8 July 2018

Kelab Kerjaya: Pemakanan Sihat Bersama Pegawai Dietetik





Perjumpaan kelab pada 4 Julai 2018 yang lalu menyeronokkan mendengarkannya iaitu pemakanan sihat.

Sesuai dengan tajuk perjumpaan kelab tersebut pelbagai menu makanan sihat diperkenalkan dan dipraktikan. Pn Aqilah Mazlan pegawai dietetik dijemput untuk menyampaikan mengenai kepentingan pemakanan sihat kepada ahli kelab. Tersenyum lebar masing masing apabila siap ada praktikal iaitu menu makanan sihat ada sandwich dan salad. 

Apalagi telinga mendengar, tangan sibuk menyediakan juadah dan dah siap boleh makan terus. Sewaktu perjumpaan ini saya nun jauh berada di Kedah, bukan main seronok apabila Dr Nazeerah berkongsi gambar keriangan masing masing.

Ahli kelab kerjaya ting 3 pula hampir semua tidak mengikut serta kerana terlibat dengan perlawanan bola jaring dan aktiviti untuk murid ting 3 di sekolah. Maka bertambah tambahla makanan murid yang ada hari ini. Terima kasih Pn Aqilah dan Klinik Kesihatan Cheras.

Weekend di UBK
Good luck for tomorrow
#karnivalkaunselingkerjayapudu











 

Telegram Channel