Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

30 March 2018

Amalan Terbaik Kaunseling: Bagaimana Memulakan Projek Anda





Dua hari 29 dan 30 Mac saya bersambung pula berbengkel membina modul untuk team task force JPWPKL. di BPTN Sri Permaisuri, KL. Mujurlah belakang sekolah je bolehla menjenguk muka ke sekolah dulu selepas 3 harintak maduk sekolah kerana komitmen dgn KPM.  Saya pernah berkongsi dalam entri blog saya terdahulu, bagaimana team Task Force Guru Bimbingan Dan Kaunseling Gred DG 48 di WPKL ini diwujudkan sebagai fasilitator dan mentor untuk guru bimbingan dan kaunseling yang  berada dalam gred yang lebih rendah iaitu DG 41 dan DG 44 untuk membantu mereka dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 

Inilah team Task Force saya untuk kajian tindakan dan amalan terbaik kaunseling 
Bersama Kak Siti Salwa dan Pn Halijah. kami dibahagikan kepada beberapa team dalam pemurnian modul untuk beberapa tajuk mengenai kerja buat guru kaunseling dari segi pengurusan dan program untuk diseragamkan di peringkat JPWPKL. 

Maka saya ingin berkongsi bagaimana menjalankan amalan terbaik kaunseling untuk guru kaunseling DG 41 dan DG 44. Slaid disediakan oleh team saya dan hasil pertandingan yang telah saya sertai selama 3 tahun berturut -turut maka saya kongsikan bagaimana memulakan projek amalan terbaik anda berdasarkan skema pemarkahan amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan. 

lebih detail bagaimana cara menulisnya sudah saya share dalam entri blog saya bertajuk Dokumentasi Pingat Emas Amalan Terbaik Kaunseling peringkat Kebangsaan. Semoga guru -guru kaunseling dapat idea bagaimana memulakan projek amalan terbaik mereka untuk menyertai pertandingan atau sebagai satu projek untuk difailkan dalam kategori amalan terbaik bagi markah pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 


offer letter to interview for ......
Unexpected offer, just ignore :)






























Pn Hanita JPWPKL sedang mengagihkan tajuk team task Force


Pembentangan kumpulan saya oleh Puan Halijah

Pembentangan team pengurusan bilik kaunseling



Team pengurusan jadual waktu dan bicara kaunselor 5 minit di tapak perhimpunan

Team soal selidik keperluan kaunselor dan penilaian perkhidmatan kaunseling

Team penulisan kertas kerja dan laporan program

Team pengurusan bilik kaunseling dan pembinaan karaktor guru kaunseling

Our boss En Rofii menyampaikan taklimat

Team jadual waktu dan bicara kaunselor sedang menyampaikan taklimat

No comments: