18 August 2018

Post Mortem Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL







Bergegas ke SMAWPKL selepas mengendalikan slot di BTPN Selangor dengan perut yang lapar. Lapar sangat sebab sudah pukul 11 pagi dan saya skip minum pagi sebab nak cepat ke mesyuarat post mortem Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL yang bermula pukul 11 pagi.
Sarapan pagi mee goreng pukul 7.30 pagi tadi di kafetaria BTPN yang disediakan penganjur,  bukan merupakan makanan terbaik untuk perut saya kerana anginnya nanti memang menguji fizikal sendiri.
Diambil dengan jumlah yang sedikit maka pukul 11 pagi sudah berkeroncong di minta isi makanan.

Sebagai penghargaan kepada semua AJK yg bertungkus lumus membantu dalam merealisasikan projek mega ini pihak penganjur menyediakan hadiah kpd setiap AJK dan menjamu hidangan makan tengah hari dan kambing bakar yang umpph . Terima kasih AJK dan jangan serik lagi. 
Antara perkara penambahbaikan post mortem yang menjadi topik untuk ditambahbaik tahun hadapan ialah:
1) Jawatan penolong penyelaras untuk setiap pertandingan terus disediakan bukan diminta oleh Ketua.
2) Pertandingan peringkat negeri dianjurkan dibawah tanggungjawab zon dan penganjuran akhir di peringkat negeri untuk yang  top 3 bertanding untuk penentuan tempat.
3) AJK Pendaftaran akan bergabung dgn AJK Sambutan serta pengerusi Zon untuk mengenalpasti tetamu jemputan yg hadir
4) Meninggalkan ruang barisan hadapan untuk tetamu jemputan.
5) Surat permohonan dewan menyatakan sekali peralatan yg diperlukan
6) Tag nama dibeli di DIY dgn murah sekali
7) Pameran untuk organisasi pakaian beruniform memerlukan surat jemputan sebulan sebelum penganjuran program
8) AJK Pameran untuk badan keselamatan akan diletakkan di bawah satu AJK
9) Tempat pertandingan dan tarikh pertandingan lebih baik ditentukan  lebih awal iaitu lebih dari sebulan sebelum penganjuran bagi memudahkan AJK Pameran dan Tajaan bergerak.
10) Kos makanan dari food truck agak mahal bagi murid murid sekolah
11) Pertandingan Ikon dan Model Kerjaya lebih baik dijalankan di atas pentas bagi murid dapat mengoptimumkan persembahan dan dapat dilihat oleh penonton.
12) AJK Sentul Rendah yg mengusahakan permainan akan diberikan sagu hati dari keuntungan kerana berjaya menarik pengunjung ke situ.


18.8.18
Balik kampung..oh oh balik kampung
Happy long holiday

 

Telegram Channel