Total Pageviews

18 May 2018

Rumusan Ujian Pra PPSDM SMK Cheras







Sekolah siapa terlibat dengan PPSDM KPM? Program begini pernah dijalankan dahulu dan guru kaunseling dan guru disiplin di sekolah dilatih dgn modul PPSDM antaranya ponteng , buli, kesopanan. Kemudian setiap sekolah perlu menghantar penyertaan 5 orang untuk peringkat daerah bagi setiap kategori bergantung kpd masa dan tempat yg ditentukan urusetia.
Kemudian program itu sudah lama juga tidak diadakan di peringkat daerah mahu pun negeri sehinggalah tahun ini dimunculkan kembali tetapi dgn format penyertaan terhad kepada sekolah sekolah terpilih. Mungkin sekolah hot spot yg mempunyai masalah disiplin murid ?

Seorang guru kaunseling dan ketua guru disiplin diperlukan untuk mengikuti TOT ini di Hulu Langat. Dan sekolah saya menghantar Kak Raudzah. Sekolah terpilih perlu mengenalpasti 40 murid oleh guru disiplin dan melaksanakan modul yg diberi. Peruntukan 4k akan diberikan untuk kem yg akan dijalankan. 

Murid yg terpilih akan melaksanakan Ujian Pra yg dikendalikan oleh guru kaunseling dan perlu di key in hari ini. Ujian tersebut diberikan untuk mengukur 3 kriteria iaitu jati diri, tanggungjawab dan nilai diri. Dengan 16 soalan yg mana 4 soalan mengukur jati diri, tanggungjawab dan nilai diri.
Setelah ujian Pra dijalankan didapati tiada seorang pun skor rendah. 8  skor sederhana dan 32 skor tinggi. Sepatutnya apabila ujian pra dijalankan skor adalah lebih rendah dari post penilaian. Agar rumusannya ialah terdapat impak yg tinggi iaitu peningkatan terhadap jati diri, tanggungjawab dan nilai diri. Tetapi nampaknya apabila...tinggi, adakah post penilaian semua ni agaknya dpt markah penuh.
Atau ujian pra ini jika dijalankan kpd murid yg belum menerima sesi kaunseling dari guru kaunseling,  tindakan disiplin  dari guru disiplin atau intervensi atau bimbingan dari guru lain mungkin boleh diperolehi skor yg rendah terhadap jati diri, tanggungjawab dan nilai diri sebaik sahaja kesalahan disiplin berat di lakukan.
Tapi dari segi skor yg diperolehi rumusan yg boleh saya buat adalah
1) 80% peserta murid mempunyai jati diri yang tinggi, bertanggungjawab dan nilai diri yg tinggi dan hanya 20% murid mempunyai jati diri yg sederhana, tanggungjawab juga sederhana dan nilai diri yg sederhana. 

Submit dateline GCPC 2018
Semoga dimurahkan rezekiku yg berpanjangan






Ujian Pra yg diisi oleh murid

Penerangan instrumen Pra

Kaitan Ujian Dengan Nilai Murni



No comments: