Total Pageviews

5 July 2018

Kajian Tindakan : Kemahiran Membina Refleksi Sebelum Kajian


Hari terakhir melaksanakan kursus kompetensi guru bimbingan dan kaunseling DG44 dan DG48 untuk GBK Utara yg meliputi 80 GBK dari Pulau Pinang, Perak Utara, Kedah dan Perlis. 

Slot terakhir juga merupakan slot yang dikendalikan oleh saya iaitu kemahiran menjalankan kajian tindakan.

Saya nak berkongsi bagaimana membina refleksi yang lalu. Beza antara kertas kerja program dan kajian tindakan ialah bagaimana refleksi yang lalu dibina berbeza dgn pengenalan untuk kertas kerja. Contoh yang dikongsi adalah bagaimana data tersebut perlu ada pada penulusan kajian tindakan untuk refleksi yang lalu. 

Contoh:
Isu ponteng sekolah:
SMK Air Laut merupakan sekolah hot spot yang disenaraikan oleh KPM sebagai sebuah sekolah yang bermasalah dari aspek kehadiran murid ke sekolah. Pada tahun 2017, 30 peratus murid telah ponteng sekolah. Dari 30 peratus tersebut, seramai 20% terdiri dari murid tingkatan 5. Murid ting 5 akan menghadapi peperiksaan SPM. Oleh itu, saya akan menjalankan kajian tindakan terhadap murid tingkatan 5 pada tahun 2018 bagi menurunkan peratus ponteng sekolah murid ting 5 sebanyak 10 % sahaja. Dari murid tingkatan 5 tahun 2017, didapati peratus ponteng yg tertinggi iaitu 18 peratus kepada murid kelas perniagaan dan seni. Fokus saya kepada kelas - kelas elektif perniagaan dan seni untuk intervensi kaunseling menurunkan kadar ponteng sekolah. 

Contoh isu lewat ke sekolah:
SmK A mencapai 40 % murid lewat ke sekolah pada penggal pertama persekolahan 2018.  Dari 40% tersebut, sebanyak 25% murid lewat tegar. Dari analisa data 25% murid lewat tegar ini kira kira 16% dari murid tingkatan 3 manakala 11 % dari murid tingkatan lain lain. Lewat tegar ialah murid yang lewat ke sekolah melebihi 15 kali pada penggal pertama 2018. Oleh itu kajian tindakan saya akan berfokus kepada 16% murid tingkatan 3 untuk dijalankan intervensi kaunseling bagi menurunkan kadar lewat tegar sebanyak 5 % sahaja. 

Contoh:
Isu murid kelas 4 Z yang melakukan pelbagai masalah disiplin. 
SMK pagar merupakan sebuah sekolah menengah harian. Murid tingkatan 4 seramai 250 orang dengan 10 bilangan kelas. Tingkatan 4Z merupakan kelas aliran mata pelajaran vokasional. Dikenali sebagai sebuah kelas yang bermasalah kerana 8 dari 15 muridnya ialah murid ponteng tegar dan lewat tegar. Dari 8 murid ini, 5 orang penerima surat amaran pertama, 2 orang penerima surat amaran kedua dan seorang penerima surat amaran ketiga. Mereka juga sering tidak menyiapkan kerja sekolah. Oleh itu fokus saya terhadap 8 murid kelas ini untuk kajian tindakan intervensi kaunseling bagi menurunkan kadar masalah salah laku mereka subjek kajian  dan membolehkan mereka meneruskan ke tingkatan 5 dan tidak dibuang sekolah di tingkatan 4. 

Soal jawab
1) Berapakah minimum jumlah murid untuk kajian tindakan?
Seorang murid pun boleh dijadikan kajian tindakan.

2) Mesti ada data untuk refleksi yang lalu?
Ya jika kajian tindakan anda mengukur sesuatu menggunakan nombor. Iaitu kualitatif menggunakan deskriptif sudah memadai. 
Jika tiada data, ia adalah kualitatif melihat perubahan tingkah laku, emosi dan sebagainya.

3) Sekarang dah bulan Julai tidak sempat untuk menjalankan kajian tindakan.
Masih sempat kerana ia bukan kajian seperti penulisan tesis yg memerlukan bertahun untuk pemerhatian. 3 bulan sudah boleh dianggap kajian tindakan bergantung kpd kes yg ingin dijalankan. 

4) Berapa maksimum muka surat penulisan yang diperlukan?
Biasanya 4 muka surat pun diterima bergantung kepada berapa tindakan yg dijalankan dan mengikut format penulisan yg saya kongsikan. 

Jom membudayakan kajian tindakan dalam intervensi kaunseling. Impak boleh dikongsi untuk dimanfaatkan oleh sekolah lain.

ETS-LRT-MRT
Safely home sweet home












1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum puan Haiza, saya salah seorang peserta di Sg Karangan ari tu, mohon kebenaran utk rujukan dan ambil bahan.. ye..Terima kasih