Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

3 March 2018

Kertas Kerja Kelab Kerjaya: Penjelajahan Kerjaya Zoologi


KERTAS KERJA
PENJELAJAHAN KERJAYA ZOOLOGI
KELAB KERJAYA


1.0           PENGENALAN

          Kelab Kerjaya merupakan kelab yang paling aktif di sekolah dengan aktiviti yang pelbagai dan menarik minat murid menyertainya. Dianugerahkan dengan kelab terbaik bagi kategori persatuan selama hampir 8  tahun, maka aktiviti Kelab Kerjaya sentiasa mempunyai pelbagai agenda di dalam sekolah mahu pun di luar sekolah. Takwim Kelab Kerjaya diolah dari kali pertama hingga ke perjumpaan ke dua belas dengan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid menyertai aktiviti kokurikulum dan sekali gus mengekalkan kehadiran murid ke aktiviti kokurikulum Kelab Kerjaya yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Penjelajahan kerjaya personalia dalam sesuatu kerjaya merupakan aktiviti wajib Kelab Kerjaya yang dijalankan saban tahun kerana murid berpeluang menghasilkan buku folio, menghasilkan multimedia kerjaya pilihan dan video kerjaya untuk rujukan mengenai kerjaya tersebut yang diceritakan dengan pengalaman sebenar murid Kelab Kerjaya ke tempat – tempat kerjaya seperti berikut. Penghasilan buku folio , multimedia atau video kerjaya akan digunakan sebagai bahan untuk pertandingan Karnival Kaunseling Kerjaya atau rujukan murid Kelab Kerjaya pada masa akan datang.

2.0     MATLAMAT
          Menjelajah minat murid ke arah kerjaya zoologi.
         
3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT
             8  April 2018

4.0     SASARAN
          40 orang murid Kelab Kerjaya SMK Cheras 2018
         
5.0     OBJEKTIF
1)       Ahli Kelab Kerjaya dapat meningkatkan pengetahuan mengenai minat

          kerjaya dalam bidang zoologi.

2)       Ahli Kelab Kerjaya dapat menganjurkan satu projek lawatan ke luar           sekolah dan merasai pengalaman sebenar sebagai seorang ahli zoologi.



6.0     KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)


Output

100% peserta ahli Kelab Kerjaya dapat mengetahui kerjaya dalam bidang zoologi untuk disampaikan kepada orang lain

Outcome
Murid dapat menghasilkan video dan power point kerjaya untuk disimpan sebagai bahan bantu penerangan bidang kerjaya untuk pertandingan dan rujukan murid Kelab Kerjaya pada masa akan datang.



7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
SUMBER
BUTIRAN
JUMLAH
1
PCG Kaunseling
1 bas x RM 400
RM     400
2
PCG Kaunseling
RM 20 x 40 murid
RM     800
3
Jumlah

RM 1,200


            ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
BUTIRAN
JUMLAH
1
Pengangkutan
1 bas x RM 400
RM    400
2
Yuran masuk
RM 20 x 40 murid
RM    800





            8.0       JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi               : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi        : Puan Maznah Bt Musa
Penyelaras              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Dokumentasi    : Pn Rozinani Awang

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            2) Konsultan


9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

          7.00 pagi      : Pendaftaran Di SMK Cheras
          7.30 pagi      : Bertolak dari SMK Cheras Ke Zoo Negara
          8.15 pagi      : Tiba di Zoo Negara
          8.30 pagi      : Taklimat program sukarelawan Zoo Negara
                              : Sarapan Pagi
          9.00 pagi      : Aktiviti sukarelawan Zoo Negara
                               Menyediakan makanan haiwan
                               Membersihkan kandang haiwan
          12.00 t/hari   : Makan tengah hari
          12.30 t/hari    : Bertolak dari Zoo Negara ke SMK Cheras
          1.15 t/hari     : Tiba di SMK Cheras
          1.20 t/hari     : Bersurai
         
10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan

Kecuaian
Hantar ke klinik berhampiran
Guru pengiring






11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

                        1) Borang Penilaian Peserta
                        2) Borang Maklum Balas AJK


            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

                        1) Kehadiran aktiviti kokurikulum Kelab Kerjaya
                        2) Pencapaian Pertandingan Karnival Kerjaya Daerah Pudu



12.0     PENUTUP

          Diharapkan agar projek ini mencapai objektif yang diingini dan projek ini diharapkan berjaya memberikan pengetahuan dan pengalaman sebenar sebagai seorang ahli zoologi.

Disediakan oleh,                         
                                       
( Nurhaiza Bt Che Mat)                                                       
Guru Kaunseling                                                                          

Ulasan:


Diluluskan/Tidak diluluskan,

(Kamariah Bt Abu)
Pengetua
SMK Cheras



Happy Saturday to pasar tani
lama wei tak rasa cuti Sabtu

No comments: