11 October 2018

Kajian Tindakan Kompetensi Guru Kaunseling Sabah

Slot saya pada hari terakhir Bengkel Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling di Sabah.
Rasa kekenyangan makan malam di Restoren Nelayan malam tadi masih lagi terasa. Terima kasih peserta Sabah yg bermurah hati mengumpul duit untuk belanja fasilitator makan di Restoren Nelayan malahan ada persembahan tarian Sabah di sana untuk kami tontoni. 
Satu kepuasan bagi saya apabila di akhir pembentangan saya, peserta sudah boleh merangka dan menulis satu kertas cadangan kajian tindakan. Sekurang kurangnya mereka tahu format menulis kajian tindakan dan intipati yg perlu ada dalam kajian tindakan yg merupakan satu kajian ilmiah. Refleksi yang lalu dan bagaimana data dikutip. 

Hari ini 4 penulisan kertas cadangan kajian tindakan telah berjaya dibentangkan. Jangan lupa jika kajian tindakan anda siap, key in dalam splkpm untuk mendapat 1 hari berkursus dan kajian tindakan ini kuga boleh masukkan dalam borang keberhasilan anda untuk penilaian SKT. 

Kajian tindakan merupakan satu penulisan ilmiah maka ia sangat berguna untuk memohon biasiswa HLP yg bermakna satu penulisan telah ada dan untuk pemantauan guru cemerlang. Di dalam instrumen penilaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, kajian tindakan dan inovasi mempunyai penilaian yg diambilkira. Jika sukar membuat inovasi, kajian tindakan adalah pilihan terbaik kerana semua gbk menjalankan intervensi.
Good luck semua selamat menjalankan homework individu.

Done edisi 7
Delay edisi 6
Impian edisi 17
#Anekdot Dan Cerita Kehidupan









































 

Telegram Channel