Total Pageviews

29 January 2018

Kursus PRS SMAWP KL




Jumaat 26 Jan yg mendung dgn hujan yg lebat selebatnya. Dah lama tak menerima jemputan ceramah sekolah lain krn selalu bertindan tarikh dgn program sekolah,  PPD atau KPM. Core bisnes sendiri kena diutamakan. Dan hari ini saya akhirnya dgn sekolah SMAWPKL ini saya kena terima juga huhu pertama sebab UBK saya ada win win projek dgn sekolah ini dan yg kedua dekat je dlm 6 km dari sekolah saya. Boleh lari lari kerana hari ini shj pagi tadi program sekolah, then sambung rushing ke JPN utk meeting task force dan ptg bersambung di sini. Akhirnya pinangan sbg penceramah Kursus PRS saya terima dan memohon kpd gbk di sana utk membantu saya melancarkan urusan penempatan murid Juara saya, untuk projek murid Juara merasai pengalaman belajar di asrama penuh selama seminggu. 

Bagi kursus PRS ini, dari plan asal menunggu ex student PRS  untuk datang menaiki kereta saya bertukar kepada pergi dari pot pot exstudent untuk mengangkut student saya dgn cuaca yg lebat ini.
Sabar jelah...dah lewat. Sepatutnya pukul 2.15 ptg, kami bertolak ke SMAWPKL dari sekolah. Tiba tiba pkl 2 hujan lebat dan tidak nampak tanda berhenti sedangkan 2.45 saya perlu memulakan kursus PRS murid SM Agama WPKL ini tetapi pkl 3 petang baru saya tiba di sana krn mengangkut exPRS saya dari stesen stesen rumah mereka. Walaupun rumah mereka dekat, tetapi berjalan kaki ke sekolah dgn hujan lebat adalah menyukarkan. 

Setibanya di SMAWPKL, sejuk hati tgk murid murid di sini. Senyap dan santun menunggu arahan..contrast dgn budaya murid di sekolah saya. Saya memulakan aktiviti dgn pengenalan kpd tahap PRS Bongsu, Muda, Sulung dan Bestari. Bagaimana mencapai PRS Bestari iaitu tahap  yg tertinggi dalam penarafan PRS.
Kemudian prinsip dan etika PRS diulang semula. Seterusnya sesi ice breaking dan akhir sekali slot garis kehidupan. Rumusan dan penutup oleh saya dan akhirnya pkl 5 petang sesi tamat dgn bengkel selama 2 jam.
Semoga pengisian memberikan manfaat.


Lunch nasi kenduri
Puterajaya
Family bonding

































No comments: