Total Pageviews

22 March 2018

Kertas Kerja Kolaborasi Pintar Murid Juara SMKC Dengan SMAWPKL 2018








KERTAS KERJA
PROGRAM KOLABORASI
PINTAR MURID JUARA SMK CHERAS - SMAWP

1.0           PENGENALAN

          Projek Kolaborasi Permata merupakan projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Agama Wilayah Persekutuan KL bagi melonjakkan kecemerlangan dalam akademik. Projek ini melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SMAWP.  Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras iaitu projek pelajar cemerlang SPM sekolah akan mengambil inisiatif dari kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SMAWP dan teknik yang digunakan oleh pelajar SMAWP yang terkenal dengan kecemerlangan akademik mereka.  Pentadbiran sekolah berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan gred akademik pelajar yang lebih cemerlang melalui teknik belajar kendiri dan berkumpulan dan seterusnya dapat membantu pelajar lain di sekolah melalui pengajaran rakan sebaya dan meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras bagi dijadikan pedoman oleh rakan – rakan yang lain.

2.0     MATLAMAT
          Meningkatkan sahsiah dan motivasi murid Juara mencapai kecemerlangan           dalam akademik dan sahsiah unggul

3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT
             2 – 6 April 2018


4.0     SASARAN
          10 orang murid SMK Cheras Ting  5
          9 orang murid SMK Cheras Ting 3

5.0     OBJEKTIF
1)    Murid dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan sebaya
2)    Murid dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang berkesan
3)    Murid dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata pelajaran


6.0     KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)


Output

Murid dapat mengaplikasikan cara belajar dengan disiplin kendiri selepas program tamat.
Outcome
Markah peserta murid  PT3 6A ke atas dan markah SPM juga 6A ke atas


7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
BUTIRAN
JUMLAH
1
Kos makan  untuk 2 hari
Murid
RM 20 x 19 orang
RM     380
2
Kos makan  untuk 2 hari penuh dan 1 separuh hari
PIBG
RM 25 x 19 org
RM      475
3
Kos penginapan 4 malam
PIBG
RM 8 x 4 mlm x 19 org
RM      608

RM  1,463


            ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
BUTIRAN
JUMLAH
1
Kos pakej
(Makanan, penginapan, )
RM 77 x 19 orang
RM 1,463

RM  1,463





            8.0       JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi               : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi        : Cik Lee Swee Ching
Penyelaras              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Dokumentasi  : Pn Rozinani Awang

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            


9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

Murid akan dibahagikan kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
bagi murid ting 5. Manakala murid ting 3 secara rawak dalam kelas ting 3. Murid akan tinggal di asrama selama seminggu dan merasai suasana kehidupan tinggal di asrama. Murid  perlu mengikuti aktiviti bersama pelajar di asrama dan mengikut peraturan sekolah SMAWP.  Murid juga akan bergaul dengan murid di dalam kelas yang  ditempatkan dan belajar bersama-sama murid di dalam kelasnya. Murid juga akan turut mengikuti semua aktiviti yang dijalankan untuk murid di dalam kelasnya.



10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan


Kecuaian murid
Hantar ke klinik berhampiran
Guru bertugas






11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

                        1) Borang Penilaian Peserta
                        2) Borang Maklum Balas AJK


            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

                        1) Borang Pencapaian Target
                        2) Markah Peperiksaan



12.0     PENUTUP

          Diharapkan agar projek ini mencapai objektif yang diingini dan program ini diharapkan berjaya melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh 
diteruskan ke tahun tahun seterusnya.

Disediakan oleh,                         
                                       
( Nurhaiza Bt Che Mat)                                                       
Guru Kaunseling                                                                          

Ulasan:


Diluluskan/Tidak diluluskan,

(Kamariah Bt Abu)
Pengetua


LRT - JAKEL-SOGO
-AL IKHSAN -
Quality time with kids.

No comments: