29 August 2018

SMK Seri Pinang, Johor: Pengurusan Unit Kaunseling Sekolah Luar Bandar Yang Cemerlang






Pukul 4.30 pagi dah berada di atas jalan raya menuju ke KLIA2 untuk menaiki flight ke Johor Bahru pada pukul 7.15 pagi. Tak berani ambil breakfast jika travel solo bimbang meragam. Naik flight je apalagi zzzzzz..tetiba dah sampai :).

Memilih menaiki teksi ke SMK Seri Pinang Bandar Tenggara Johor berharga RM77 saya menikmati pemandangan felda. Sempat lagi pemandu teksi menunjukkan kepada saya Felda Inas kampung Mawi katanya ikon Akademi Fantasia kebanggaan Johor dalam rancangan televisyen yg cukup popular dulu. Pemandu teksi yg cukup peramah dan bercerita kpd saya mengenai kemajuan Bandar Tenggara dan perkembangan politik semasa di Johor dan tidak lupa mengenai pengaruh raja dalam perkembangan moden negeri Johor.

Setelah 50 minit melalui pemandangan yg cukup menyenangkan tanpa kesesakan jalan raya saya tiba juga di sini
Sekolah luar bandar yg pernah memenangi
Pengurusan Kaunseling Sek Men Negeri Johor dengan menyandang Johan 2014 dan 2015. 

Saya akan berada 2 hari di Bandar Tenggara ini untuk melatih guru guru kaunseling untuk kompetensi guru kaunseling DG44 dan DG 48. Sekolah ini dipilih sebagai salah satu dari tugasan untuk mengenalpasti ciri ciri pengurusan terbaik dan amalan terbaiknya. 

Pelbagai amalan terbaik dijalankan di sekolah ini secara sistematik dan dengan penggunaan teknologi komputer. 
Saya tertarik dgn projek murid lewat di mana murid yg lewat dikenalpasti faktor lewat melalui penggunaan soal selidik google maps dan guru bertugas mempunyai sistem tersebut agar analisa dapat dijalankan dgn cepat dan mudah. 

Mari berkenalan dengan guru kaunselingnya iaitu Pn Norazizah dan En Fazdlee yg juga merupakan pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah sini. Bilik kaunselingnya cukup cantik dan berhawa dingin. Kami disambut dengan sebakul besar buah salak dan sebakul besar buah rambutan. Layan makan dulu baru layan cuci mata huhu

Siang melawat biliknya dan malam pula kami menikmati Mee Udang Kak Jah ...memang sedap dan kenyang. Alhamdulillah. 

Jom tengok biliknya.

Morning JDT



Bilik pengurusan fail dan pejabat




Bilik kaunseling kelompok









































Bilik kaunseling individu

Bilik kaunseling kelompok



Ruang tamu

Ruang tamu



Kaunter

































 

Telegram Channel