Total Pageviews

14 May 2018

Lawatan Dari Majlis Guru Kaunseling Terengganu Ke UBK





Selepas bercuti panjang 6 hari maklumkan sekolah adalah pusat mengundi maka kami bercuti dari hari Selasa lagi iaitu dari 8 mei lagi. 
Surat diterima dari 7 Mei 2018 dan, sewaktu hari mengundi apabila Barisan Nasional mengumumkan cuti 14 dan 15 Mei jika Barisan Nasional menang saya terfikir adakah program ini akan diteruskan. Tup tup dapat panggilan telefon dari urusetia menyatakan bahawa mereka tetap akan teruskan program memandangkan hotel telah ditempah. Mereka bertanya adakah kami masih sudi untuk meluangkan masa menerima kunjungan memandangkan jika BN menang, waktu tersebut adalah cuti umum. Saya menyatakan kesanggupan untuk saya dan rakan UBK hadir menyambut mereka walaupun cuti umum. 

Tup tup Parti Harapan pula yg menang yg memberikan cuti hingga Ahad. Saya pula terfikir adakah mereka akan datang kerana cuti umum pada hari Ahad iaitu hari Terengganu bekerja. Nak telefon segan. Maka pada hari Isnin barulah saya roger dan mereka sudah berada di KL seramai lebih kurang 25 orang. 
Akhirnya direalisasikan.

Saya berkongsi bagaimana menjalankan amalan terbaik dan beberapa tips untuk dimasukkan ke dalam slaid pembentangan dan bagaimana membina amalan terbaik untuk mendapatkan skor terbaik mengikut point yg diberi.
Happening group pelawat ni, dari boss besarnya En Taha yg suka melawak dan membuatkan saya present secara santai dan menahan ketawa juga.
Dah lama tak dengar orang bercakap Terengganu ..teringat time belajar 5 thn di Terengganu. Best slang mereka sedap di dengar.
Sesi soal jawab saya berkongsi pengalaman menyertai pertandingan amalan terbaik peringkat kebangsaan selama 3 tahun berturut dan tahun ini kami rehat sekejap dari pertandingan amalan terbaik.
Selepas sesi pembentangan amalan terbaik, kami mengiringi tetamu ke bilik kaunseling pula. Kami menunjuk demo menggunakan komputer e klien kami yg mempunyai akses terhadap psikometrik dan menerangkan bagaimana eklien memudahkan kami mentadbir ujian psimometrik dan analisa akan dibimbing oleh guru kaunseling sewaktu intervensi.

Terima kasih atas kunjungan dan keropok lekor yg sedap. 

#Hari pertama 
Bekerja dengan kerajaan PH



























No comments: