25 July 2018

Keputusan Pertandingan Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL






Majlis Penutup Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL dengan  pasukan SMK Cheras dari dua pasukan yang layak ke peringkat negeri iaitu pertandingan video kreatif dan career hunt telah mendapat tempat ketiga pada peringkat negeri. Saya berkongsi gambar gambar cantik dari facebook  jurufoto iaitu Mr M Fotografia
Tahniah anak anak cikgu. Walaupun cikgu dan cikgu Raudzah  tidak dapat membimbing mereka sangat, tetapi mereka sangat kreatif dan mencari maklumat. Sebagai habuannya belanja mereka makan durian 3 dulung sempena dapat nombor 3..huhuhuhu.



Saya kongsikan keputusan penuh pertandingan ini.
Pemenang pertandingan karnival pendidikan kaunseling kerjaya
Sek rendah
Pertandingan Mewarna Kerjaya
1 SJKC Wangsa Maju
2 SJKC  Naam Khai Yi
3 SJKC  Lee Rubber






Pertandingan Melukis Kerjaya
1 SJKC Sentul
2 SJKC Nam Yin Lee Rubber
3 SJKC Yoke Nam




Pertandingan Model kerjaya
1 SK Intan Baiduri
2 SK Convent Jln Peel
3 SK Seri Tasik




Pertandingan Ikon Kerjaya
1 SJKT Tabusami
2 SK TTDI 2
3 SK Convent Bukit Nenas




Folio
1 SK La salle 2 sentul
2 SK Intan Baiduri
3 SK Segambut Makmur





Kuiz Kerjaya
1 SK  Jalan Gurney 2
2 SK Wangsa Maju Seksyen 2
3 SK Tmn Seri Rampai






Sek Men
Video kreatif
1 SMK Bangsar
2 Kolej  Vokasional ERT
3 SMK Cheras



Penjelajahan Kerjaya
1 SMK  Zon R1 Wangsa Maju
2 SMK Taman Yarl
3 SMK St Mary






Rekabentuk grafik
1 SMK Taman Bukit Maluri
2 SMK Convent Bukit Nenas
3 SMK Wangsa Maju



Career hunter
1 SMK  Tmn Connaught
2 SMK  Tmn Desa
3 SMK  Cheras







Sebagai timbalan Yang Dipertua MGKKL, saya ditugaskan dibahagian protokol dan membantu AJK Pudu.  Maka saya perlu berada di majlis penutup memastikan perjalanan majlis penutup berjalan lancar. Yang harunya lepas majlis penutup, kami mengemas dan mesyuarat sebentar dgn Majlis Tertinggi. Pukul 4 petang balik ke sekolah untuk menyimpan peralatan dan baru perasan laptopku tertinggal di dewan Seri Bintang. Harunya kena patah balik..

#pandaeyes#sleepy








































 

Telegram Channel