Total Pageviews

31 May 2018

Majlis Persaraan Pn Nor Asyikin Ho Bt Abdullah




Majlis Persaraan Pn Syikin yg dijalankan pagi tadi mengundang byk air mata. Saya mengambil gambar juga mengigil menahan rasa. 28 tahun berkhidmat di sekolah ini dan saya mengenalinya sejak 1992 lagi.
Guru yg cukup sinonim dgn koperasi sekolah. Koperasi ialah syikin dan syikin ialah koperasi. Saya mengenalinya dari koperasi yg luasnya hanya satu per empat kelas menjadi satu kelas besarnya dan menjana kewangan kpd sekolah hingga tersenarai antara top 10 koperasi terbaik di WPKL.

Awal tahun beliau ada menyatakan hasrat kepada saya yg beliau tidak mahu majlis persaraan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Saya membalas 'sekali sepanjang hayat diraikan'. Beliau tersenyum tawar dan masih menegaskan tidak mahu. 
Lalu saya menyorong pendapat..akak bersara pada bulan Ramadhan waktu majlis berbuka puasa tu..kita sambutlah majlis persaraan akak sekali dgn majlis ilmu, solat dan jamuan. Matanya bersinar sinar dgn cadangan yg diberi dan terus berkata..'yang tu akak setuju. Akak akan belanja semua guru makan masa tu'. Seronok tgk akhirnya dia setuju diraikan. Saya percaya dia sudah meluahkan hasratnya itu kpd Kelab Guru kerana AJK Kelab Guru dapat menterjemahkan impiannya yg sederhana tapi meriah.

Cikgu Prinsip Akaun ini mahir dgn pengiraan dan pandai menjual beli dan deal dgn pembekal untuk mendapatkan harga terbaik. Beliau penggerak utama walaupun dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang tetapi oleh kerana koperasi sgt sinonim dgnnya maka beliau masih lagi menjadi penasihat utama dalam urusan yg melibatkan koperasi sekolah.
Saya suka berurusan dgn guru ini. Walaupun lelah juga nak follow SOP nya dalam sesuatu perkara tetapi saya belajar bagaimana merancang dan memaksimumkan keberhasilan bagi setiap ringgit yg dibelanjakan. Seorang yg direct. Dia akan bertanya Kenapa? Mengapa? dan jika saya dapat menyakinkannya barulah sesuatu projek yg saya usahakan mendapat perkenan darinya. Jika tidak, beliau akan memberikan cadangan dan bagaimana saya harus berusaha merealisasikan cadangan itu. Haha maklumlah Unit Bimbingan Kaunseling selalu meminta ihsan duit koperasi sekolah untuk menggerakkan projek. Tidak susah untuk memuaskan hatinya asalkan tugas yg diberikan mengikut SOP yg betul dan win win situation bila deal dgn masalah.  Sesuatu perkara yg normal apabila berurusan dgn orang  berpersonaliti struktur tinggi sepertinya.
Seorang guru yg sederhana penampilannya bahkan dia pernah meluahkan kpd saya bahawa dia tidak faham mengapa seseorang membelanjakan duit kpd sesuatu yg mahal harganya seperti membeli baju yg mahal atau tudung yg mahal?

Guru ini tidak suka dgn sikap murid yg suka main main. Antara guru yg akan merujuk anak muridnya kpd saya jika projek murid arahannya tidak siap dan akan menelefon ibu bapa murid tersebut jika murid masih lagi bermain dan tidak menyiapkan kerja projeknya. Ye..mmg sangat tegas guru ini dalam mendidik.
Hari ini..hari terakhir beliau bersara pilihan. Puan pengetua sendiri tumpah air mata sewaktu ucapan walaupun baru 4 thn bersama apatah lagi kami warga Cherasian.
Tentu sekali saya akan merinduinya dan sempat dia berpesan kpd saya pertahankan koperasi sebagai kedai buku sekolah. Koperasi sekolah telah berjaya mendapat tender sbg pembekal kedai buku sekolah dan sejak itu lebih byk kewangan dapat dibantu menggerakkan projek sekolah hampir 10K hingga 15K. Andai kata pengetua sekarang  yg akan bersara pada bulan Oktober nanti, dia berpesan jika ada pengetua baru..pertahankan koperasi sekolah dan tidak jatuh kpd pembekal kedai buku luar. 
Tentu sekali saya merinduinya setiap kali program RIMUP perayaan, kami akan memikirkan menu untuk program dan bagaimana duit yg disumbangkan koperasi boleh dimaksimumkan dgn memberi upah kpd ibu bapa atau org lain masak dgn supply bhn mentah berbanding order sahaja.
Tentu sekali saya merinduinya kerana saya senang untuk mengambil kelas bagi intervensi kaunseling saya dgn mengatur kelas kelas relief untuk memenuhi keperluan unit saya.
Tentu sekali saya akan mengingati perhubungan rakan sekerja ini. Semoga penggantinya juga akan memudahkan urusan kerja saya sebagaimana beliau selalu memudahkan urusan saya.
Terima kasih Cikgu Syikin. Semoga murah rezeki yg berpanjangan dan diberkati dalam menabur bakti dan budi di sekolah ini.

Melzura product
Hope you like it..




















































































No comments: