4 June 2018

Soal Selidik Murid Lewat Ke Sekolah Melalui Temubual

Sesi soal selidik murid lewat ke sekolah dijalankan. Pada mulanya kami mengedarkan soal selidik kepada murid yg mencecah minimum 8 kali lewat sepanjang Jan hingga Mac dan seterusnya bagi kes yg masih lewat Jan hingga Mei. Hampir 70 org juga.
Mengedarkan soal selidik dan memproses analisis punca adalah satu perkara yg mudah. Just analisa apa sahaja yg ditanda murid mengenai soal selidik lewat tersebut sama ada mengenai diri sendiri atau punca dari org lain. Namun demikian, kesahihan boleh diragui dalam mencari punca sebenar dalam pelbagai alasan yg ditanda murid yg disifatkan merupakan faktor faktor murid lewat ke sekolah.
Oleh itu hari ini merupakan sesi temubual murid. Hampir 30 org dan run dari pukul 9 pagi seorang demi seorang hingga 10.30 pagi mengenalpasti punca sebenar ..dan berderet dua sesi kaunseling kes tegar pkl 11.30 hingga 1.00 tgh hari..hmmmm....tekak saya rasa dahaga yg amat sangat ..adeh.
Analisa murid lewat saya dapati dari list punca punca lewat. Yg paling utama adalah
1) lewat kerana masalah diri sendiri tidur lewat bermain handphone atau game dgn online game. Ini menyebabkan murid tidur lewat dan susah berjaga pagi. Akibatnya yg naik bas awam lewat la tunggu bas. Bayangkan kalau pkl 7 baru nak tunggu bas. Maka bas pula yg dipersalahkan. Yg jln kaki pula, pkl 7 lebih baru nak jalan kaki mmg lah lewat.
2) lewat kerana suka menonton tv hingga larut mlm atau perlawanan bola yg start 3 pagi ke atas dan kemudian sambung tidur hingga terlajak tidur dan kelam kabut bila bangun dan terlewat ke sekolah.
3) kalau tidur awal pun tak dapat tidur. Tapi masa tu tak pula nak baca buku atau buat kerja yg berfaedah tetapi hanyut melayan perasaan dan ending tidur lewat juga. Apabila anda dah biasa tidur lewat, mmg sukar nak ubah timing tidur pula. Membaca buku, mengaji atau membuat sesuatu berfaedah lebih baik tetapi anda tidak melakukannya.
4) Bersiap lama ke sekolah. Bangun dah awal, tapi melengung, mandi setengah jam, bersiap lewat maka lewatla. Bas sekolah pun tinggal. Naik bas awam dah lewat.
5) Menaiki kenderaan dgn ibu bapa atau abang. Kalau org yg membawa itu lewat bersiap, tempias juga pada murid. So ada yg dah tak naik dgn family, dah boleh dtg cepat.
6) Ada family berpakej menghantar anak anak ikut giliran dalam hal ini nak salahkan murid pun susah. Ibu bapa perlu timing masa untuk hantar anak anak merata rata supaya tidak ada anak yg lewat ke sekolah dan keluar rumah pada waktu yg ideal.
7) Ada yg menaiki bas awam tidak menentu masa. Tetapi jika murid lain yg tinggal dlm kejiranan tersebut menaiki bas awam juga boleh hadir awal, mengapa murid ini pula yg lewat. Jika dalam satu masa beramai ramai dari kejiranan yg sama menaiki bas awam lewat, tidak mengapa maka jadual bas boleh dipersalahkan. Hmmm..rupanya jadual murid tunggu bas lewat dari murid lain tunggu bas. Jika yg tunggu boleh shj duduk di bus stop pkl 6.30 hingga 6.45 pagi tp murid yg lewat ini tunggu bas pkl 6.55 hingga 7 lebih hmmm..
8) Jawapan yg biasa juga. Saya keluar awal tapi tunggu kawan. Kawan lewat kami berjalan kaki bersama ke sekolah atau kami menaiki motorsikal bersama ke sekolah atau kami menaiki bas bersama ke sekolah.
Dah ada saringan jawapan barulah saya kategorikan yg mana kaunseling individu, yg mana kelompok dan yg mana konsultasi keibubapaan diperlukan.
Pkl 1.45 tgh hari kena juga punch out sebab dah tak energetic :)

Air kelapa..tetiba teringin 




 

Telegram Channel