Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

22 January 2018

Eviden SKPMg2 untuk Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling






Hari ini merupakan taklimat awal tahun untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pihak JPN telah menjemput Pn Salehan selaku Nazir Kanan dari Jabatan Nazir Jaminan Kualiti untuk membimbing guru -guru kaunseling bagaimana menyediakan eviden dan menulis laporan eviden dengan betul.







Ciri -ciri penting SKPMg2
- Format perlaksanaan baru bagi meningkatkan keberkesanan PKS

- Berorientasikan tindakan

- Menitikberatkan kualiti
  Setiap tugas yang dijalankan kita boleh check tahap kualiti tugas kita

-Penekanan kepada peranan

-Penglibatan secara menyeluruh
setiap aspek melibatkan semua guru dan warga di sekolah dari pengetua kepada guru

-Penggunaan sepanjang tahun
(peringkat penilaian 1 (Jan - Feb- Mac), peringkat penilaian 2 (April - Mei-Jun-Julai) peringkat penilaian 3 (Ogos-Sept-Oktober- November)

-Mementingkan evidens perlaksanaan/pencapaian sebagai rujukan kendiri untuk peningkatan kualiti
(rekod sesi, laporan dokumentasi, kertas kerja, pelaporan dan penilaian)
Kualiti dilihat sejauhmana hasil kemenjadian sahsiah murid dan disiplin murid


Antara kesilapan guru kaunseling sewaktu menulis mengenai eviden ialah
1) Tidak meletakkan tahun kepada catatan bahagian eviden.
Contoh yang salah : Jadual analisis bilangan sesi kaunseling
Contoh yang betul: Jadual analisis bilangan sesi kaunseling Jan-Mac 2018, Jadual analisis bilangan sesi kaunseling April -Julai 2018,


2) Tidak boleh menulis perbuatan .
Contoh pernyataan yang salah ialah: saya telah berjaya melaksanakan program Guru Penyayang.
Cara yang betul ialah menulis eviden iaitu: Kertas Kerja Program Guru Penyayang 2018, Laporan Dokumentasi Program Guru Penyayang 2018.

saya kongsikan hasil taklimat nazir untuk penambahbaikan dalam kerjabuat kita





Bagi standard 3 iaitu pengurusan Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan Dan Kaunseling terletak dibawah aspek 3.3.6 iaitu pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan 3.3.6.1 ialah mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan terancang.  dan 3.3.6.2 iaitu pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.


Tahap tindakan
Mengurus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan
i) merancang sesi bimbangan/ kaunseling
Eviden:
 1) Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Tahun 2018
 2) Perancangan Strategik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling 2015-2018(tahun tu mengikut sekolah masing-masing perancangan strategik dari tahun bila)
 3) Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Tahun 2018


ii) melaksanakan sesi bimbingan/kaunseling
Eviden:
 1) Laporan sesi bimbingan/kaunseling Jan-Mac 2018
 2) Jadual analisis bilangan sesi kaunseling/bimbingan bagi Jan- Mac 2018


iii) merancang program bimbingan dan kaunseling
Eviden:
 1) Takwim Unit Bimbingan Dan Kaunseling 2018
 2) Takwim SMK Cheras 2018


iv) melaksanakan program bimbingan dan kaunseling
Eviden:
 1) Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan AJK Kokurikulum SMK Cheras 2018
 2) Kertas Kerja Hari Suaikenal Murid Tingkatan 1 2018



Tahap kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i) dengan mematuhi ketetapan hal ehwal murid /prosedur /arahan yang berkuatkuasa
Eviden berdasarkan pematuhan dasar perekayasaan perkhidmatan B&K:
1) mengikut ketetapan 5 sesi untuk individu seminggu
2) mengikut ketetapan 1 kelompok bimbingan/kaunseling dalam seminggu

ii) mengikut keperluan murid/isu semasa
Eviden berdasarkan isu di sekolah tersebut. Contohnya ponteng sekolah isu utama sekolah
maka pastikan setiap murid di dalam list masalah ponteng sekolah itu dijalankan sesi kaunseling sama ada individu atau sesi kelompok. WAJIB menjalankan sesi kaunseling pada list murid tersebut

iii) secara berterusan /berkala
Eviden menunjukkan  tarikh perjumpaan sesi atau intervensi yang dirancang secara berterusan dan berkala seperti program motivasi, program konsultasi selepas sesi kaunseling/bimbingan dijalankan.

iv) dengan mekanisme yang sesuai
Eviden menunjukkan kaedah perlaksanaan yang sesuai 



Bagi 3.3.6.2 iaitu pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.

Tahap tindakan
Mengurus perlaksanaan pentaksiran psikometrik dengan
i) merancang pentaksiran
Eviden:
 1) Jadual Perancangan Perlaksanaan Psikometrik 2018
 2) Perancangan Strategik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling 2015-2018(tahun tu mengikut sekolah masing-masing perancangan strategik dari tahun bila)


ii) melaksanakan pentaksiran
Eviden:
1) Jadual  Perlaksanaan Psikometrik IMK dan ITP Murid Ting 1 2018
(contohnya : jadual pelaksanaan IMK pada tarikh 5 Feb 2018 dan kelas terlibat)
2) Jadual Perlaksanaan Psikometrik IKP Murid Ting 3 2018

iii) menganalisis data dan maklumat pentaksiran
Eviden:
 1) Jadual atau carta analisis IMK murid ting 3 2018
(contohnya: sama ada analisis IMK setiap kelas atau sekolah)

iv) mengambil tindakan susulan / intervensi/konsultasi
Eviden:
 1) Kertas Kerja Bengkel Mengenal Minat Kerja Murid Ting 3 2018
 2) Kertas Kerja Mengenali Potensi Diri Murid Tingkatan 1 2018
 3) Minit Mesyuarat Kurikulum 2/2018 (pembentangan kepada warga sekolah)


Tahap kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i) dengan mematuhi ketetapan hal ehwal murid /prosedur /arahan yang berkuatkuasa
Eviden berdasarkan 
1) menjalankan psikometrik tertentu mengikut kumpulan sasaran tertentu. Cthnya IKK untuk semua tingkatan 5. IKP untuk semua murid ting 3 /2018 dan melaksanakan pelaporan psikometrik dalam tempoh masa yang telah dinyatakan dalam surat arahan yang berkuatkuasa.


ii) mengikut keperluan murid/bersesuaian
Eviden menunjukkan psikometrik digunakan untuk keperluan murid mengetahui minatnya, personalitinya dan lain-lain kegunaan

iii) secara menyeluruh meliputi semua murid yang berkenaan
Eviden menunjukkan contohnya untuk IMK, 200 murid tingkatan 3 /2018 yang namanya tersenarai dalam APDM telah menjalankan IKP dan IMK. 


iv) secara berterusan/ berkala
Eviden menunjukkan kaedah perlaksanaan yang sesuai selepas murid menjawab psikometrik, terdapat intervensi dan konsultasi secara berkala 



Cerita tentang 7 jam  kelaparan
Dan  kereta dgn enjin yang hidup.. ditinggalkan
Thank you Kak Han..











5 comments:

Anonymous said...

Salam. Puan, saya nak dapatkan kepastian adakah kita wujudkan fail khas skpmg2 utk pengurusan kaunseling dan psikometrik mengikut yg ditnya dlm skpmg2?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam.
Gbk tidak menyediakan fail khusus. Fail disediakan oleh pengurus skpmg2 dan kita pastikan borang kita ditulis dgn betul bhgn evidennya dan penskorannya. Saya suka buat salinan dan masukkan dlm fail induk sahaja untuk pengurusan dan fail psikometrik untuk skpmg2 psikometrik.

Unknown said...

Selamat ptg Puan,

Selain daripada Borang standard 3.3.6.1 dan 3.3.6.2 utk GBK,
perlukah GBK sepenuh masa isi borang Standard 4?

TQVM!

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tidak perlu isi borang standard 4 jika tidak mengajar

Anonymous said...

salam puan. boleh tak puan upload borang 3.3.6.1 dan 3.3.6.2 yang boleh di edit?