Total Pageviews

17 July 2018

Karnival Gegaria Cikguku Hebat: Pembentangan Guru Inovasi





Pagi lagi saya sudah bersiap. Bersiap mental dan fizikal sebab dua hari berturut saya perlu ke SJK C Kepong 2 yg terletak jauh dari Kajang. Hampir 90 minit memandu. Bwlum.campur kalau kesesakan jalan raya yang teruk pada waktu puncak pagi. Sekolah ini merupakan tuan rumah bagi program Karnival Hari Guru WPKL Sektor Pengurusan Akademik yang bekerjasama dengan Majlis Guru Cemerlang untuk menganjurkan karnival ini.  

Saya bertugas selaku Ketua AJK Pameran.Lama betul program ini dirancang dgn tempat yang sering berubah. Rasanya dari bulan April ke Mei dan akhirnya tangguh ke bulan ini. 
Hari pertama sewaktu perasmian, kami team pembentang Guru -Guru Inovasi WPKL menerima sijil penyertaan kerana bertindak selaku pembentang untuk Karnival ini yang mana inovasi yang telah mendapat pengiktirafan samaada di peringkat JPN atau KPM.
Pada perancangan asal sewaktu taklimat program, saya difahamkan yg sayaakan present pada giliran ke3. Namun saat akhir baru saya rahu bahawa saya bergerak ke giliran sesi petang. Mungkin ada pembentang yg mempunyai urusan lain . Saya merupakan pembentang bagi nombor 2 untuk murid sesi petang iaitu pembentang yang ke lima utk hari pertama.  Saya membentangkan program hasil dari kajian tindakan dan inovasi sepanjang tahun 2015 hingga 2017.
Karnival ini mempunyai pelbagai program antaranya pameran, gerai jualan, food truck, persembahan murid dan guru dan pembentangan oleh guru -guru inovasi.
Pameran juga diadakan dan saya membawa 3 ahli PRS saya team psikometrik untuk membantu menerangkan kepada pengunjung yg datang bertandang.

Pantang maut sebelum ajal
Semoga menjadi pengajaran
Klinik Kesihatan Cheras :(


Time rehat..orang pergi makan saya asyik membetulkan slaid


















No comments: