Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

23 January 2018

PRS Bestari: Kemahiran Ice Breaking Kelompok Besar




Latihan kelompok PRS Bestari diteruskan dengan kemahiran ice breaking kelompok besar. Berbeza dgn latihan sebelum.ini yg mana mereka didedahkan dgn kemahiran ice breaking kelompok kecil. Majoriti PRS tahap Bestari dapat mengendalikannya dgn baik. Lihat entri saya yg terdahulu. Bagaimana mereka mencipta ice breaking kelompok kecil dan rumusan dari saya kelemahan dan kekuatan ice breaking kelompok kecil yg dicipta.

Ice breaking kelompok besar agak mencabar kerana fasilitator PRS sendiri perlu mempunyai vokal yg menarik perhatian kelompok besar dan kelihatan yakin. Teknik ice breaking yg dibuat perlu memberikan arahan yg cepat, betul dan menarik tindakan semua ahli dalam kelompok besar. Jika ahli kelompok besar sendiri tidak memahami arahan ice breaking tersebut, ia menyebabkan kebosanan dan ahli kelompok mula buat hal sendiri. Beberapa kali percubaan oleh PRS dan berulang ulang dibimbing membetulkan semula kesilapan memberikan arahan hingga mereka dapat mengenalpasti cara yg betul. 

Tahniah kpd beberapa PRS Bestari yg berani mencuba dan akhirnya dapat melakukan dgn baik. Antara aktivitinya ialah pokok dan monyet dimana ahli perlu memilih menjadi pokok atau monyet. Yg menjadi pokok perlu berdiri dan yg menjadi monyet perlu duduk. Jika arahan fasilitator berkata satu kumpulan ada 2 pokok satu monyet. Maka kumpulan yg tidak berjaya membentuk 2 pokok dan satu monyet akan terkeluar. Permainan ice breaking ini menggalakkan peserta berani dan berkomunikasi dgn org yg tidak dikenali untuk mencapai strategi. 

Permainan kedua ialah paper, scissors, stone ala ala main osom. Buat secara berpasangan katakanlah osom A yg menang maka B perlu berdiri di belakang A dan menyeru nama A. Kemudian kumpulan AB ini akan bertemu kump CD. Kumpulan CD pula..C dihadapan krn menang osom dgn D maka D berdiri blkg C san menyeru nama C.  A perlu osom dgn C. Jika C menang maka kumpulan AB akan berdiri dibelakang D dan menyeru nama C. Permainan ice breaking ini akan tamat jika satu sahaja peserta yg menang dan diseru oleh semua peserta. Ia akan membentuk barisan yg panjang. 

Jika ice breaking dpt dilaksanakan dgn baik, maka peserta seronok dan teruja dgn slot seterusnya. 


Full swing for 4 hours psikometrik
And 3 meeting wrap in 1
My mind give signal ...please relax











No comments: