Total Pageviews

25 January 2018

Bimbingan Penetapan Target :ETR Dari TOV



Semalam 23.1.2018 kami menjalankan aktiviti penetapan target. Borang penetapan target diberikan kpd semua murid ting 5 dan mark sheet peperiksaan akhir tahun ting 4 diberikan kpd murid untuk meletakkan TOV mereka. Murid diberikan bimbingan mengikut kelompok kelas iaitu kelas aliran sains, kelas kemanusiaan dan kelas vokasional.
Sebelum ETR disasarkan iaitu target markah mereka, saya memberikan bimbingan bagaimana menetapkan ETR bergantung kpd kemampuan masing masing dan potensi diri yg ada.
Saya menerangkan mengenai syarat kemasukan SPM ke matrikulasi, universiti laluan asasi dan diploma serta institusi kemahiran dan STPM. Subjek subjek penting yg merupakan core dan minimum gred kelayakan masuk untuk membuka mata dan minda murid..ia bukan sekadar borang penetapan target yg ditulis suka suka tanpa fungsi matlamat. Bila sudah ada matlamat sasaran , anda sudah perlu ada strategi untuk bergerak ke arah penetapan itu.
Borang tersebut akan diisi untuk meletakkan gred peperiksaan pula samada pertengahan dan percubaan untuk melihat sejauhmana murid bergerak ke arah sasaran tersebut.
Seterusnya esok pula penetapan target PT3 sila rujuk di bawah:





Hari ini saya menerangkan pula kpd murid ting 3 bagaimana mensasarkan ETR dari TOV peperiksaan akhir tahun ting 2. Sebelum itu murid diberikan taklimat mengenai kepentingan gred PT3 untuk kelayakan memilih aliran yg sesuai di sekolah teknik, kolej vokasional dan sekolah berasarama penuh di ting 4 nanti. Bukan itu sahaja, di sekolah ini terdapat 4 aliran kelas. Jika murid berada di aliran yg betul di ting 4 maka target subjek SPM untuk laluannya ke kursus di universiti adalah laluan yg jelas. Berbanding jika murid masih rasa seronok krn memikirkan ting 3 tiada faedahnya pun nak score, kesannya di ting 4 diberikan aliran yg tidak melayakkan anda untuk mengambil subjek SPM untuk laluan kursus yg diminati di peringkat institusi pengajian tinggi.

Esok bersambung dgn strategi mencapai penetapan target dari Cikgu Jinggo.


Dear Fiqah
Semoga Allah memudahkan
Mempercepatkan kesembuhanmu.









No comments: