Total Pageviews

7 June 2018

Karnival Kaunseling Kerjaya PPW Pudu





Antara agenda utama mesyuarat hari ini.
1) Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Post Mortem Karnival Kaunseling Kerjaya PPW Pudu pada 16 Julai 2018 di KPTM.
2) Karnival Kaunseling Kerjaya PPW Pudu di SMAWPKL pada 9 Julai 2018
3) Bengkel Kompetensi GBK DG41 yang baru pada 28 Jun 2018.
4) Tempahan buku rekod 2019 -update lagi siapa yang nak tempah
5) Memandangkan penyelaras akan bertukar ke Perak maka penolong penyelaras akan dilantik. Karnival kerjaya adalah tugas subzon B maka saya volunteer untuk menjadi penolong penyelaras memandangkan saya pernah berkali kali menjadi penyelaras.
6) Pertandingan baru young motivator diwujudkan untuk zon pudu tetapi pemenang tidak akan ke peringkat negeri kerana tiada kategori ini di peringkat negeri.


Syarat dan pertandingan karnival kaunseling kerjaya peringkat PPW Pudu. Sila klik link di bawah dan syarat pertandingan motivator muda.

https://drive.google.com/file/d/0Bx1u-ZrOnznecENtbWxVbG9kLXhHVU1VSV90R181a1pvejFz/view?usp=sharing


MOTIVATOR MUDA (YOUNG MOTIVATOR)

(SEKOLAH MENENGAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2018

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG

OBJEKTIF
1. Menguji kemahiran murid untuk bercakap di khalayak ramai.
2. Meningkatkan keyakinan diri murid.
3. Mencungkil bakat murid dan memperkembangkannya melalui platform yang tepat.
4. Membentuk keyakinan diri dan kreativiti pelajar dalam proses penyebaran maklumat
secara berkesan.

SYARAT PENYERTAAN
1. Terbahagi kepada 2 kategori ( Menengah rendah dan menengah atas). 1 sekolah perlu
menghantar seorang peserta bagi setiap kategori.
2. Topik atau tema adalah bebas.
3. Penyertaan adalah secara individu.
4. Masa yang diperuntukkan adalah selama 5 hingga 7 minit.
5. Peserta diminta memperkenalkan diri TANPA menyebut nama sekolah.
6. Loceng pertama akan dibunyikan pada 5 minit pertama dan loceng kedua akan
dibunyikan pada minit ke-7.
7. Tiada pemberian markah selepas loceng kedua dibunyikan.
8. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan kritikan terhadap isu sentitif yang berkaitan
dengan agama, bangsa, kebudayaan dan keperibadian seseorang.
9. Menggunakan bahasa dan tutur kata yang sopan.
10. Panel Hakim berhak menegur peserta yang tidak mengikut syarat pertandingan dan
keputusan hakim adalah muktamad.

KEPERLUAN PERTANDINGAN
1. Bilik Pertandingan yang lengkap dengan ruang pentas, kerusi penonton dan ruang hakim.
2. Alatan siaraya (mikrofon)
3. Borang pendaftaran peserta dan borang pemarkahan
4. Loceng masa

PEMARKAHAN
1. Suara (20 markah)
2. Gaya penyampaian dan kreativiti (20 markah)
3. Isi Penyampaian (30 markah)
4. Penampilan dan Perwatakan (20 markah)
5. Ketepatan Masa (5 markah)
6. Nilai tambah (5 markah)


Iftar dan solat hajat UPSR 
SKSI2..semoga anak anak
Cemerlang dunia akhirat










No comments: