpur dengan sasaran murid tingkatan lima. Objektif yang jelas di mana dengan adanya program ini maka setiap sekolah dapat melonjakkan kecemerlangan akademik dalam SPM dengan berfokuskan kepada murid yang berpotensi cemerlang dalam SPM yang akan digilap oleh pihak sekolah dengan strategi tertentu agar meningkatkan bilangan murid mendapat semua A dalam keputusan SPM. Program ini diilhamkan dengan modus operasi dengan kerjasama murid Juara Permata sendiri dengan menjalankan kumpulan belajar terancang dalam kalangan mereka dengan pemantauan dari guru. Diharapkan kumpulan ini dapat dibimbing oleh mentor dan AJK yang terlibat dalam program peningkatan akademik sekolah selaku ikon kepada murid lain dan guru muda dalam kalangan rakan sebaya mereka.

2.0       OBJEKTIF
1)    Agar murid berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik masing – masing dengan teknik belajar yang betul.
2)    Agar murid bekerjasama dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sekolah.
3)    Agar murid  dapat membantu rakan sebaya dalam masalah pembelajaran.

3.0       SASARAN
            20 orang murid
           
4.0       TARIKH
            Januari – November 2018

5.0       MATLAMAT
            Bagi keputusan SPM sebenar:
Pelajar memperolehi maksimum semua A dan minimum 5A dan C bagi mata pelajaran lain

6.0       AHLI JAWATANKUASA
            AJK Induk
            Pengerusi                 : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi        : Cik Lee Swee Ching
            Setiausaha                : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
            Naib Setiausaha      : Puan Kanagambigai
            AJK                             : Puan Farah Hanum Bt Ramly
                                                 : Puan Roszita Bt Mohd Toff
                                                 
                       

7.0       PELAN TINDAKAN PROGRAM JUARA SPM UNTUK 2018
TARIKH
AKTIVITI

TINDAKAN
22 Januari 2017
Taklimat
-       Objektif Juara
-       Pembentukan kumpulan belajar
-        Mengedarkan surat perjumpaan ibu bapa
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
25  Januari 2018
Penetapan Matlamat ahli Juara Permata

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
26 Januari 2018
Program Motivasi Bersama Murid Dan Ibu Bapa Juara
Strategi Pengurusan Masa Dan Belajar

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Feb- April
-Program Mentor Mantee bermula
-Program kumpulan belajar berkumpulan mengikut jadual
- Projek Guru Muda

Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Roszita Bt Mohd Toff
26 Mac – 6 April 2018
Ujian Penilaian 1

Puan Farah Hanum Bt Ramly
9-15 April 2018
Kolaborasi ke SM Agama WPKL

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

2 Mei 2018

Analisa Markah Pencapaian Murid Juara

Puan Farah Hanum Bt Ramly
16 April 2018

Anugerah Hadiah Galakan Individu Dan Kumpulan


Puan Nurhaiza Bt Che Mat
14 Mei 2018
Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Ujian I

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

16 -24 Mei 2018

Bulan peperiksaan Intensif
Puan Farah Hanum Bt Ramly

5 Jun 2018

Analisa Markah Pencapaian Murid Juara

Puan Farah Hanum Bt Ramly
7 Jun 2018
Perjumpaan Ibu Bapa Dan Solat Hajat Bersama Murid,  Ibu Bapa Juara Dengan Guru.

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
25  Jun 2018
 Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

30 Jun  2018
Perjumpaan Ibu Bapa Juara Permata
Post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Bersama Guru Tingkatan Dan Guru Kaunseling

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
2 Julai  2018
Anugerah Hadiah Galakan Individu Dan Kumpulan

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Jun – Ogos 2018
Program Speed Up Bermodul Cemerlang Bersama Kumpulan Belajar

Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Roszita Bt Mohd Toff

25 Jun 2018
Program Motivasi Kolam Jiwa

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
27 Ogos – 7 Sept 2018
Ujian Percubaan SPM
Puan Farah Hanum Bt Ramly
12 September 2018

Analisa Markah Pencapaian Murid Juara

Puan Farah Hanum Bt Ramly
14 Sept 2018
 Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

17 Sept 2018
Anugerah Insentif Juara Permata

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
18 Sept – 31 Oktober 2018
Ulangkaji Speed Up Bermodul Cemerlang
Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Roszita Bt Mohd Toff

27 Oktober 2018
Motivasi Pecutan Akhir
-       Persiapan Psikologi dan Fizikal Menghadapi Peperiksaan
Puan Nurhaiza Bt Che Mat

November 2018


Laporan Program Juara 2018


Puan Nurhaiza Bt Che Mat


8.0       ANGGARAN  KEWANGAN
Pendapatan
Bil
Sumber Kewangan
Kos
Jumlah
1
PIBG
Jamuan makan
RM 3.50  x 40 orang= RM    140.00
2
Koperasi
Anugerah Insentif
RM 200   x 3 kali      = RM    600.00
3
PIBG
Motivasi
RM  500 x 3 kali       = RM 1,500.00

Jumlah

                                    RM 2,240.00

Perbelanjaan:
Bil
Butiran
Kos
Jumlah
1
Perjumpaan Ibu Bapa
RM 3.50  x 40 orang
RM    140.00
2
Anugerah Hadiah Galakan
RM 200   x 3 kali
RM    600.00
3
Motivasi
RM 500   x 3 kali
RM 1,500.00

Jumlah

RM 2,240.00


9.0       PENUTUP

            Diharapkan agar program Juara Permata ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari mentor, ibu bapa dan mantee itu sendiri bagi mencapai kecemerlangan akademik murid.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                        (Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling                                                                 Pengetua


 Happy weekend
Cuti Thaipusam