9 July 2018

Karnival Kaunseling Kerjaya PPW Pudu, KL 2018






9 Julai 2018.
Karnival Kaunseling Kerjaya Pudu 2018 dijalankan pada 9 Julai 2018 di SM Agama WPKL. Tahun ini tak cukup masa untuk membimbing dgn jadual padat dan ketat. Dengan sesi pagi hanya saya yang jalankan seorang diri kerana partnet cuti bSeminggu lebih dengan aktiviti luar saya terpaksa datang ke sekolah pada hari Sabtu dan Ahad lepas untuk bimbingan sesi soal jawab dan semak kerja kerja akhir murid.
Setiap tahun saya akan memastikan untuk murid saya menyertai semua katwgori pertandingan yg dipertandingkan. Kalah atau menang bukan persoalannya tetapi yg penting memastikan ada penyertaan untuk mewakili sekolah samaada  murid dalam kalangan ahli PRS atau Kelab Kerjaya.
Guru sebagai pembimbing yg mendorong dan menggalak. Berminat dan berusaha wajib datang dari murid sendiri.  Cuma yg terkilannya apabila kali ini saya selaku penyelaras run sana sini, ini menyebabkan saya tidak dapat melihat kesemua peserta pertandingan. Group wasap memanggil sana sini. Tingkat 3 untuk penjelajahan kerjaya, tingkat dua untuk video kreatif, tingkat satu untuk young motivator, tingkat tiga semula untuk rekabentuk grafik. Waaaa...saya sangat penat kaki berjalan turun naik  empat tempat memenuhi permintaan murid nak laptop lah, laptop hang lah, nak minta cikgu tengoklah time mereka bentang. Belum lagi memenuhi permintaan AJK lain yg minta pendapat saya dan menyampaikan sijil dan cenderamata kepada hakim. Kak raudzah tak dapat bergerak ke mana mana kerana selaku penyelaras pertandingan career hunt.

Saya hanya berharap mereka buat yang terbaik. Alhamdulillah sekali lagi yg sebenarnya sudah lebih 10 kali menerima sekolah terbaik keseluruhan Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu.






Tahniah
Kepada pasukan Video Kreatif tempat kedua
Pasukan Career Hunter tempat kedua
Pasukan Penjelajahan Kerjaya saguhati tempat ke 4
Pertandingan Young Motivator saguhati tempat ke 5.
2 pertandingan berjaya mara ke peringkat negeri.

Happy birthday
Izz Farhan
































 

Telegram Channel