Total Pageviews

30 January 2018

Majlis Persaraan Puan Hasiah Azis





Saya ke SMK Taman Connought menghadiri majlis persaraan Penolong Kanan 1 Puan Hasiah.Seronok tgk event di sini. Guru guru yg sporting  menyanyi dan membuat persembahan. Lirik lagu yg kena dgn majlis dgn berlatarbelakangkan tayangan multimedia mengenai suasana bersalam salaman antara Puan Hasiah dan warga gurunya menyentuh hati. Saya dan geng guru kaunseling yg turut serta dlm majkis ini pun terasa hingga menjentik hati dan air mata pun turun sekali. Yg unik di sini sewaktu majlis penyampaian hadiah ialah Badan beruniform yg menyampaikan cenderamata berkawad dan memberikan tabik hormat. Memberikan idea untuk hari persaraan guru di sekolah nanti. Cenderamata yg tetamu dapat sampai 2 iaitu  satu bunga telur dan satu lagi wangian dlm botol bunga pot pori. Tetamu juga dijemput makan bersama dgn jamuan untuk Pn Hasiah. Perarakan lambaian terakhir sangat menyentuh hati dan wow diarak dgn bas dari sekolah ke Puterajaya hingga sampai ke rumahnya dgn guru dan murid murid berada dalam bas tersebut. Yg ni mmg RARE..first time saya dgr. Diarak dgn rombongan sekolah dari sekolah ke rumahnya. Nampak komitmen yg mantap utk team majlis persaraan ini dari mula majlis hingga ke lambaian terakhir. Mereka membuat tugas mereka siap tulisan selamat bersara di luar bas. Meriah dan nampak jelas Pn Hasiah disayangi warga sekolah.


Puan Hasiah sangat signifikan dgn saya krn tahun 2001 hingga 2002 dia merupakan guru di SMK Cheras. Beliau mengajar Biologi dan saya mengajar Sains. Pertengahan 2002 dia ditukarkan ke SMK Convent Jln Peel sbg guru kaunseling sepenuh masa dan saya pula masih di SMK Cheras sbg guru Sains disamping tugas guru kaunseling juga hingga 2003 saya mendapat jawatan guru kaunseling separuh masa dgn 15 masa mengajar Sains dan 2004 kaunselor sepenuh masa. Oleh itu apabila program kaunseling peringkat zon Pudu kami akan berjumpa dan hubungan kami sangat erat sbb time 2002 hingga 2005 zaman satu sekolah ada satu atau dua kaunselor sahaja. Dan kami bersama sama menjlnkan program di sekolah lain, membina modul dan menjalankan aktiviti.Team kaunselorlah AJK dan kami juga fasilitator dan kami juga penceramahnya. Mungkin kerana itulah guru kaunseling batch kami tahan lasak dan daya gaya tindak juga tinggi. Dicampak ke depan, ke belakang, ke tepi mmg boleh. Kami sangat multitasking.

Semoga Kak Hasiah sihat, ceria dan sentiasa cool. Semoga dipermudahkan urusan hidupnya.


Tawaran Pengkarya Guru KPM
Alhamdulillah :)





































No comments: