Total Pageviews

6 August 2018

Latihan Modul PRS Sulung





Isnin yg ceria huhu sebab partner saya  Rozinani telah datang semula bertugas selepas 2 bulan cuti bersalin. Hari ini saya mengadakan mesyuarat dan membentangkan silibus modul yg perlu dihabiskan mengikut buku log masing masing kepada ahli PRS.  Agenda juga membincangkan mengenai tanggungjawab yg akan diambil oleh PRS Ting 4 memandangkan semua PRS Ting 5 direhatkan.
Antara yg dibincangkan:
1) Jadual perjumpaan latihan modul PRS
2) Pakaian uniform untuk PRS
3) Rombakan kumpulan projek PRS
4) Aktiviti jadual sambutan warga sekolah di pintu pagar.
5) Melengkapkan buku log PRS 

Saya bercadang PRS kami mengenakan pakaian beruniform iaitu kain ungu, baju kurung putih, tudung putih dan kasut hitam serta tag nama ungu untuk perempuan.
Bagi lelaki kasut hitam, baju tangan panjang warna putih, seluar hitam dan tali leher ungu. Tapi..hmmm tengah mencari di google lagi padanan warna yg sesuai memandangkan saya merancang blazer juga untuk murid PRS.
Ada sesiapa ada idea nak bantu saya?
Selepas mesyuarat saya membimbing murid menjalankan aktiviti kelompok LDK dengan memberikan penekanan kepada etika kelompok dan penstrukturan.
Akhir sekali jangan lupa ya anak anak mengenai tugasan ice breaking kelompok kecil. Masing masing perlu kreatif ye.

Anekdot dan Cerita Kehidupan 
Langit Kehidupan
When you dare to dream..

No comments: