Total Pageviews

19 July 2018

Post Mortem Task Force: Bengkel GBK DG41




Perjumpaan ahli task force semalam untuk post mortem meningkatkan kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling DG41 dan DG44. 
Usai mesyuarat post mortem saya terus rushing ke SJKC Kepong 2 untuk menjenguk pameran Karnival Gegaria Cikguku Hebat memandangkan saya masih bertugas selaku AJK Pameran.  Kami bermesyuarat untuk mencari penambahbaikan modul yg boleh dijalankan untuk meningkatkan kompetensi GBK DG41. Bertempat di SMK Desa Perdana jenuh juga bermain dengan waze untuk ke sini. 

1) Hasilnya akan diadakan homework untuk guru dan assignment bagi menilai tugasan yg diberi.
2) Surat tunjuk sebab bagi peserta yg tidak hadir bagi menekankan pentingnya kehadiran peserta ke bengkel ini

3) Pendaftaran untuk peserta yg lewat ke bengkel memandangkan disiplin kehadiran tepat masa ke bengkel diambil mudah oleh peserta. Hampir 50 peratus peserta tidak sampai pada waktu yg sepatutnya dengan pelbagai alasan. 

4) Tempat bengkel akan dikenalpasti yg memudahkan LDK dijalankan. 

5) Masa pentadbiran psikometrik yg pendek hanya sejam. Dibincangkan agar slot psikometrik khas untuk psikometrik sahaja.

6) Merancang jadual waktu GBK merupakan tugasan yg perlu dihantar. GBK yg telah menghantar akan diberikan penghargaan. 

7) Modul untuk GBK DG 48 pula akan dijalankan dgn modul kajian tindakan, kewangan, amalan terbaik dan inovasi. 

Life is full with
Lots of  up and down





No comments: