Total Pageviews

3 May 2018

Bengkel Kerja Pemurnian Manual Projek PINTAR-UTAR Mental Health 2.0





Hari ini saya ke Putrajaya pula di Unit BPSH Bahagian Pengurusan Sekolah harian untuk Bengkel Pemurnian Modul PINTAR-UTAR Mental Health 2.0
Di dalam bengkel ini kami diperkenalkan dengan Yayasan Hasanah yang membantu pendidikan dengan memberikan peruntukan kewangan untuk projek modul Mental Health yang dibangunkan oleh pihak Yayasan Pintar dan UTAR.
Di dalam bengkel ini saya selaku ajk penilai pemurnian modul. Modul ini berbeza dari Modul Minda Sihat yang dibekalkan kepada kita di sekolah yang bersifat umum untuk semua kategori seperti stres, kerisauan dan kemurungan. Tetapi modul yang dibangunkan oleh pihak UTAR ini lebih spesefik kepada kes -kes tertentu yang berkaitan dengan kesihatan mental yang berguna untuk diajar kepada guru kaunseling. Projek ini melibatkan empat buah negeri yang dikenalpasti dan di KL sebanyak 21 buah sekolah terpilih untuk projek ini.
Guru kaunseling akan melalui tahap -tahap tertentu pembelajaran dan akan diuji untuk mengenalpasti tahap pembelajaran dan pemahaman guru setelah melalui modul tertentu. Setiap tahap dengan modul yang berbeza dan diakhir pembelajaran tahun depan, peserta akan dikurniakan sijil tamat kursus. Guru kaunseling perlu menyediakan video rakaman beliau mengajar warga sekolah sama ada guru dan anak murid untuk mengenal pasti keupayaan guru kaunseling yang lebih yakin dan bersedia dengan sesuatu isu kesihatan mental di sekolah.
Walaupun nampaknya sekolah saya tidak terpilih untuk program ini bila dilaksanakan, tetapi saya meminta agar bahan modul dikongsikan. Hasil pembentangan pembina modul, saya tertarik dengan isu percubaan membunuh diri, kes histeria beramai-ramai.
Terima kasih Yayasan Hasanah yang menaja program latihan guru kaunseling ini.




My interview for today
Unattend....with smile












No comments: