10 February 2018

Bengkel Pengkarya Guru KPM: Novel Remaja



Salam Sabtu

Terjebak juga dalam bengkel penulisan novel remaja ini. Saya memang tercari cari mengenai bengkel penulisan tak kiralah fiksyen ke atau jurnal writing. Ini kerana saya sedang membuat satu inovasi intervensi mengenai teknik penulisan yg dapat mengawal minda murid dari terus stress, anxiety atau depress. 

Oleh itu saya perlu mempelajari asas penulisan terlebih dahulu. Satu cabaran untuk saya kerana saya bukan peminat novel malahan 10 thn kebelakangan ini pun saya tidak baca novel. Saya lebih suka buku ilmiah. Saya baca jurnal dan artikel dan buku ilmiah. Ada org kata tidak bosan ke asyik ckp pasal kerja je..dan saya respon saya tak anggap baca jurnal dan atikel atau buku ilmiah tu dibaca krn berkaitan dgn kerja. Saya mmg suka membaca fakta dari membaca buku novel yg direka reka membuai emosi huhuhuhuhu. 

Tapi apabila saya membaca mengenai penulisan sbg satu terapi untuk mengurangkan stress maka saya sentiasa mencari peluang dan masa untuk menghadiri satu bengkel penulisan. Oleh kerana saya tidak terlatih dlm penggunaan satu terapi penulisan maka saya tidak boleh mengatakan saya adalah ahli terapi. Tapi saya akan menggunakan teknik penulisan sbg satu tool untuk intervensi saya. Bagaimana saya lakukan? Saya akan update nanti bila modul tersebut telah saya laksanakan.😊

Hari ini dan esok saya menghadiri bengkel penulisan novel remaja Bengkel Pengkarya Guru 2018 di Dewan Bahasa Pustaka. Terima kasih kpd Kak Aslina guru kaunseling SMK Seri Mulia yg mewar warkan kpd group kaunseling Zon mengenai seat peserta 20 org guru WPKL  untuk bengkel ini. Ia merupakan anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia KPM dan terdapat iklan di laman web KPM. Tetapi jika tidak kawan post iklan ini di whatsapp group saya pun tidak mengetahuinya. Tetapi dari ice breaking yg dijalankan menunjukkan peserta sebahagian lagi dari Johor , Negeri Sembilan dan Selangor dgn berbagai latar belakang kerana masih ada kekosongan tempat. Hanya saya dan Kak Aslina guru kaunseling. 

Terima kasih kepada pensyarah kami Dr Halis yg berjaya mengupas satu persatu untuk saya fahami dari zero. Agak termalu krn tiada satu novel pun yg disebutnya, saya kenal atau pernah baca...huhuhuhu bermula esok saya kena mula membaca novel krn bengkel ini memerlukan setiap peserta menghasilkan satu manuskrip selepas berakhir sesi bengkel ke 4 nanti. Adohai..kenalah berfikir secara kreatif dari skrg. 

Esok ye saya share basic dalam penghasilan novel.  Bak kata pengarah urusetia tetap majlis buku kebangsaan malaysia mengenai ke arah negara maju maka penghasilan buku baru perlu digiatkan untuk mencapai sasaran 30k buku setiap tahun.

Kompang dikir barat
PPD Hulu Langat
Well done Farhan






Puan Lynn penyelaras program Bengkel Pengkarya Guru KPM











 

Telegram Channel