Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

19 April 2018

Pembina Modul Kompetensi Guru Kaunseling DG44 dan DG48





Hari Selasa saya memandu dari sekolah di KL ke Hutan Melintang Perak dalam suasana panas terik menduga ketahanan mata utk terus fokus bertahan. Pukul 1 tgh hari dgn aircond yg dikuatkan..lain pula ujiannya kerana mata terus nak tertutup huhuhu.
Mula mula ok then sejam kemudian saya menguatkan suara radio ke high pitch dan berkaraoke bersama nyanyian radio. Waaah..release betul. Melalui ladang dgn pemandangan kampung yg mengamit untuk pulang bertemu ayah bonda, sampai juga saya ke pusat latihan guru Sungai Buloh ini di Perak.
Orait 3 jam pemanduan, saya tiba juga.
Taklimat dari En Razali wakil Bahagian Pendidikan Guru mengenai TOT fasilitator dan pemantapan modul yg ditambahbaik sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Julai nanti.
Maka bermula hari Selasa hingga Khamis, kami mula memeriksa setiap ejaan atau perkataan utk dibetulkan. Kami membetulkan juga persembahan power point untuk pembentangan dgn kumpulan sasaran seawal July nanti. Kami membuat pembentangan sesama kami untuk mengenal pasti peserta faham atau tidak isi kandungan yg ingin disampaikan. Yg menariknya modul dibina berdasarkan kebitaraan masing masing dalam bidang tersebut. Maka jika berlaku soal jawab ahli panel modul bidang tersebut dapat memberikan respon dgn baik. Dan this is win win situation saya belajar menguasai bidang yg tidak saya kuasai sebelum ini. 

Terima kasih kawan kawan. 

Opportunity for GCPC
Time to grab































No comments: