Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

26 April 2018

Kolokium Majlis Guru Cemerlang WPKL




Kolokium guru cemerlang hari ini dijalankan di Kolej Antarabangsa Yayasan Pendidikan Cheras. Dengan bilangan 10 org guru cemerlang yg akan membentang maka hari ini slot aktiviti sangat padat. Selaku AJK Biro Profesionalisme Majlis Guru Cemerlang WPKL, saya dilantik selaku penyelaras program. Pengalaman saya adalah 0 dalam kolokium. Banyak sungguh saya bertanya kpd pengerusi Majlis Guru Cemerlang WPKL iaitu Pn Lee dan hasil tunjuk ajar dari Pn Lee maka dapat direalisasikan program ini.
Bagi program kolokium kali pertama 2018,
9 pembentang terdiri dari guru cemerlang Prinsip Akaun, Kimia, Geografi, Matematik, Matematik Tambahan, Sains Rumah Tangga, Agama Islam,
Satu pencerahan bagi saya memahami bagaimana aktiviti kolokium dijalankan. Pembentang mempunyai amalan terbaik hasil dari kajian tindakan mereka dan ada yg mempunyai inovasi semata mata untuk membantu menyelesaikan masalah. Impaknya dikongsikan pada kolokium ini.

Saya belajar menjalankan kajian tindakan dalam pelbagai aspek pengajaran dan sebagaimana saya suka bertanya mengenai term yg tidak saya fahami dengan pembentangan guru akademik ini, begitu juga dengan mereka teruja dgn term kaunseling yg digunakan. 

Peserta pembentangan Kolokium Profesionalisme MGC WPKL tahun 2018 terdiri dari: 

Pembentangan 1
(Moderator: Pn. Sharifah binti Yaacob)
Pn. Tan Su Ling
Pn. Lee Saw Im
Pn. Nurhaiza bt Che Mat
En. Abdul Wahab bin Khalid


Pembentangan 2
(Moderator:  Pn. Lee Saw Im)
Pn. Latifah  bt Hj Arshad
En. Mohd Nor Azha bin Lukman
Pn. Yong Guat Baby

Pembentangan 3
(Moderator: Pn. Nurhaiza  Che Mat)
En. Tan Sai Wah
Dr. Winnie Sim Siew Li
Pn. Hajjah Ku Mahani  binti Ku Mat Desa


Dekatkan diri anda
Dengan org yg boleh membina 
Jauhkan diri anda
Dari orang yg suka menghina



                                   Pn Tan Su Ling/ GC Prinsip Akaun dengan 
     Kajian Tindakan Meningkatkan Amalan Menabung Di Kalangan Murid Melalui Belanjawan




Lee Saw Im/ GC Kimia/ Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Soalan 
Yang Melibatkan Sel Kimia  Dengan
Menggunakan Teknik Ne-Patterns




Pn Nurhaiza Che Mat/ Guru Cemerlang Kaunseling/ Mengurangkan Bilangan 
Murid Berisiko Keciciran Sekolah





En Abd Wahab / Guru Cemerlang Pend Islam dengan Inovasi Integrated Trolley






En Mohd Nor Azha /GC Matematuk Tambahan
Add Math Booster







Puan Ku Mahani/ Guru Cemerlang Sains Rumahtangga mengenai Intervensi 360 darjah BSTEM Dalam Penggunaan Pakaian Terpakai




Dr Winnie / Guru Cemerlang Kimia
Dengan Tajuk Ting..Ting..Ting..
Meningkatkan Penguasaan Menulis
Formula Kimia Dalam Kalangan
Murid Ting 5 Melalui Amalan Masa Tunggu




Tan Sai Wah/ Guru Cemerlang Matematik Sekolah Rendah/
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Operasi Matematik
Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4 Melalui Permainan The
Powerful Mind Game










Puan Yong Guat Baby/ Guru Cenerlang Geografi dgn amalan Kad Petak Pilihanku





Pn Latifah Hj Arshad /Guru Cemerlang Sains dgn amalan straw SG bagi meningkatkan
kefahaman murid mengenai sudut dan satah dalam 3 dimensi.





25 April 2018

Kertas Kerja Kursus PRS Tahap Sulung PPW Pudu




Saya kongsikan kertas kerja Kursus PRS Sulung PPW Pudu. Saya selaku tuan rumah, penceramah dan jurulatih PRS untuk team sulung ini. Saya membimbing PRS mengenai peranan mereka dan bagaimana mereka boleh berfungsi membimbing adik adik PRS tahap Bongsu dan Muda. Saya juga membimbing mereka aim untuk PRS Tahap Bestari dengan menyiapkan tugasan untuk penarafan tahap seperti dalam buku log PRS.


KERTAS KERJA
KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT SULUNG
SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PUDU, KUALA LUMPUR
TAHUN 2018

1.0            PENGENALAN
Kursus Pembimbing Rakan Sebaya peringkat sulung merupakan satu kursus yang dianjurkan oleh Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Wilayah Pudu (MGK Pudu) 2018. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif MGK Pudu untuk meningkatkan kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya ke arah yang lebih kompeten dalam proses membantu rakan sebaya di sekolah selain membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling di dalam melaksanakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Kursus ini merupakan kursus yang julung kali dijalankan dengan menggabungkan semua PRS sulung semua sekolah Wilayah Zon Pudu. Sebelum ini setiap sub zon akan melaksanakan kursus peningkatan untuk PRS mengikut sub zon masing-masing.

2.0            OBJEKTIF

1)     Meningkatkan kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Wilayah Pudu.
2)     Mengeratkan hubungan silaturahim PRS seluruh sekolah menengah wilayah Pudu.
3)     Meningkatkan tahap PRS dari tahap Muda ke tahap Sulung.
4)     Meningkatkan keupayaan PRS untuk membantu Kaunselor melaksanakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih baik di sekolah.

3.0            TARIKH/MASA
Tarikh : 23 dan 24 April  2018
Hari     : Isnin dan Selasa
Masa   : 8.00 pagi hingga 2.30 petang

4.0            TEMPAT
Dewan SMK Cheras, Kuala Lumpur.

5.0            AHLI JAWATANKUASA:
Jawatankuasa Kerja
                       
Penyelaras                             : En. Mohd Azni bin Abu Hassan (SM Agama MAIWP)

Timbalan Penyelaras                        : Pn. Rozinani binti Awang (SMK Cheras)

Setiausaha, dokumentasi      : Pn. Azian binti Ahmad (SMK Puterijaya)
& Penilaian                             : Pn. Nor Emy Azira binti Zainal (SMK Yaacob Latiff)

Bendahari & Pendaftaran    : Pn. Khalilah binti Abu Hassan (SMK St. Gabriel)

AJK Pendaftaran                    : Pn. Ling Chen (SMK Miharja)

AJK Modul & Aktiviti             : Pn. Nor Aidawati binti Mohamed (SMK Orkid Desa)

AJK Cenderamata & Sijil       : Pn. Nurul Fatihah binti Abdullah (SMISTA)

AJK Persiapan Tempat         : En. Solehuddin Fung bin Fung Kwok Ming (SM Seni Malaysia)

AJK Siaraya                            : En. Nazrul Izwan bin Deraman ( SM Sains Selangor)

AJK Makanan                         : Pn. Norsuhaila binti Baharom Azzohar (SMK Cochrane Perkasa)

AJK Tajaan                             : Pn. Nurhafizah binti Lois (SMK Alam Damai)     
                                   

6.0            TENTATIF PROGRAM
Isnin (23 April 2018)
8.00 pagi        : Pendaftaran
8.30 pagi        : Taklimat Kursus
9.00 pagi        : Pembentangan Dari Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                          bertajuk Penarafan PRS Melalui Modul dan Buku Log PRS
10.00 pagi      : Ice Breaking
10.30 pagi      : Kemahiran Aktiviti Penyelesaian Masalah & LDK
12.30 t/hari   : Makan tengah hari dan Solat Zuhur
2.00 petang    : Kemahiran Komunikasi dengan 2 LDK
3.30 petang    : Tangguh Majlis dan Bersurai 

Selasa (24 April 2018)
8.00 pagi        : Pendaftaran
8.30 pagi        : Ceramah Penampilan PRS
9.30pagi          :  Perancangan Program PRS Dalam Kumpulan : Kemahiran Perancangan 
10.00 pagi     :  Kemahiran Public Speaking & Berdebat : Pembentangan Kumpulan Dalam                                    Bentuk Gallery Walk
12.00 pagi      : Pembentangan Perancangan Program Terbaik PRS Dan Penilaian Program
12.30 petang    : Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus PRS Sulung Wilayah Pudu


7.0            ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan
10 orang PRS             : RM 35 x 10 orang PRS x 30 sekolah = RM 10500
(setiap sekolah)         1 sekolah (RM 350.00)
Sumber Tajaan           : RM 500
Jumlah                       : RM  11000

Perbelanjaan
Makanan Peserta      : RM 7.00 x 300 orang x 2 hari = RM 4200
Makanan GBK                        : RM 7.00 x 30 orang x 2 hari = RM 420
Makanan Fasilitator  : RM 7.00 x 20 orang x 2 hari = RM 280
Cenderamata             : RM 50.00 x 5 unit = RM 250
Sijil                              : RM 1.00 x 350 = RM 350
Buku PRS                   : RM 15.00 x 300 orang = RM 4500
Alatan                                     : RM 500.00
Kontigensi                  : RM 500.00
Jumlah                       : RM 11000


8.0      PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh,                                        


….……………………………………………
(MOHD AZNI BIN ABU HASSAN)                                     
Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Pudu
Penyelaras Kursus PRS Sulung Pudu

                                                                       


sesi soal selidik murid lewat tegar
Kajian impak vs kajian tindakan


PRS SMK Seri Bintang Selatan

PRS SM Teknik KL

PRS SMK Taman Connought

PRS SMK Convent Jln Peel

PRS SMK Datok Lokman

PRS SMK Cochrane Perkasa

PRS SMK Orkid Desa


PRS SMK St Gabriel


PRS SMK Alam Damai


PRS 

PRS SM Sains Selangor

PRS SM AWPKL

PRS SMK Bandar Tun Razak

PRS SMK Seri Permaisuri

PRS SMK Cochrane



PRS SM Sains Alam Shah

PRS SMK Cheras

PRS SMK Perempuan Bandaraya

PRS SMK Aminuddin Baki

PRS SMK Dato Onn

PRS SMK Seri Mutiara

Fasilitator SMK Cheras






Penyelaras program