Total Pageviews

1 May 2018

SMK Puncak Alam; Contoh Bilik Kaunseling Teraputik Dan Berfungsi





Selamat Hari Pekerja. Cuti umum yang sepatutnya merehatkan diri. Yg istimewanya lagi hari ini ialah hari nisfu syaaban. 

Saya up perkongsian dari kawan baik saya Harfanizah Harun yg merupakan guru kaunseling sekolah tersebut pada tahun lepas. Bersama teamnya Ilmi, Herman, Nornaimah dan Nurul Hidayah yg bersama sama menaikkan nama sekolah mereka apabila terpilih sebagai Naib Johan Bilik Kaunseling Teraputik Dan Berfungsi negeri Selangor 2017 dan juga pemenang Dokumentasi untuk pertandingan tersebut.

Rupa bilik kaunseling mereka sama hebat dgn yg didokumentasikan. Antara sekolah di Selangor yg dicadangkan jika anda ingin membuat lawatan penanda aras bahkan sudah ada sekolah sekolah yg telah mengadakan lawatan ke sini. Meteka juga mempunyai bilik sumber PPDa dgn mural yg memukau. 


Memandangkan tahun ini daerah saya bercadang mengadakan pertandingan bilik kaunseling dan penilaiannya mungkin berbeza dari negeri Selangor, tetapi sekurang - kurangnya memberikan idea kepada kami bagaimana menangkap gambar sebelum dan selepas penambahbaikan bilik dibuat. 
Bagaimana susun atur bilik dibuat untuk dijadikan bilik kaunseling yg teraputik dan berfungsi untuk digunakan secara optimum.

Saya suka dgn idea konsep dan tema bilik kaunselingnya yg dijenamakan dgn nama lain dan bukanlah nama umum UBK. Dan setiap ruang mempunyai temanya sendiri dan memotivasikan. 

Orait time to be kreative fikir nama pulak untuk UBK kami. 



Semoga yg dikendong tidak berciciran 
Dokumentasi GC2018 vs Proposal HLP 2018




















































































No comments: