Total Pageviews

23 April 2018

Buku Log PRS SMK Cheras

Hari Isnin yg perlu saya bersedia mental dan fizikal kerana berderet program minggu ini dengan dateline yg bertimpa timpa.
Hari ini dan esok merupakan kursus PRS peringkat Wilayah Pudu dan saya selaku tuan rumah kursus ini. Apabila diberi kepercayaan untuk menjalankan kursus PRS ini kepada 210 murid PRS peringkat Zon Pudu iaitu melibatkan 27 buah sekolah, saya mengatur modul dan pengisian yg bersesuaian untuk mereka. 

Sekolah saya mempunyai buku log PRS sendiri yg saya aturkan agar dapat memberikan panduan kpd PRS di tahap manakah mereka berada. Sebelum adanya buku log PRS ini, saya menggunakan buku log PRS format lama sblm wujudnya PRS yg diiktiraf mengikut tahap. Dan setelah itu sistem mata merit dimerit..dan menyelak fail utk melihat kedatangan dan komitmen yg sebagainya sblm memberikan sijil penghargaan  PRS.

Namun apabila sistem tahap bongsu, muda, sulung dan bestari  PRS diperkenalkan, macam tak terkejar pulak nak selak sana sini utk setial tahap tersebut. Maka saya perkenalkan buku log PRS yg memberikan penilaian 100 peratus untuk skema penilaian berdasarkan modul PRS KPM. Ini memudahkan mereka dipantau dan mengetahui progress masing masing melalui rujukan buku log sendiri. Saya sign untuk pengesahan.  Ia memudahkan, krn mereka juga mengetahui cara untuk mendapatkan sijil tertinggi dalam PRS iaitu tahap bestari. 

Namun selepas saya coaching sebuah sekolah di Zon Pudu mengenai kemahiran dan pengurusan PRS, ada juga guru kaunseling yg memerlukan panduan dan bimbingan yg lebih praktikal dan mula memahami mengenai pengurusan PRS. Buku log saya gunakan bersama modul PRS. 

Dan dua hari ini saya gunakan buku log bersama modul PRS KPM untuk guru guru kaunseling dan PRS Sulung memahami bagaimana setiap tahap PRS berbeza dari segi latihan, laporan aktiviti PRS yg dijalankan dan dari aspek mencari klien dan menulis laporan. 
Buku log ini akan digunakan dari tahap bongsu lagi. Semoga perkongsian hari ini memberikan manfaat dgn kefahaman yg lebih baik tentang pengurusan PRS di sekolah masing masing dan PRS Sulung boleh menggunakan kemahiran mengendalikan aktiviti Muda dan Bongsu pula. 

Maka hari ini saya dapat menghabiskan 5 modul dgn cuaca hujan lebat yg sangat lebat.

Alhamdulillah.. 
Doa yg baik baik
Semoga dipermudahkan




























































No comments: