Total Pageviews

28 March 2018

Menulis Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kaunseling: Halangan vs Kepentingan





Salam semua, tahun ini sangat sibuk dan semakin saya perasan entri blog saya sudah tidak boleh dibuat setiap hari berkadar dengan komitmen saya semakin banyak pada tahun ini. 3 hari berlalu 26 hingga 28 Mac 2018, saya perlu ke Bahagian Pendidikan Guru untuk membina modul kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi DG44 dan DG 48. Saya diamanahkan untuk modul kajian tindakan, ICT dan penerbitan which is memang kebitaraan saya. Saya suka bab penulisan dan suka membuat kajian tindakan. Dari pelbagai bengkel latihan kajian tindakan yang saya latih untuk guru -guru kaunseling sama ada secara bersemuka, one to one coaching, atau berkelompok...antara masalah guru kaunseling yang saya kenal pasti adalah seperti berikut:



1) tidak tahu bagaimana ingin memulakan kajian tindakan
2) tidak ada masa nak menulis kajian tindakan
3) tidak tahu bagaimana ingin menulis mengikut format kajian tindakan
4) mempunyai data -data yang diperlukan untuk laporan kajian tindakan tetapi menyediakan laporan seperti format dokumentasi sekolah.
5) tidak sedar bahawa kerjabuatnya pada perkhidmatan kaunseling adalah satu kajian tindakan yang tidak didokumenkan dengan formaliti laporan kajian tindakan


Tahukah anda?
1) Laporan Kajian tindakan lebih nipis mungkin 4 muka surat sahaja tak perlu gambar -gambar hanya laporan semata -mata. Lebih nipis dari laporan dokumentasi anda yang mencecah bergram -gram tu :)
2) Kajian tindakan memerlukan tindakan dan laporan untuk tindakan dalam bentuk impak yang boleh diukur. Jika tindakan tiada impak positif seperti objektif yang ingin dicapai, anda hanya perlu menulis cadangan penambahbaikan. Anda masih dianggap menghasilkan satu kajian tindakan berbanding  jika tiada impak positif pada amalan terbaik dan inovasi akan dianggap TIADA amalan terbaik dan inovasi TETAPI ada kajian tindakan.
Jika kajian tindakan anda tidak berjaya, anda boleh menulis seperti berikut:
“Memandangkan kajian tindakan yang telah saya jalankan tidak berjaya, maka saya akan menggunakan tindakan/aktiviti aktiviti lain untuk menangani isu ini”. 
Anda tetap mendapat merit kerana mempunyai kajian tindakan :) 
Ia berbeza dengan inovasi dan amalan terbaik, jika tiada impak maka inovasi itu tidak berjaya untuk dinilai dan amalan terbaik tidak boleh diamalkan. Maka kita dinilai tiada amalan terbaik dan inovasi tetapi kita ADA kajian tindakan.
3) kajian tindakan menambahkan jam kredit kursus splg anda pada kategori kendiri dan memberikan merit pada keberhasilan anda. 
4) Oleh kerana kajian tindakan merupakan satu amalan wajib perkhidmatan kaunseling di sekolah, maka penilaian perkhidmatan kaunseling anda juga akan menerima markah yang lebih baik. Maklumlah amalan terbaik dan inovasi pun lebih berat dari penyediaan laporan kajian tindakan. 
5) Data -data yang diambil sepanjang intervensi dijalankan merupakan data penyelidikan kajian yang boleh dijadikan asas kepada menilai keberkesanan untuk dijadikan amalan terbaik kaunseling anda atau tidak dapat dijadikan amalan lagi.


Mari kita halusi bagaimana menangani masalah guru kaunseling terhadap kajian tindakan ini.
1)tidak tahu bagaimana ingin memulakan kajian tindakan
Cuba check satu persatu 4 fokus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kita. Tengok takwim anda, program apa yang anda buat terhadap 4 fokus tersebut. Kenapa anda buat? Apakah objektif yang ingin dicapai? Siapakah sasaran murid -murid anda dalam program tersebut? Inilah satu bentuk kajian tindakan yang boleh dikembangkan apabila murid sasaran melalui beberapa siri intervensi dan program untuk mencapai objektif perubahan tingkah laku murid yang lebih baik.


Cuba selak bahagian belakang buku rekod kaunseling anda, fokus apakah yang anda letak pada kaunseling berfokus anda? Fokus peningkatan disiplin? Fokus masalah personalti? Bukankah pada kaunseling berfokus itu sendiri ada jadual tentang senarai program yang kita kena laksanakan kepada murid kaunseling berfokus tersebut? Ini juga boleh dijadikan asas kepada permulaan kajian tindakan kamu :)



2) tidak ada masa nak menulis kajian tindakan
Anda boleh menaip laporan dokumentasi yang berpuluh muka surat untuk mengejar 2 minggu dokumentasi perlu disiapkan selepas program,  tetapi tiada masa untuk 4 hingga 6 muka surat laporan kajian tindakan yang mempunyai dateline seperti jadual perancangan atau kalau terbabas dihantar dalam tempoh masa tahun tersebut asalkan telah dibentangkan sebelum diterbitkan. Dan datelinenya adalah antara diri sendiri dan tidak berkaitan dengan arahan orang lain :)

3) tidak tahu bagaimana ingin menulis mengikut format kajian tindakan
Itu boleh dibimbing dan dirujuk kepada Pakcik Google dan bertanya kepada personel yang betul

4) mempunyai data -data yang diperlukan untuk laporan kajian tindakan tetapi menyediakan laporan seperti format dokumentasi sekolah.

Inilah yang diamalkan oleh sebahagian besar guru kaunseling sendiri. Laporan dokumentasi adalah eviden menjalankan program tetapi ia bukan satu penulisan ilmiah berbanding kajian tindakan yang bersifat profesional dan ilmiah. 


5) tidak sedar bahawa kerjabuatnya pada perkhidmatan kaunseling adalah satu kajian tindakan yang tidak didokumenkan dengan formaliti laporan kajian tindakan .

Oh ini banyak terjadi, guru kaunseling sebenarnya telah mereflek fokus masalah yang lalu yang mendorongnya menjalankan perancangan intervensi dan program untuk tahun tersebut, menjalankan tindakan dan membuat penilaian tetapi tidak mereflek kembali data -data hasil intervensi yang dijalankan dan tidak menaip program yang dilaksanakan mengikut formaliti laporan kajian tindakan.


Orait hari ini saya nak share cara buat kertas cadangan kajian tindakan terlebih dahulu mengikut contoh huraian kajian tindakan yang akan saya laksanakan pada tahun ini .

Simple kan cara menulis format kertas cadangan kajian tindakan . Jom buat :)






FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Bahagian
Proses/Penjelasan
Huraian
Tajuk Kajian
a) tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji

b) Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian.
Program SPOT Butterfly Meningkatkan Kehadiran Murid Ting 5 Kelas Aliran Vokasional Dan Perniagaan Ke Sekolah
Nama Penyelidik


Catatkan nama penuh penyelidik/ahli kumpulan
Nurhaiza Bt Che Mat
Nama sekolah

Catatkan nama dan alamat lengkap sekolah
SMK Cheras
Jalan Yaakob Latiff
Bandar Tun Razak
56000, Cheras, K.L
4.0  Refleksi
Refleksi merupakan muhasabah diri untuk menilai kembali pengajaran yang lalu

Refleksi mengandungi:
a. Tema/ masalah/isu keprihatinan yang telah dikenal pasti

b. Refleksi Pengalaman Yang Lalu

c. Kaitkan pengalaman yang telah dikenal pasti supaya masalah menjadi lebih jelas.

d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti  keputusan peperiksaan, dan bahan yang berkaitan yang dapat membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah dilaksanakan atau berlaku.

e. Terjemah refleksi secara bertulis.
  Pada masa kini ponteng sekolah dalam kalangan pelajar menengah atas semakin menjadi-jadi. terutama murid kelas perniagaan dan vokasional. Setiap tahun murid ting 5 dari kelas aliran tersebut mempunyai lebih dari  30 kes buang sekolah, berhenti secara sukarela dan penerima surat  amaran kedua dan ketiga.  Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dan surat dari ibu bapa menyebabkan guru-guru mentakrifkan mereka sebagai ponteng sekolah.  Apabila pelajar-pelajar menengah atas ini ponteng sekolah , mereka akan dikenakan tindakan mengikut bilangan hari ketidakhadiran mereka.  Pada masa ini , terdapat  murid  tingkatan 5  terdapat seramai 211 orang yang terdiri daripada  kelas-kelas aliran sains tulen, aliran teknikal,  aliran vokasional dan aliran perniagaan. Didapati maklumat dari buku kedatangan  murid, terdapat 30 orang murid tingkatan 5 aliran vokasional dan perniagaan  yang menerima surat amaran satu bagi kes ponteng sekolah.  Murid –murid menengah atas ini merupakan murid yang telah mendapat surat amaran pertama dari bulan Jan – Feb 2018. 
5.0 Fokus Kajian
Fokus Kajian merupakan fokus yang menjadi masalah atau isu

Proses menentukan fokus kajian ialah
a) Tentukan tema/ masalah kajian

b) Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi P&P yang lalu.
Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti punca dan menjalankan intervensi kaunseling bagi mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid 5 aliran vokasional dan perniagaan iaitu seramai 30 orang murid yang menerima surat amaran pertama pada bulan Jan – Feb 2018.

6.0 Objektif Kajian
Objektif Kajian meliputi:

a) Objektif Kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus

b) Objektif berkaitan dengan masalah

c) Objektif berkaitan dengan aktiviti/tindakan

d)Objektif hendaklah boleh diukur

e) Semua objektif khusus hendaklah diukur/ dinilai semasa menjalankan tindakan/aktiviti
Objektif Umum

1) Meningkatkan peratus kehadiran murid tingkatan 5 ke sekolah bagi tahun 2018.


Objektif Khusus:
1)  Mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid ting 5 aliran vokasional dan perniagaan yang menerima surat amaran pertama agar tidak sampai ke amaran ketiga dan menamatkan tingkatan 5.
2)               Meningkatkan kehadiran murid –murid sasaran ini melalui sesi kaunseling dan intervensi bagi meningkatkan motivasi mereka untuk hadir ke sekolah.

7.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan yang hendak  dikaji atau sampel kajian:

a) Sebutkan bilangan responden yang dikaji


22 murid dari kelas perniagaan dan vokasional SMK Cheras
8.0 Tindakan Yang Dicadangkan
Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan
1) Soal selidik
2) Bengkel Intervensi SPOT
3) Program Cakna
4) Promosi Dan Insentif

9.0 Jadual Perlaksanaan Kajian
a) Boleh dibuat dalam bentuk jadual/carta perbatuan
b) Masukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian
c) Masukkan tarikh tentatif kajian akan dijalankan.Tarikh mungkin berubah mengikut keperluan/keadaan semasa.
1) Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Jan –Feb 2018
2)Menulis cadangan kajian tindakan
Mac 2018
3) Merancang Tindakan
Mac 2018
4) Melaksanakan Tindakan
Mac –Okt 2018
5) Membincangkan Masalah Yang Timbul
Mac – Okt 2018
6) Refleksi Kajian
1 – 2 Nov 2018
7)Menulis Laporan Kajian
3 – 4 Nov 2018
8) Pembentangan Dapatan Kajian
5– 7 Nov 2018
9)Penerbitan Kajian Tindakan
8 Nov 2018


10.0 Kewangan

1) Merancang sumber kewangan dan perbelanjaan kewangan
Kewangan
PCG Kaunseling:    
RM    200
PIBG: RM 500


Jumlah: RM 700

Perbelanjaan
         
Lawatan:       RM   500
Sijil/ Intensif : RM    200

Jumlah: RM 700
11.0 Penutup
Rumusan harapan yang ingin dicapai dari program

Semoga program SPOT Butterfly berjaya meningkatkan kehadiran murid ting 5 aliran perniagaan dan vokasional ke sekolah pada tahun 2018.









Program SPOT Butterfly Meningkatkan Kehadiran Murid Ting 5 
Kelas Aliran Vokasional Dan Perniagaan Ke Sekolah 



 Nurhaiza Bt Che Mat
 SMK Cheras

Jalan Yaakob Latiff
Bandar Tun Razak
56000, Cheras, K.L





1.0  REFLEKSI YANG LALU 
 Pada masa kini ponteng sekolah dalam kalangan murid menengah atas semakin menjadi-jadi. terutama murid kelas perniagaan dan vokasional. Setiap tahun murid ting 5 dari kelas aliran tersebut mempunyai lebih dari  20 kes buang sekolah, berhenti secara sukarela dan penerima surat  amaran kedua dan ketiga.  Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dan tiada surat dari ibu bapa menyebabkan guru-guru kelas mengeluarkan surat amaran ketidakhadiran ke sekolah.  Murid-murid ponteng ini akan dikenakan tindakan surat amaran mengikut bilangan hari ketidakhadiran mereka. Pada tahun ini , murid  tingkatan 5  di SMK Cheras terdapat seramai 211 orang yang terdiri daripada  kelas-kelas aliran sains tulen, aliran teknikal,  aliran vokasional dan aliran perniagaan. Didapati maklumat dari buku kedatangan  murid, sudah ada 22 orang murid tingkatan 5 aliran vokasional dan perniagaan  yang menerima surat amaran satu bagi kes ponteng sekolah.  Murid –murid menengah atas ini merupakan murid yang telah mendapat surat amaran pertama dari bulan Jan – Feb 2018. Satu program perlu dijalankan bagi mengurangkan kes baru ponteng sekolah, iaitu SPOT Buttherfly singkatan Sistem Pemantauan Orang Tertentu untuk kategori Butterfly Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang. Butterfly adalah kategori murid bermasalah yg berubah positif. Program ini menangani  peningkatan bilangan penerima surat amaran dari kelas terlibat dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan kehadiran murid -murid yang sudah menerima surat amaran pada bulan Januari hingga Februari 2018 agar tidak tercicir dalam sistem persekolahan sehingga tamat Tingkatan 5 dan meningkatkan bilangan hari mereka ke sekolah agar tidak lagi menerima surat amaran ponteng yang seterusnya.

2.0 Fokus Kajian
Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti punca dan menjalankan intervensi kaunseling bagi mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid 5 aliran vokasional dan perniagaan iaitu seramai 22 orang murid yang menerima surat amaran pertama pada bulan Jan – Feb 2018.

3.0 Objektif Kajian

Objektif Umum

1) Meningkatkan peratus kehadiran murid tingkatan 5 ke sekolah bagi tahun 2018.


Objektif Khusus:
1)  Mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid ting 5 aliran vokasional dan perniagaan yang menerima surat amaran pertama agar tidak sampai ke amaran ketiga dan menamatkan tingkatan 5.
2) Meningkatkan kehadiran murid –murid sasaran ini melalui sesi kaunseling dan intervensi bagi         meningkatkan motivasi mereka untuk hadir ke sekolah.


4.0 Kumpulan Sasaran
      22  murid dari kelas perniagaan dan vokasional Ting 5 SMK Cheras

5.0     Tindakan Yang Dijalankan
Tindakan 1 :
Menyediakan soal selidik punca ketidakhadiran murid ke sekolah
        .

          Tindakan 2 : Menjalankan Bengkel SPOT
          Mengadakan sesi kaunseling berfokus secara berkala dengan intervensi Minda Sihat,            intervensi psikometrik dan lain -lain kepada murid - murid sasaran ini.  

          Tindakan 3.  Program Cakna
          Mengadakan lawatan ke rumah bagi kes yang mana murid tidak dapat dikesan punca         ponteng sekolah, tidak dapat menghubungi ibu bapa melalui telefon dan tiada komunikasi antara ibu bapa penjaga murid dengan pihak sekolah. Kes lawatan ke rumah akan dikongsikan bersama murid lain di tapak perhimpunan tanpa menyebut nama murid, agar warga sekolah   mengetahui bahawa guru serius untuk menangani masalah ini hingga ke rumah.

          Tindakan 4: Mempromosikan insentif kepada ting 5 aliran perniagaan dan 
                             vokasional 

    Kelas yang berjaya mencapai target sasaran 90% kehadiran akan menerima sijil 
    penghargaan 

          Tindakan 5 : Mengadakan intensif penggal pertama
Berpeluang untuk mengikuti lawatan yang dibiayai secara percuma untuk aktiviti luar bilik darjah bagi kehadiran 95% ke atas setiap bulan bagi murid ting 5 aliran perniagaan dan vokasional



6.0     JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN



BIL
AKTIVITI
TARIKH  PERLAKSANAAN
1
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Jan – Feb 2018
2
Menulis cadangan kajian tindakan
Mac 2018
3
Merancang Tindakan
Mac 2018
4
Melaksanakan Tindakan
Mac – Oktober 2018
5
Membincangkan Masalah Yang Timbul
Jun – Oktober 2018
6
Refleksi Kajian
1 – 5 November 2018
7
Menulis Laporan Kajian
6 – 10 November 2018
8
Pembentangan Dapatan Kajian
15 – 17 November 2018
9
Penerbitan Kajian Tindakan
Disember 2018


7.0     ANGGARAN KEWANGAN

          Sumber Kewangan
          PCG Kaunseling                                    RM    200
          PIBG                                                    RM    500
         

          Jumlah                                                 RM      700

          Perbelanjaan
          Lawatan                                                RM     500
          Sijil  & Intensif                                        RM      200
          
          Jumlah                                                 RM        700


8.0     PENUTUP

          Semoga program SPOT Butterfly ini berjaya meningkatkan kehadiran murid ke

          sekolah pada tahun 2018.


          Disediakan oleh



          (Nurhaiza Bt Che Mat)
          Guru Kaunseling


          Ulasan:

          ________________________________________________


          Diluluskan oleh,



          ( Kamariah Bt Abu)
          Pengetua



Thanks friend
Well done!
Thanks Jijah

For the novel..motivasi siapkan novelku huhu


















No comments: