Total Pageviews

18 July 2018

Karnival Gegaria Cikguku Hebat: Pameran Inovasi

Berakhir program Karnival Gegaria Cikguku Hebat. Antara pameran yang mencuit hati mengenai bahan bahan inovasi untuk guru cemerlang seperti

Saya membawa 3 org PRS bersama untuk membentangkan mengenai sistem inovasi e- klien yg lebih kepada sistem maklumat. Buku inovasi modul dan dokumentasi mengenai inovasi modul dan amalan terbaik kaunseling tahun 2015, 2016 dan 2017 juga dipamerkan. Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling iaitu Cik Rosnah Abdullah bergambar bersama di tapak pameran kami.

Inovasi eklien mendapat
1)  pingat emas Pertandingan Inovasi Sistem Maklumat Bahagian Psikologi Dan Kaunseling Peringkat KPM tahun 2016 dan
2)  Johan Amalan Terbaik Kaunseling tahun 2016.
3) Pada tahun 2016 juga mendapat pengiktirafan penyertaan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Terbaik dari JPWPKL dan
4) pada tahun 2017 kami satu satunya sekolah dari WPKL yg terpilih ke peringkat akhir pertandingan KIK KPM 2017. Kami telah mendapat pengiktirafan 3 bintang dalam KIK.
Satu dari kemahiran partner saya ketika itu iaiti Che Mohamaf Padali B Che Mat dalam bidang sistem maklumat.
Bagi yang ingin mendapat khidmatnya dalam sistem psikometrik atau perkhidmatan lain, boleh intai blognya siastemdeks.blogspot.com


Satu lagi inovasi yang saya pamerkan ialah modul menangani ketidakhadiran ke sekolah. Modul ini saya usahakan dari tahun 2015 dan pernah mendapat pengiktirafan
1)Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat WPKL 2015 untuk modul Zoom In Kehadiran
2)Amalan Terbaik Kaunseling no 5 peringkat kebangsaan KPM
3) Anugerah Pingat Perak Inovasi Modul 2017 Peringkat KPM dengan tajuk Modul SPOT Menangani Murid Berisiko Keciciran Sekolah
4) Johan Amalan Terbaik Disiplin WPKL 2017
Program SUIT Menangani Kehadiran Murid
5) Saguhati ke6 amalan terbaik disiplin peringkat kebangsaan 2017
6) Anugerah Emas Dokumentasi Terbaik 


Oleh kerana saya berminat dalam bidang penulisan, maka tidak menjadi masalah idea dicurahkan dalam bentuk menaip di dalam komputer  untuk dijadikan modul  






Ini adalah gambar bersama mantan guru Seni di sekolah saya dahulu yang ceria dan menceriakan iaitu Cikgu Ismail . Telah bersara dan aktif dalam menghasilkan mural dan gambar. Terkenal dgn nama Ismail Batik kerana mengajar murid melukis batik dengan alat alat seni yg dimilikinya. 








Ini pameran dari Guru Cemerlang SMK Seni Bintang Utara iaitu Pn Lee Saw Im guru cemerlang Kimia. Pameran mengenai robotik dan aktif dalam bidang STEM. 






Ini ustaz Wahab guru cemerlang Agama. Inovasi berkaitan bahan gajet dalam mengajar untuk menulis tulisan khat. Perkhidmatannya hari ini adalah percuma dan murid saya seronok nama mereka diukir dgn seni khat. 




Pameran Puan Ku Mahani dari SMK Alam Damai guru cemerlang ERT . Beliau menghasilkan buku rujukan dan pelbagai inovasi dalam bidang Ekonomi Rumahtangga khususnya jahitan. 





Pn Latipah dari SMK Sentul Utama guru cemerlang Sains mempamerkan inovasinya dalam pengajaran alat bantu straw SG untuk pengajaran satah. 



En Tin guru cemerlang Matematik sekolah rendah.  Memperkenalkan inovasi fun learning untuk memahami Matematik dgn bentuk permainan. Teruja tengok.


Tapak pameran Pn Yong Guat Baby guru cemerlang Geografi. Inovasi kad petak untuk subjek Geografi. 







Good luck Farietz
Paper KKQ PT3

No comments: