Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

19 January 2018

Lawatan Penanda Aras Kaunseling dan PRS Dari SMK Putrajaya Presint 8 (1)




Salam Jumaat
Hari ini saya menunggu rombongan PRS dari SMK Putrajaya Persint 8 (1) untuk hadir.
Tiba bas yg ditunggu tunggu, dan apabila seorang demi seorang turun dari bas, saya terus WOW! haha segak betul mereka ni. Macam rombongan pengawas sekolah pun yer. Maklumlah di sekolah saya pengawas yg nampak smart sbb pakai blazer, bertali leher dan berkasut hitam. Nampak kontras sungguh dgn penampilan PRS sekolah saya yg hanya ber TShirt sahaja. Terdengar suara suara kecil anak murid PRS saya berkata..cikgu, smartnya diaorang ni. Macam malu la cikgu dgn diaorg. Huhuhu tergugat terus bila penampilan mereka yg sgt kontras dgn penampilan PRS saya yg hanya T Shirt PRS pakaian rasmi kami bila ada event.
Aturcara hari ini
Ucapan aluan dari saya
Ucapan aluan dari guru kaunseling pelawat
Taklimat PRS oleh Pengerusi PRS
Sesi ice breaking
Lawatan ke stesen stesen. Kami membawa PRS pelawat melihat bagaimana tugas PRS sekolah kami dgn membahagikan kpd 5 kumpulan.
Antaranya stesen
1) Stesen koridor dan wakaf Minda Sihat dgn urutan relaksasi. Disini juga terdapat poster kejayaan UBK dan Kelab Kerjaya.
2) Stesen koperasi yg berkolaborasi dgn PRS untuk projek agihan kek hari jadi dan agihan makanan sewaktu perayaan utk RIMUP.
3) Stesen bilik kaunseling yg merupakan pusat perjumpaan PRS
4) Stesen bilik komputer yg merupakan tempat aktiviti untuk menjalankan psikometrik yg dikendalikan oleh PRS sewaktu ujian psikometrik diadakan.
5) Stesen bilik muzik utk melihat kelas bitara muzik salah satu kebitaraan sekolah ialah sapelele. Sewaktu program RIMUP perayaan, PRS berkolaborasi dgn murid aliran muzik untuk membuat persembahan.
Semoga sesi perkongsian hari ini mendapat manfaat yg baik bagi kedua dua pihak. Semoga ukhwah ini boleh dipanjangkan. Semoga berjumpa lagi.

Bilaku tau
Pn Fairuz adalah org kpgku :)




























































































2 comments:

Kimi_daone said...

Thank you semua.. love uall ����

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih juga datang ke mari Kimi 😊